PARADIGMA POLITIK BARU

ABIM Gelar Wan Azizah Sebagai ‘Sayyidatina Khadijah’

AIDCNews – 04/02/13 – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diberikan Anugerah Khas ‘Sayyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 2 Februari.

Anugerah yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil kepada Wan Azizah di di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) itu sebagai menghargai keberanian beliau menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan.

Turut hadir menyaksikan majlis anugerah itu adalah suaminya yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya yang juga Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah.

Budaya mengaitkan tokoh dengan tokoh-tokoh Islam merupakan satu trend terbaru, di mana sebelum ini, Anwar pernah menggelarkan tokoh bukan Islam, Lim Guan Eng dan Baru Bian sebagai ‘Khalifah Umar Abdul Aziz’.

39 Comments

  1. begrateful says:

    Pemimpin ABIM ni dah gila kot sebab tu bagi anugerah tu kat Wan Azizah. Minta lah dulu tengok jam omega yang dia simpan, kalau Wan Azizah tunjuk jam tu ada kat dia layak lah bagi anugerah tu.

  2. Pemerhati Gelagat says:

    Sedih sekali melihat ABIM begini akhirnya. Tanyalah Wan Azizah sendiri betul tidak dia menelefon Ezam di rumah lamanya di Damansara dari Washington bimbang ada lelaki lain di rumah lamanya di Damansara. Itu yang menjadi antara sebab Ezam meninggalkan Anwar. Tanya Wan Azizah betul tidak dia ada menulis surat yang panjang kepada Tun Mahathir mengadu hal mengenai Anwar. Siddiq fadhil tak tau dan tak ambil tahu ini semua. Pimpinan ABIM tak buat kajian pun. Semua cerita dari orang lain tak betul. Kajilah dan dapatkan maklumat. Kalau tak percaya orang politik, tanyalah Mufti Wilayah Persekutuan, yang pernah menjadi penasihat agamanya mengenai siapa sebenar Anwar Ibrahim. Kalau Azizah tak berani bercakap benar mengenai siapa sebenarnya Anwar hatta di mana jam omega berada apakah layak nama isteri Rasulullah SAW ditindikkan kepada dirinya. Kesian ABIM.

  3. HAMSOR says:

    hadiah dia apa? Jam OMEGA ker?? Special Edition ??

  4. basry says:

    jauh berbeza macam langit dan bumi antara perjuangan Siti Khadijah dengan Wan Azizah..

  5. al-Madani says:

    Tahniah ABIM, tahniah DSWA. Teruskan perjuangan.

    Sebutir bintang dalam politik
    Pembela maruah insani
    Penentang hati syaitani
    Cahaya mu berseri seindah namamu nan murni

    Andai patah hari ini
    Bilakah akan berganti lagi
    Engkaulah satu2nya antara berjuta
    Insan teristimewa.
    Engkau kebanggaan

    Suaramu yang bergetar membakar mungkar
    Menjadi igauan pemfitnah nan tegar
    Kau tak keseorangan
    Aku bagai anakmu rela bergandingan dengan teman-teman
    Menyonsong arus perjuangan
    Kami rela berkorban

    Ketika isteri VIP gila berfesyen tajaan syaitan
    Kau tampil sopan penuh keibuan
    Tanpa rambut berjuntaian dan solekan menjengkelkan
    Mendidik anak menutup aurat diutamakan
    Hingga ku tak pernah lihat aurat ibu dan anak perempuan

    Wanita solehah di akhir zaman
    Mengangkat martabat kaum muslimah
    Kami bangga berdiri bersamamu dan keluarga
    Menentang kezaliman dan syaitan

    Namu mu telah dinyanyikan
    Oleh seniman terbilang
    Biar berabad masar beredar
    Seri namamu tak akan hilang
    Jasamu tak akan pudar
    Kau lagenda bangsa ini

    maaf ada persamaan sikit dengan lagu nyanyian sheila majid.

    • backdoor says:

      huhhh!!! apa yang azizah buat??????

    • konceng says:

      wow….wow…WTF!!!!

    • Haji Abdul Rahman Sibaiie says:

      Kita sering ercakap tidak berpijak pada realiti sebenar yang berlaku. Jika benar-benar al-Madani ini mengikut syariat, maka tidak tercetus di dalam minda beliau sedikit pun hal-hal seperti Sheila Majid. Inilah kekeliruan tipikal orang-orang ABIM sebagaimana yang digambarkan pemikiran al-Madani. Walaupun Anwar Ibrahim mengaku berjoget dengan cucu Lim Goh Tong sepertimana tercatat di dalam Hansard Parlimen, orang-orang taksub ABIM ini pasti akan mempertahankan beliau, dan memusingkan hujah tentang rasuah dan penyelewengan UMNO. kita tidak nafikan berlaku rasuah dan penyelewengan di kalangan UMNO, tetapi untuk menutup mata tentang thiqah Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang memalukan. Seolah-olah ANwar Ibrahim ini maksum dan tiada dosa. Pasti al-Madani akan menghentam UMNO tentang rasuah dan penyelewengan untuk menutup isu thiqah Anwar Ibrahim.

      • backdoor says:

        Setuju. Yang peliknya al madani tidak pulak mengulas tentang transformasi kerajaan yang sudah nampak tanda perubahan yang besar akan berlaku dalam pemerintahan negara. Tak mustahil jika segalanya berjalan lancar, hukum yang berlandaskan Al-Quran akan menjadi perlembagaan negara.

      • al-Madani says:

        salam tuan haji, tahniah tuan haji kerana akui rasuah dan penyelewengan UMNO a.k.a “syaitan dikenali”. kalau masalah joget dipertikaikan cuba tuan haji bandingkan joget dan RASUAH isa samad, mana yg lebih mudharat. mari merujuk kepada syariat. tanpa khilaf ada hadis sahih “al-Rasyi wal murtasyi fi al-Nar”. apakah memahami dan menghayati hadis ini dikira taksub.

        Yang memberi rasuah org UMNO, mengambilnya org UMNO kerana rasuah diperhimpunan agung UMNO. banyaknya org hilang thiqah di PAU. akhirnya UMNO kata tak perlu dibawa kemahkamah kerana masalah dalaman parti shj. ini lah parti yg dipenuhi manusia THIQAH. masih thiqah ke tuan hj dengan parti ini. kalau masih kena pi belajar semula hukum-hakam dan cara menyelaraskan pemikiran. MENYEMBUNYIKAN RASUAH ADALAH RASUAH. Kemenangan KJ diejek dengan laungan rasuah. Anak kecil yang suka main api ni juga suka main-main dengan kata rasuah rupenye. Doa saya org UMNO cepat bertaubat dengan ALLAH.

        kalau menari kira tak thiqah membiarkan isteri membuka aurat hampir semua waktu didepan ajnabi menjatuhkan thiqah sepanjang masa. mengulangi dosa kecil berulang kali tanda kefasikan. Redha dengan maksiat adalah maksiat.

        Menjaga thiqah sesuatu yang sukar tetapi WAJIB. Meraikan rakan sekadar menari dengan tarian yang tidak melalaikan/tak melampau harus hukumnya. Sambutlah sikit rakan non-muslim tu dengan tarian sekadarnya kerana tarian bagi mereka adalah budaya mereka. tak percaya tanya Rais Yatim dan datin masnah rambut merah. Tapi jangan pejamkan, kaburkan, tutpkan mata dengan RASUAH/politik wang kena hukumnya haram. tak percaya tanya mufti perak. Harussani pun akan haramkannya.

