Nik Aziz : Nasha Tidak Disenarai Calon PAS

AIDCNews – 28/01/13 – Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.

“Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Pulau Melaka hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

“Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat,” katanya, sambil menambah bahawa Nasharudin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

Sementara itu, Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.

“Sehingga di saat ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan terbabit.
“Saya hanya tahu mengenai pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi parti,” katanya menerusi satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Nasharuddin berkata, jawatan dalam Majlis Syura Ulama itu adalah lantikan parti dan parti berhak untuk memecatnya.

“Berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan dan saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam,” katanya.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan pemecatan Nasharuddin sebagai Ahli Majlis Syura PAS berikutan tindak-tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu.

Terbaru, beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.

Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu ulama Arab Saudi di Makkah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

8 Responses to “Nik Aziz : Nasha Tidak Disenarai Calon PAS”

  1. itairus

    Jan 29. 2013

    dah sah2 nik aziz dan hadi dah TER?minum ayor holy dari gereja nie…tuh yang tak nampak jalan pulang dah…kesian depa berdua..semakin tua semakin sesat..

    Reply to this comment
  2. le warangan

    Jan 29. 2013

    Itu lah yang akan diperkatakan oleh SYAITAN apabila berjaya membuat kehancuran…..

    memang tak pelik sikit pun

    Reply to this comment
  3. Pejuang IMR

    Jan 29. 2013

    As-Salam sahabat2 ku sekelian.
    Jom kita keharakahdaily perbetulkan banyak penyelewengan fakta dan putar belit yang terang2 menegakkan benang yang basah.

    Reply to this comment
  4. Rakyat Prihatin

    Jan 29. 2013

    hanya org2 mcm mat sabu je selamat dalam PAS masa kini..
    dia x berjuang ke arah perpaduan Ummah pun..

    Reply to this comment
  5. N.AJIS

    Jan 28. 2013

    alhamdulillah….ALLAH dah lepaskan ustz nasha dari Parti Ajaran Sesat tu….ALLAH lebih sayangkan ustaz dari pok nik &h.hadi yg dah sesat tu…

    Reply to this comment
  6. sman

    Jan 28. 2013

    Kami memang tak pelik dengan pemacatan tu Pok Nik,kerana kami dah tahu perangai pemimpin Pas yg sedang gila sakan nak ke Putrajaya,asal sesiapa saja yg berani menentang atau berbeda pendapat dgn DAP ,PKR dan Anwar ,mereka semua akan segera di pecat.Cara mereka di pecat pun cukup zalimnya, berbeda dgn cara dan sebab Tun Mahahtir memecat Anwar dari Umno dan kerajaan dulu.

    Reply to this comment
  7. WakKang

    Jan 28. 2013

    Aduhai Nasha ……., kena terimalah keputusan Nik aziz tu. Kau bukan tak kenal dia pun. Benda mcm ni dah jadi kat Hasan Ali, dan sekarang kat kau pula.
    Nasihat Wak pada Nasha, teguhkan iman dan kuatkan pendirian. Jangan tergugat dengan ugutan puak nafsu nafsi PAS ni. Rezeki Allah yg beri ….bukan Nik Aziz. Syurga pun Allah yg punya …bukan Nik Aziz!!

    Reply to this comment
  8. fikrisoleh

    Jan 28. 2013

    tahniah kepada ustaz nasha. petanda kesinambungan karier politik ustaz nasha lebih cerah slpas PRU 13 insya’allah. Tp penyokong ustz nasha takkan berdiam diri. PAS bakal tanggung musibah. yg untung DAP.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE