Persoalan Kalimah Allah yang ingin ditutup rapat oleh PAS nampaknya semakin menyerlah dan menimbulkan persoalan baru.
Pertama, Presiden PAS Ust Hadi Awang memberitahu bahawa isu Kalimah Allah telah selesai setelah berlakunya pertemuan di antara Nik Aziz dengan Karpal Singh di Pulau Pinang sempena menyambut harijadi Nik Aziz yang ke 82 di kediaman Karpal Singh.
Ustaz Hadi melaporkan perbincangan telah diadakan diantara dua pemimpin tersebut dan DAP melalui Karpal Singh menerima penerangan yang diberi oleh Nik Aziz.
Kedua, tanpa menunggu masa Karpal Singh melenting menidakkan kenyataan Presiden PAS itu dan memberitahu pertemuan dia dengan Nik Aziz selama 20 minit itu tidak langsung membincangkan persoalan Kalimah Allah.
Ketiga, dalam usaha untuk menutup rapat isu ini lantaran ianya memberi kesan yang begitu negatif kepada PAS berikutan dengan penafian Karpal Singh tersebut, menjadi satu obligasi moral dipihak Ust Hadi untuk menerangkan kedudukan yang sebenarnya.
Tindakan ini perlu bagi menangkis wujudnya salah anggapan bahawa beliau tidak membuat kenyataan yang tidak benar dan akan terus dipersoalkan kredibiliti beliau sebagai Presiden PAS dan juga sebagai seorang ulama yang disegani.
Keempat, di pihak Ustaz Hadi implikasinya lebih menyeluruh dalaman imej PAS sebagai sebuah Parti Islam akan tercemar kerana tanggapan masyarakat bahawa pimpinan tertinggi Parti Islam itu sanggup memilih jalan yang tidak berakhlak semata-mata untuk menutup maruah parti yang semakin merudum.
Amatlah jelas daripada peristiwa ini bahawa Karpal Singh yang mewakili DAP terus menunjukkan sikap degil dan bongkak dengan tidak bersedia berundur walau seincipun mengenai isu Kalimah Allah ini dan juga isu-isu lain yang berkaitan dengan Islam dan Melayu.
Sementara PAS dilihat sering berdolak dalih, cair dan diselimuti dengan perbezaan pendapat yang nyata diantara dua golongan khususnya ulama disatu pihak dan parasit yang banyak dipengaruhi oleh Anwar Ibrahim serta DAP di satu pihak yang lain.
Bagi DAP isu Kalimah Allah sudah mencapai matlamat. Penyokong-penyokong mereka semakin yakin terhadap DAP yang tidak pernah bahawa DAP tidak pernah berganjak daripada apa yang diperjuangkan selama ini yang lebih bersifat anti-Islam dan anti-Melayu itu.
Di kalangan masyarakat Islam, pula PAS yang sepatutnya menjadi benteng pertahanan pertama Islam dan Melayu didapati goyah, tidak berprinsip hingga redha menggugurkan asas perjuangan semata-mata untuk berbaik dengan DAP dan PKR dalam usaha merampas Putrajaya.
Amat jelas gambaran di hadapan kita apa yang akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat ditakdirkan berjaya menawan Putrajaya.
Pertama, Kalimah Allah tanpa syak dan ragu lagi akan dibenarkan penggunaannya seperti yang ditagih selama ini oleh DAP dan penganut Kristian tanpa menghiraukan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan, Enakmen-Enakmen Syariah Negeri, fatwa-fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri serta penentangan dan kemarahan rakyat yang majoritinya beragama Islam.
Kedua, PAS akan terus menjadi kuda tunggangan DAP serta PKR dan sekaligus merelakan perjuangan parti selama hampir 60 tahun itu untuk menegakkan Islam dan melaksanakan hudud digugurkan.
Ketiga, golongan parasit dalam PAS akan memiliki kuasa penentu untuk menghala tuju landasan perjuangan PAS bukan mengikut apa yang di asaskan oleh kepimpinan terdahulu sebaliknya di sesuaikan mengikut selera PKR dan DAP.
Keempat, disebabkan perubahan yang akan berlaku yang kebanyakkannya yang menyentuh isu-isu yang amat sensitif seperti Agama Islam, Bangsa Melayu dan kedudukan Raja-Raja maka suasana kedamaian yang dinikmati oleh rakyat Malaysia selama ini akan bertukar menjadi porak peranda yang akhirnya boleh mencetuskan keadaan huru hara.
Amatlah penting bagi Presiden PAS terutamanya mengambil langkah pembaikan yang segera dengan secara rasmi membawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 13 Januari 2013 kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat supaya keputusan Majlis Syura tersebut diterima baik oleh pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat tersebut. Selagi ini tidak dilakukan selagi itulah isu ini tidak akan menemui jalan penyelesaian.
Taktik menyalahkan Umno yang sudah menjadi cliché rasanya tidak lagi dapat melindungi kegagalan pimpinan tertinggi PAS dalam persabungan politik dengan dua rakan kongsi DAP dan PKR. Sebaliknya alasan basi itu sesungguhnya telah melemaskan PAS sendiri.
Pimpinan PAS telah bertukar menjadi pelawak politik. Keadaan ini mungkin timbul disebabkan keingkaran pimpinan tertinggi PAS mengekalkan perjuangan parti itu seterusnya menodai hasrat dan cita-cita Parti Islam itu untuk membawa brand Islam dalam perjuangannya.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
4 Februari 2013

Dah kena dahhhhhhh….buku dengan ruas!!!! Pembelit makan kek dengan Penipu!!! Hasilnya ……….PEMBOHONGAN oleh Hadi!!!!!
” pertemuan dia dengan Nik Aziz selama 20 minit itu tidak langsung membincangkan persoalan Kalimah Allah”
kerana sibuk sambut birthday dengan birthday cake, di rumah karpal singh pulak tu. Konfem ke halal apa yang dihidangkan?