PARADIGMA POLITIK BARU

Nakhaie : Hadi Takut Bawa Semula Isu Allah Dalam Pakatan

Antarapos – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai tidak berani berhadapan dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, kata bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad.

Hadi dalam sidang medianya hari ini tidak menyatakan sebarang pendirian sama ada mahu membincangkan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS di peringkat tertinggi pakatan pembangkang.

Sebaliknya Hadi menyalahkan media mendakwa kenyataannya dimanipulasi sehingga menimbulkan keraguan banyak pihak.

Nakhaie menjelaskan Hadi berasa serba salah untuk membincangkan pendirian Majlis Syura Ulama bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh kerana menyedari isu tersebut telah ditolak DAP mahupun PKR sejak dari awal.

“Dia takut dan tiada hujah. Apa hujah dia hendak tolak? Dia tiada kekuatan untuk berdepan dengan Anwar dan Karpal. Dia tidak boleh berhujah dengan puak-puak ini.

“Dia dalam keadaan serba salah sebab DAP sudah jelaskan yang tidak terima. Mereka masih berpegang dengan kenyataan Hadi dulu dalam Pakatan,” katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kemelut isu penggunaan kalimah Allah yang masih belum selesai, menurut Karpal.

Anwar sebelum ini menawarkan peluang kepada Hadi untuk membincangkan semula ketetapan Majlis Syura di peringkat tertinggi Pakatan Rakyat selepas ianya didapati bercanggah dengan konsensus bersama gabungan pembangkang pada 8 Januari lalu yang diumumkan Ahli Parlimen Marang itu sendiri.

Karpal dalam kenyataannya semalam kecewa dengan pendirian PAS yang mendakwa isu tersebut sudah selesai.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata DAP tetap dengan pendirian mahukan kalimah Allah diterjemah dalam Bible selain berpegang kepada keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini.

Dalam pada itu, Nakhaie yang juga pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menyelar PAS tidak mempunyai prinsip dan hanya menggunakan agama sebagai alat politik.

Menurutnya, PAS perlu keluar daripada Pakatan jika sudah menyedari terdapat perbezaan pendapat terutamanya berkaitan agama dan akidah.

“Dia tiada prinsip. Islam sebagai alat sahaja. Saya yakin, kalau PAS sendirian dan tegas saya ingat dia akan dapat sokongan padu.

“Sudah tentu berbeza pendapat dengan orang kafir. Kalau begitu mahu tunggu apa? Patut dia keluar dari Pakatan sebab DAP persoalkan agama dan akidah,” katanya.

5 Comments

  1. Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib enggan mengulas keperluan untuk parti itu membincangkan mengenai pendirian Majlis Syura bersabit isu kalimah Allah di peringkat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.Beliau sebaliknya menyerahkan segala maklumbalas berhubung isu berkenaan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.”Itu tanya Presiden PAS. Saya taknak komen,” jawabnya kepada Antarapos.Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sebentar tadi berkata, setakat ini PAS belum mengusulkan sebarang cadangan untuk membincangkan semula keputusan Majlis Syura yang bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang. Oleh yang demikian menurut Anwar, Pakatan Rakyat tetap mendokong pendirian yang dipersetujui bersama ketika mesyuarat Majlis Tertinggi pada 8 Januari lalu yang diumumkan Hadi sendiri bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah asalkan ianya tidak disalahgunakan.”Kalau ada isu selepas (keputusan) Majlis Syura itu, (ia) perlu dibawa dalam mesyuarat Pakatan…tapi Hadi tidak timbulkan perkara itu untuk bincang semula tentang keputusan kalimah Allah.”Saya hormati keputusan Majlis Syura tetapi tetap dengan pendirian Pakatan,” kata beliau rentetan permintaan Setiusaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu di Semenanjung, bulan lalu.Pengerusi DAP Karpal Singh sebelum ini menggesa Hadi agar menasihati Majlis Syura untuk mengkaji semula keputusan melarang orang Kristian menterjemah perkataan ‘God’ kepada kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.Menurut beliau padangan Majlis Syura PAS harus selari dengan pendirian Pakatan Rakyat supaya tidak timbul sebarang kekeliruan.

  2. Anonymas says:

    Aku ada petua bagi Hadi Awang kalau nak bawa dan pertahankan Isu Allah dalam mesyuarat PR.

    BAWA SEBILAH PEDANG.

    Dengan itu, tiada lagi masalah ‘tak ada telor bila berhadapan dengan Karpal dan Nuar Berahi’.

  3. WakKang says:

    TEKAKATA – “Berilmu macam ulama belum boleh dipanggil ulama!!! …..
    KATA : Sahabat Nabi saw, Abu Hurairah ada bercerita yg dia duduk bertiga dengan sahabat nabi bernama Nahar dan seorang lagi dari kaum Ansar. Tiba tiba Nabi saw berkata, salah seorang daripada kamu akan menjadi ahli neraka dengan giginya sebesar bukit Uhud. Tak berapa lama selepas itu sahabat dari kaum Ansar itu syahid dalam peperangan, tinggal Abu Hurairah dan Nahar.
    Nabi saw kemudian melantik Nahar untuk pulang kepada kaumnya keturunan Hanifah dan berdakwah. Pemimpin kaum Hanifah bernama Musailamah masih kafir dan begitu gila kuasa. Dia pernah bertemu nabi saw dan menawarkan diri untuk masuk islam dengan syarat nabi saw melantiknya sebagai penganti nabi saw bila baginda wafat, namun ditolak oleh nabi saw.
    Abu Hurairah jadi takut mungkin dia yg Nabi maksudkan kerana Nahar adalah seorang sahabat yg hafaz quran dan seorang ahli ibadah, tetapi tidak berharta.
    Sampai Nahar kepada kaumnya, dia terus dipanggil oleh Musailamah dan ditawarkan menjadi pembantunya dan diberi harta sekiranya Nahar bolehmemberitahu kaumnya bahawa Musailamah juga adalah seorang nabi.
    Gelap dengan tawaran tersebut, Nahar mula berdakyah kepada kaumnya bahawa Muhammad saw memberitahunya bahawa Musailamah juga nabi seperti Muhammad saw.
    Percaya kepada Nahar, kaumnya yg sebahagiannya telah islam mula beriman kepada Musailamah dan semuanya menjadi murtad.
    Barulah Abu Hurairah tahu siapakah yg nabi saw maksudkan akan menjadi ahli neraka.

    TEKA : Antara Nik Aziz, Hadi, Anwar, Mat Syabu, Azmin ….siapakah yang punya ciri ciri mirip kepada Nahar??????

  4. HAMSOR says:

    semua kena tipu kaw2..rilek2 ssudah ok…anji anji tata kunji.

  5. nik najis says:

    hihihi….hadi bawang nak spin…agreement ngan karpal n anwar dia sain cakap terima isu ni….xkan berani nak kensel plak….kahkahkah….ulamak pas sume ke tipu dek hadi bawang ni….kahkahkah

Leave a Comment

 

— required *

— required *