GAPS : Pecat-Pecat-Pecat Ustaz Nasha – Pas laksana keadilan Jahilliah

Pemecatan Nasharudin Mat Isa sebagai Ahli Majlis Syura Pas sudah dijangka, namun cara Pas memecat bekas Timbalan Presidennya umpama melaksanakan keadilan Jahilliah.

Anwar Ibrahim Timbalan Presiden, dipecat Umno kerana kesalahan seksual (liwat). Nasharudin Mat Isa bekas Timbalan Presiden, dipecat oleh Pas kerana menegur pimpinan parti agar membela kalimah Allah. Beza Umno dan Pas.

Umno beri peluang kepada Anwar untuk bela diri dalam mesyuarat MT. Pas langsung tak panggil Nasha hadir mesyuarat Majlis Syura, terus pecat saja. Tak bagi surat tunjuk sebab atau notis penamatan perkhidmatan pun.

Keadilan Pas umpama keadilan style Abu Jahal. Kalua dalam berorganisasi pun Pas gagal melaksana keadilan kepada pemimpin dan ahlinya, masakan Pas boleh beri keadilan kepada rakyat kalau hudud Pas dilaksanakan.

Dalam sistem keadilan Islam, mereka yang dituduh berhak membela diri. Dalam sistem keadilan Pas, yang tertuduh tak diberitahu apa tuduhannya, hakim terus bersidang dan terus buat keputusan.

Pecat – pecat – pecat, fenomena Abu Jahal di zaman Haji Hadi menjadi Presiden Pas.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Shah Alam
27 Januari 2013.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE