Nik Aziz Jumpa Bishop Sebastian Francis

AIDCNews – 28/01/13 – Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berjumpa dengan Bishop Katolik Sebastian Michael di Pulau Pinang, lapor aktivis Kristian, Anil Netto yang turut hadir ketika pertemuan tersebut.

Nik Aziz turut menghadiahkan Bishop Michael dengan sebiji kek sebagai “tanda persahabatan”.

Anil Netto melaporkan Nik Aziz memberitahu Islam memuliakan nabi, termasuk Isa. Di Kelantan, beliau gembira dapat menambah imej Buddha.

Bishop Sebastian melahirkan kebimbangan tentang kesihatan Nik Aziz dan berkata beliau akan berdoa untuknya: “Negara memerlukan contoh rohani anda,” katanya.

Nik Aziz turut menyatakan kekesalan kerana kontroversi tercetus berhubung isu keagamaan.

Kemudian, apabila bergambar untuk gambar berkumpulan, Nik Aziz bergurau, “Saya tidak tahu apa yang media arus perdana akan mengatakan mengenai pertemuan saya dengan anda!”

Susan Loone, wartawan Malaysiakini melaporkan pertemuan Nik Aziz dengan pemimpim Kristian itu dilihat oleh pemerhati sebagai usaha untuk memperbaiki hubungan antara penganut Islam dan Kristian yang menjadi tumpuan ekoran kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Sementara itu, Malaysiakini turut melaporkan Nik Aziz juga turut mengunjungi Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

“Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

“Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain,” katanya.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE