PARADIGMA POLITIK BARU

Kalimah Allah : Hadi Bayangkan Tidak Akan Bincang Semula Dengan Pakatan

Antarapos – Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang membayangkan bahawa beliau tidak akan membawa keputusan Majlis Syura Ulama bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa persoalan itu tidak perlu diajukan kepadanya kerana bukan Pakatan Rakyat yang memerintah negara.

“Sepatutnya soalan ini dikemuka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerana hak membenarkan kalimah Allah di dalam Bible ini adalah dibenarkan oleh Kementerian Dalam
Negeri.

“Yang menentukan untuk cetak dan seumpamanya bukannya kami, kerana kami tidak memerintah lagi, kenapa heret kami dalam perbincangan ini?” kata beliau.

Pendirian PAS dan Pakatan Rakyat bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, khususnya dalam Bible Bahasa Melayu, penting kerana kedua-dua pihak berkenaan memberi komitmen membela Islam sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Bagaimanapun Majlis Syura PAS dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat jelas memegang pendirian berbeza, sehingga Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan isu itu belum selesai.

Pada 8 Januari lalu, Majlis Presiden Pakatan Rakyat mendokong kenyataan Hadi bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.

Pendirian itu disokong oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menepati desakan Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng yang mahukan kalimah Allah digunakan dalam Bible di Semenanjung.

Bagaimanapun Majlis Syura PAS kemudian menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan sebagai terjemahan dalam Bible atau mana-mana kitab bukan Islam.

Anwar kemudian mendakwa Pakatan Rakyat tidak dapat menerima pendirian Majlis Syura PAS kerana Hadi tidak mengutarakannya kepada majlis pimpinan pembangkang.

Hadi akur bahawa pendirian Majlis Syura itu adalah dasar rasmi PAS namun setakat ini, mengelak daripada merujuk keputusan itu kepada Pakatan Rakyat.

Isu itu mempunyai implikasi politik. Guan Eng cuba mencari sokongan penganut Kristian di Sabah, Sarawak dan Semenanjung dengan mengusulkan Bible dibenarkan mengguna kalimah Allah.

Bagaimanapun ketetapan Majlis Syura, jika didokong sebagai dasar Pakatan Rakyat, bermakna pembangkang terpaksa melarang penggunaan kalimah Allah bukan sahaja di Semenanjung, tetapi juga di Sabah dan Sarawak, jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Lebih 40 peratus penduduk di Sabah dan Sarawak, serta lima peratus di Semenanjung beragama Kristian dan menjadi sasaran Pakatan Rakyat untuk pilihan raya nanti.

Bagi sebahagian umat Islam, kalimah Allah adalah sebati dengan ajaran Islam dan penggunaannya dalam agama lain adalah syirik.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa sebuah penerbitan Kristian berhak menggunakan kalimah Allah. Kementerian Dalam Negeri telah merayu keputusan itu dan setakat ini tidak ada tarikh perbicaraan ditetapkan.

5 Comments

  1. Anonymas says:

    Hadi nak cuci tangan. Kalau iye dia dirakam mengulangi apa yang dia cakap dalam majlis syura tu, tentu ia akan dijadikan modal untuk Karpal Singh menekan PAS.

    jadi dia buat tak tau “Eh saya tak cakap apa-apa, bukan salah saya, ini hal dalaman, ini media spin, bla bla bla blaaaaa….”

    • WakKang says:

      …ni yg dinamakan baling batu sembunyi tangan!! Hadi masa kecik kecik dulu suka baling batu kat pintu rumah orang dan tak pernah kena tangkap …tu yg lekat perangai tu sampai ke tua!!

  2. WakKang says:

    Tentang kalimah Allah dalam bible di Sabah …..orang kristian Sabah pun sebenarnya musykil selama ni kenapa tuhan dia sama dengan tuhan umat Islam???? Tapi mereka faham kerana bible tu datang dari Indonesia, bukan buatan Malaysia.
    Tak percaya, cuba pi tanya dia orang …kebanyakan mereka sebenarnya malu pasal pinjam nama tuhan Islam dalam bible dia orang!!! Cuba dengar semasa dia orang nyanyikan lagu kristian mereka … Dia orang sebut Allah ke???

  3. WakKang says:

    Korang tengok!!!! Penyangak Hj Hadi pusing pusing lagi!!!! Bongkak betul!!!!
    Hadi oiii!!!! Kau yg mula mula kata ok kat PR tu tanpa merujuk Majlis Syurak PAS kau sendiri. Sekarang bila Majlis Syura kau dah bagi pendirian yg bertentangan dengan apa yg kau cakap kat PR, kau lah yg bertanggungjawab jumpa mereka balik dan jelaskan semula kedudkan perkara sebenar!!!! Apasal pulak orang lain kau babitkan pulak … KDN la, UMNO la, Jabatan Agama la, Bomba la, Polis la ……..lu jantan ke betina??? Jadi pemimpin no 1 PAS, tapi PENGECUT!!!! Haprak punya manusia kau ni!!!

Leave a Comment

 

— required *

— required *