PARADIGMA POLITIK BARU

GAPS : Pecat-Pecat-Pecat Ustaz Nasha – Pas laksana keadilan Jahilliah

Pemecatan Nasharudin Mat Isa sebagai Ahli Majlis Syura Pas sudah dijangka, namun cara Pas memecat bekas Timbalan Presidennya umpama melaksanakan keadilan Jahilliah.

Anwar Ibrahim Timbalan Presiden, dipecat Umno kerana kesalahan seksual (liwat). Nasharudin Mat Isa bekas Timbalan Presiden, dipecat oleh Pas kerana menegur pimpinan parti agar membela kalimah Allah. Beza Umno dan Pas.

Umno beri peluang kepada Anwar untuk bela diri dalam mesyuarat MT. Pas langsung tak panggil Nasha hadir mesyuarat Majlis Syura, terus pecat saja. Tak bagi surat tunjuk sebab atau notis penamatan perkhidmatan pun.

Keadilan Pas umpama keadilan style Abu Jahal. Kalua dalam berorganisasi pun Pas gagal melaksana keadilan kepada pemimpin dan ahlinya, masakan Pas boleh beri keadilan kepada rakyat kalau hudud Pas dilaksanakan.

Dalam sistem keadilan Islam, mereka yang dituduh berhak membela diri. Dalam sistem keadilan Pas, yang tertuduh tak diberitahu apa tuduhannya, hakim terus bersidang dan terus buat keputusan.

Pecat – pecat – pecat, fenomena Abu Jahal di zaman Haji Hadi menjadi Presiden Pas.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Shah Alam
27 Januari 2013.

3 Comments

  1. le warangan says:

    semua ahli majlis syura di pecat……… keputusan majlis syura = keputusan Anwar = keputusan DAP…..

    hmmmmm HAM PAS

  2. PaLuT says:

    Bukan kena pecat pasal jadi translator pada PM?

    • WakKang says:

      Psal tu jugek le ……hakikatnya mereka memang dah tak senang dengan Nasha lama dah pasal Nasha ni dia jujur tetang islam dan ada prinsip dalam berpolitik. Puak puak nafsu nafsi dalam PAS macam Hadi, Nik Aziz dan Mat Syabu mana boleh senang hati dengan Nasha, dengan orang yg macam Nasha dalam PAS. kalau boleh, Harun Din pun mereka nak pecat, cuma tak berani je …..takutvpengaruh PAS terus berkubur lak!!

Leave a Comment

 

— required *

— required *