AIDCNews – 04/02/13 – Perkembangan mutakhir ini menyaksikan Pengerusi DAP, Karpal Singh terus mengasak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengubah semula keputusan Majlis Syura bersetuju dengan keputusan asal Pakatan Pembangkang yang dibuat pada 8 Januari 2013 dan 4 Januari 2010.
Pada Karpal, keputusan Mesyuarat Majlis Pakatan di mana Pas salah satu kompenan di dalamnya adalah lebih penting daripada keputusan Majlis Syura yang merupakan salah satu kompenan dalam Pas.
“PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas,” katanya dilaporkan Sinar Harian.
Kenyataan Karpal itu senada dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Januari yang berkata Pakatan pembangkang hanya boleh mengambil kira kenyataan rasmi Presiden Pas pada 8 Januari yang disepakati bersama dalam pakatan pembangkang, berbanding dengan kenyataan Majlis Syura pada 13 Januari yang disifatkannya hanya untuk parti Pas sahaja.
Anwar berkata keputusan Majlis Syura Pas tidak terpakai kepada Pakatan kerana Abdul Hadi tidak membawa semula keputusan itu untuk dinilai semula dalam mesyuarat Pakatan.
“Pakatan Rakyat dalam mesyuarat yang lalu (8 Jan) meneliti kenyataan Presiden Pas, dan kami ambil pendirian untuk menyatakan persetujuan kenyataan Presiden Pas yang memberikan ruang (membenarkan) tetapi memberikan juga peringatan supaya jangan disalah tafsir atau disalahgunakan.
“Kita ikut Presiden Pas…Kalau Presiden Pas, dia bawa balik (keputusan Majlis Syura, 13 Jan), apa-apa isu nak dinilai semula (dalam mesyuarat Pakatan), (sepatutnya) dia bawa (semula), (tetapi) dia tak bawa.
“Jadi (keputusan 8 Januari) adalah keputusan (rasmi) Pakatan Rakyat,”kata Anwar sebagai Pengerusi Pakatan.

hek eleh…dah majlis syura kata TAK BOLEH, kenapa dia spin “oh itu hal dalaman PAS, oh, mereka tak bincang dengan komponen pakatan yang lain, oh kami meneliti dan kami rasa PAS setuju”
Kalau dalam perkahwinan, PAS = isteri tua. DAP = isteri muda (ahmoi chantek)
Tu hari aku dh ckp awal2 lagi mmg haji hadi kena main dgn 2 ekor makhluk perosak ni..siapa yg tak tahu dan kenal anwar..sedangkan tun m dan seluruh rakyat malaysia pun ditipunya ini kan pula haji hadi yg bodoh dan lurus bendul ni..konon pas nak menunggang anwar padahal pas yg kena tunggang, diketuk kepala dan ditarik hidung..skrg yg nampak bodoh haji hadi..bukan anwar dan karpal wilcha..
Silap ….. bukan tonggang tapi tonggeng. Baru ngammmmm