        • Haji Abdul Rahman Sibaiie says:

          Saya tidak rasa bersalah mengakui rasuah dalam parti mana pun, kerana saya bukan ahli UMNO atau mana-mana parti. Tetapi yg digambarkan di dalam fikiran saudara Al Madani itu adalah Sheila Majiod. Saudara bertopengkan agama tepati akhirnya Allah SWT tunjukkan elemen sebenar di dalam fikiran saudara iaitu Sheila Majid. Hujah saya ialah jangan kaburi perbincangan dengan cerita rasuah yang umum sudah mengetahui. Tetapi saudara sendiri tidak perasa dengan Sheila Majid di dalam pemikiran saudara, tidak layak saudara bercakap tentang thiqah Anwar Ibrahim. Tapi tidak mengapa. Saudara ini sah taksub kepada Anwar ibrahim jadi saya tidak akan bercerita banyak. Saudara Al Madani ambilah syafaat Anwar Ibrahim.

          • al-Madani says:

            salam tuan haji. apa salahnya tahu lagu nyanyian sheila majid. kalau dengan lagu Tan Sri P Ramlee salah tak. dalam penulisan akademik, kalau ada persamaan idea, methodologi, konsep atau apa-apa yang wajar diberikan penghargaan dalam apa jua bentuk wajib di buat “citation”. saya dengar lagu tu sejak zaman remaja/sekolah kat radio ada, kat TV ada. jadi saya tahu penyanyinya tapi tidak penciptanya. jadi saya maklumkan sikit ada persamaan dengan apa yang saya tulis. kalau dah jadi salah berjuta orang salah kerana berjuta org dengar lagu jerat percintaan lalu mereka terbayangkan penyantinya ialah Dato` CT Nurhaliza. saya tak tahu TN HAJI PIKIR MACAMMANA

        • Guitar Player says:

          Betul! itulah sebabnya langkah pertama bagi membuka jalan untuk penyelesaian terhadap segala permasalahan di Malaysia pada ketika ini ialah kenalah undi BN dalam PRU 13 ni.

        • Sheila Majid Fan says:

          Bercakap berdegar-degar pasal Shariah tapi dalam kepala otak Sheila Majid dan Siti Nurhaliza. Typical Anwariyun.

    • Anonymas says:

      Isteri jenis apa yang tak menegur apabila suami tutuh driver dan budak kopinya?????

    • kamalsyah says:

      Wan Azizah pernah tabal anwar sebagai anugerah tuhan, giliran anuar pula tabal bini dia yang kaw kaw.. harun din sendiri kata anwar pluralisme ugama.. nak kita sokong? ABIM, wahahahaha.

    • ron95 says:

      wakakakakaka Al-Madani bikin sajak tahap maharaja lawak
      lagi lawak meluat ayat bila baca ayat dia
      wakakakakakakakakakakakakakakakakkkk
      Sape baca sajak lalok Al Madani ni gerenti bole
      ketawa melalak sampai dapat buasir!

  6. cekli says:

    Tak hormat lagi pada ABIM.. Bagi anugerah yang memalu kan orang islam kepada orang politik…

  7. Pusing2 says:

    i’m just speechless! jauh panggang dari api nak samakan azizah ngan isteri Rasulullah, Syaidatina Khadijah!

  8. atuk ulong says:

    Biar lah bagi kat dia ,kesian kat dia kalau tak buat macam tu tak ada siapa yang nak bagi anugerah bagi mengingati perjuangan dia ,serupa juga dengan Nuar ,orang tak bagi anugerah dan pujian isteri dia bagi pujian dan diri dia sendiri masuk bakul dan angkat kononnya dia sama macam Suu Kyi terinaya kesiannnnnnnnnnnnnnnn dia ,hahahahahahahahahahahahahahahaha.

  9. Zakir says:

    allah sudah beri signal lagi untuk masyarakat berfikir menggunakan akal, melihat mnggunakan mata hati dan menilai setiap episod yang berlaku. kepada kak jijah, JAM OMEGA mane?

  10. konceng says:

    A.B.I.M = ANUWAR BIN IBRAHIM MELACUR…..
    GELARAN 4 W.AZIZA = SAITANBETINA KEJADAH….

  11. le warangan says:

    ABIM………..
    Ikut jejak PAS kot

  12. Pemerhati Gelagat says:

    Jelas sekali partisannya ABIM dengan politik. Beberapa ketika terdahulu Sdr Hamidi Presiden ABIM menyatakan ABIM tidak partisan. Dolak dalik nampaknya. ABIM memang diketahui penyokong tegar Anwar Ibrahim. Sebab itu bila isu murtad berbangkit, liberalisme dan pluralisme timbul dan ia dikaitkan dengan Anwar Ibrahim ABIM membisu. Sebab itu bila isu kalimah Allah berbangkit, ABIM tidak menyatakan sebarang pendirian. NGO lain seperti ISMA., MUAFAKAT, PPIM, Persatuan Peguam Islam Malaysia, PEMBINA dan banyak lagi berdiri tegas mempertahankan wajah Islam, ABIM merancang bagaimana Pakatan Pembangkang dapat diperbantu supaya menang dalam pilihanraya ke 13. Sedih sekali apa yang sedang berlaku pada ABIM. Ia tidak lagi sebagai sebuah badan dakwah tetapi sudah bertukar menjadi badan politik. Apakah kerana Siddiq Fadhil, Mohd Nur Manuty, Azam Ab.Rahman yang mempunyai hubungan peribadi dengan Anwar Ibrahim maka hal begini terjadi. Kerana kawan arahtuju perjuangan ABIM dikorbankan. Biarlah sejarah dan zaman mengadili mereka ini kerana moto perjuangan ABIM ialah menegakkan keadilan dan kebenaran sedang dikeluarkan oleh pemimpin ABIM yang “mati-rasa” dan “bisu suara” terhadap kebenaran dihadapan mata.

    • Anwar Ibrahim says:

      Ternyata ini merupakan suatu fitnah dan konspirasi UMNO untuk menjatuhkan aku sebagai PM. Mereka hasad dengki dengan kejayaan aku sebagai lulusan ijazah am Pengajian Melayu tetapi mampu sampai tahap Shakespeare dan IMF. Nantilah aku jadi PM selesai semua masalah. Tunggu aku jadi PM selesai masalah.

      • ron95 says:

        Anugerah Tuhan?
        Sayydina Khatijah?
        Nak sodap mulut boleh cakap le!
        Cam fast food tengok je sodap
        makan gerenti buat penyakit la!
        Yang bagi gelaran kat Kak Jijah tu
        pun sama taraf munafik dengan
        dia punya mentornya jugakkkk

  13. Anonymas says:

    Jauh panggang dari api…saidatina khadijah konon. ada ka masa dipinang bapak saidatina khadijah kejar rasulullah dengan parang? x ada.

    Anwar sendiri membandingkan diri dia dengan Suu Kyi dan Mandela ketika dulu…pun jauh panggang dari api.

  14. sman says:

    Tak sangka pada masa ini ABIM yg umurnya sudah puluhan tahu dan kononnya di anggotai oleh cerdik pandai masih gagal mengenali siapa sebenarnya Wan Azizah isteri Anwar dan siapa pula sebenarnya Anwar suami Wan Azizah.Perbuatan mereka memberi anugrah khas ‘Sayyidatina Khadijah’ kepada isteri Anwar adalah satu penghinaan kepada Isteri Rasulullah dan ibu kepada umat Muslimin itu.Anugrah ini juga bererti satu penghinaan ,kepada Islam secara keseluruhannya.Janganlah anugarah di beri kepada seseorag hanya kerana melihat air mukanya yg lunak.

