PARADIGMA POLITIK BARU

Syarikat Penerbitan Saman JAIS Rampas Buku Bercanggah Akidah

Faisal Mustafa

AIDCNews – 30/01/13 – Syarikat penerbitan buku Merpati Jingga menyaman Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana merampas buku-buku mereka yang didakwa melakukan rampasan yang di luar bidang kuasa jabatan itu.

Pengarah urusan syarikat Merpati Jingga, Faisal Mustaffa seperti dilaporkan Malaysian Insider berkata pihaknya mengeluarkan surat saman menuntut bayaran daripada buku-buku rampasan yang dilakukan oleh JAIS pada 30 Januari 2013 di premis mereka, Petaling Jaya.

Faisal Mustaffa adalah bekas Exco Angkatan Muda PKR Pusat, Setiausaha PKR Cabang Kelana Jaya dan Jurucakap BERSIH 1.0.

Menurut FMT, saman kepada JAIS itu dikemukakan melalui Tetuan Daim Gamany, firma guaman milik bekas Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah.

Tuntutan buku-buku terbitan syarikat Merpati Jingga yang dirampas :
1. Bogel Menuju Tuhan tulisan Zahiril Adzim (tiga naskah)
2. Syurga Yang Hilang tulisan Meor Yusof Aziddin (tiga naskah)
3. Memoir Bukan Memoir tulisan Pekin Ibrahim (tiga naskah)
4. Aku Manusia Berdosa- Koleksi Skrip Teater dan Filem Pendek tulisan Nur Ahmad (tiga naskah)

Merpati Jingga turut menuntut JAIS membayar buku Who Needs An Islamic State edisi kedua tulisan Abdelwahab El-Affendi yang dirampas sebanyak tiga naskah.

Surat tuntutan tersebut dikeluarkan selepas JAIS tidak melayan invois yang dikirim oleh Merpati Jingga pada 9 Ogos 2012 dengan alasan mereka mempunyai bidang kuasa untuk menyita apa-apa bahan yang berkaitan dengan suatu kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995.

Menurut Faisal, rumahnya digeledah pada bulan Jun oleh JAIS, dan pihak jabatan agama tersebut merampas buku-bukunya termasuk buku kontroversi, Allah, Kebebasan dan Cinta tulisan Irshad Manji.

“Saya tidak kisah dengan buku Irshad Manji, kerana buku tersebut adalah bahan kes siasatan, tetapi buku-buku lain itu tak ada kes, dan tidak diharamkan KDN (Kementerian Dalam Negeri).

“Semua jumlah buku yang dirampas berjumlah RM462, walaupun nilainya kecil, tetapi itu adalah buku saya,” kata Faisal lagi.

Turut bersama Faisal adalah peguamnya, Muhammad Faiq Afiq, ke pejabat JAIS hari ini bagi menghantar nota tuntutan menuntut buku-buku beliau dipulangkan kembali.

Muhammad Faiq berkata, anak guamnya memberi tempoh 14 hari notis kepada JAIS untuk menjawab notis tuntutan, atau membawanya ke mahkamah.

Faisal didakwa oleh JAIS pada Ogos lalu kerana dikatakan enggan membantu siasatan dalam kes buku Irshad Manji.

“Adalah menjadi hak saya untuk menjawab di mahkamah, kalau saya tak nak jawab, kenapa nak dakwa saya enggan bantu siasatan?” kata Faisal lagi.

7 Comments

  1. aidil says:

    Bukan perkataan bogel tu masalahnya, tp mana adab kamu nak menggandingkan sesuatu perkataan itu dengan Zat yg Maha Mulia….. Kalau dengan pemimpin besau kamu bukan main lg lemah lembut dan berlapik-lapik kata-kata. Dengan Tuhan, kamu buat mcm kawan-kawan kamu je…

  2. Anti-Pee Arr says:

    “Bogel Menuju Tuhan” tulisan Zahiril Adzim tu tajuk dia je yang macam lucah, tapi buku tu berkenaan keharmonian rumahtangga. Tajuk bogel menuju Tuhan tu merujuk kepada hari akhirat di Mahsyar di mana kita semua dikumpulkan dalam keadaan bogel tanpa membawa apa-apa harta kecuali amal ibadah.

    Sila baca buku tu, takde apa yang menyeleweng pun. tapi buku Irsyad Manji tu, memang 100% sesat. Haramkan je!

    • Anonymas says:

      “Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.

      Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalah hari – hari tidak berwarna, sebelum jingga”

      - catatan Zaharil Adzim

      sayang buku sedap, tajuk tak sesuai

    • WakKang says:

      Isinya mungkin betul dan bermunafaat. Namun tajuk yg dipilih tiada adab dan ada unsur exploitasi untuk memenangi pasaran…..itu tidak jujur!!

    • fikrisoleh says:

      aku suka tajuk seni yg tersirat. tapi tajuk ‘bogel menuju tuhan’ ni mcm hampeh. takde seni lagsung. Aku rasa Zahiril ni tk pndai pilih kata. nmpk sgt baru mencuba-cuba, atau sengaja cari publisiti murahan.. Beza dgn org yg ada bakat/ilmu mcm Loloq ataupun SM Zakir. tulisan diorang ni bila dibaca terasa pnjiwaan mereka. tu baru betul orang seni!

  3. Cocky Arrogant Tokong says:

    Bogel menuju tuhan?? itulah bodoh.. duduk dekat ranting.. cabang..

Leave a Comment

 

— required *

— required *