    Sepatutnya sebelum gelaran tersebut di beri ,ABIM perlulah mencari jawapan beberapa soalan.
    1. Pernahkah Sayyidatina Khadijah berbohong dalam isu menyimpan jam Omega suaminya?.
    2. Pernah kah Sayyidatina Khadijah menggalakan org ramai berdemonstrasi utk membela pesalah seks walau pun dia tahu pesalah tersebut memang bersalah?.
    3, Sanggupkah Sayyidatiana Khadijah melihat dan membairkan begitu saja org lain terpenjara kerana membela seorang pesalah seks,tanpa beliau merasa bersalah?
    4.Pernahkah Sayyidatina Khadijah dengan linangan air mata menceritakan kepada seseorang bahawa beliau berhajat utk meminta cerai dari suaminya yg sedang terpenjara,kerana buruk laku suaiminya itu?.
    5.Paling utama ialah pernahkah Sayyidatinah Khadijah melahir kan seorang anak yg mengeluarkan kenyataan membenarkan murtad di kalangan orang Islam?.

  15. Laksa Johor says:

    Bahalul betul rupanya ABIM ini. Wan Azizah ni seorang hipokrit sama macam laki dia. Orang yang macam begini yang ABIM sanjung tinggi? Sungguh mengecewakan.

  16. warisatuliman2010 says:

    Salam handai taulan. Apa dah jadi dgn Abim? Main asal boleh jer. Takkan tak tahu bezakan yg mana satu intan yang mana satu permata dan yang mana satu pula kaca? Tapi, apabila Allah sudah butakan mata dan hati mereka, apa saja pun boleh. Tapi, bila kita fikirkan kalau Wan Jijah boleh gelar suaminya tu ‘anugerah tuhan’, tak hairanlah dia pula diberikan gelaran ‘Sayidatina Khadijah’. Tapi, layakkah dia terima anugerah itu? Samakah ciri2 kemuliaan yg ada pada isteri Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. itu dgn ciri2 yg ada pada Wan Jijah? Walallahhualam bissawab. Fikir2kanlah.

  17. backdoor says:

    bo je la asal boleh…jauh panggang dari api…patutnya minta azizah tunjuk dulu jam omega baru boleh bg pengikhtirafan…buat malu je guna nama isteri Nabi semata2 nak upgrde sikit status diri! Ajar la anak tu dulu mcm mna tafsir ayat al Quran!!! hampeh…

  18. KONG KEK says:

    kerja orang fasik dan murtad yang mendewakan sheikh anwar al kong keki

  19. halim yunus says:

    Apa nak aku ckp eh? Bodoh kot..

  20. itsme says:

    tang mana dan bila pulak si wan jijah ni tegakkan syiar islam wahau abim ooii… agak2lah sket, jgnlah mengarut sgt.. mudah amatlah nak banding isteri Nabi saw dgn wan azizah ni… dah lah laki dia gelar lge saidina umar?!! kamu jgnlah tertipu dwk teori free mason ni, ni semua kerja2 mrk, org2 yahudi yg murtad dan dimurkai Allah bang oiii…

    • WakKang says:

      Emmmmm…..sebagai wanita, onejijah ni memang kuat semangat dan taat. Apa yang laki dia buat dia masih boleh terima, boleh redha. Calang calang pempuan, dah lama cabut lari dah!! Tapi perngorbanannya tu tak sama dengan Siti Khadijah yang suaminya seorang nabi pesuruh Allah, berjihad menegakkan syiar Islam dimuka bumi. Anwar pulak berjuang nak cari kuasa jadi PM dan menyesatkan umat islam! Jauh berbeza …macam bulan dengan matahari!!

  21. sal says:

    Org kesian kat DS Wan Azizah tu sbb pengorbanan yg tinggi dia kat suami yg tercintaaaaa.

  22. WakKang says:

    Itu yg dinamakan gerakan plurarismi agama ….menjatuhkan martabat dan nama baik para sahabat dan keluarga Rasulullah secara terancang agar mereka dipandang sama sahaja dengan semua orang. Tengoklah nanti, puak PR ni akan mula menyamakan Nabi Muhammad saw dengan Nabi Isa, lebih teruk nanti dengan Buddha!!!! Nik Aziz dah naikkan martabat buddha di Kelantan ….kejap lagi dia jadikan sama taraf dgn Rasulullah la tu!!! Munafik betul!!! …

Leave a Comment

 

— required *

— required *