PAS Kelantan Tumbang Kerana Isu Tanah…

Yusof Harun – Bayangkan berpuluh tahun rakyat Kelantan meneroka dan membuka tanah di beberapa daerah di selatan negeri Kelantan – dari sebuah belukar dan belantara kepada sebuah perkampungan lengkap dengan dusun dan tanaman – tiba-tiba dengan senyap-senyap diambil oleh kerajaan negeri dan dipajakkan kepada tauke Cina di luar Kelantan dan bukan rakyat negeri Cik Siti Wang Kembang.

Rakyat Melayu dan Islam Kelantan nampaknya terpedaya dengan ‘janji syurga’ apabila sebuah syarikat milik dua tokoh DAP di negeri Perak telah menandatangani perjanjian jual beli dengan syarikat lama. Syarikat berkenaan mempunyai 10,526 ekar atau 4,000 hektar dipajakkan oleh pemilik tanah bagi tujuan penanaman getah. Asalnya tanah ini melalui proses usaha sama bagi penanaman klon balak.

Di peringkat ini pihak pemilik syarikat, yang juga orang kuat DAP di Perak enggan memberikan butiran lengkap. Ia adalah P&C (private and confidential) antara syarikat guaman dengan para pelabur (pelanggan). Bagi kerajaan negeri pajakan kepada pemilik baru berasaskan “merit” jauh dari tohmahan umum bahawa wujud amalan kronisme.

Isu pemilikan tanah oleh syarikat tersebut merupakan tips of the iceberg kerana sehingga kini orang-orang Pas sendiri masih berteka-teki. Kepada Menteri Besar, isu ini tentu saja satu lagi isu yang dieksploitasi oleh Umno kerana ia ada kaitan dengan pilihan raya. Malah telah ada cakap-cakap bahawa apa yang tersiar dalam media serta blog-blog hanya tak lebih dari satu bentuk fitnah yang dicipta oleh Umno.

Bagi orang Kelantan yang bukan Pas, isu tanah tak harus dijadikan modal politik. Kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab kepada rakyat untuk berlaku telus mendedahkan, sama ada dakwaan berpuluh-puluh ribu ekar tanah di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli dilulus kepada sebahagian besar syarikat bukan Melayu untuk projek penanaman kelapa sawit seperti Program Pembangunan Ladang Rakyat membabitkan syarikat luar yang majoritinya bukan Melayu.

Walaupun bunyinya melalui usaha kerjasama, ia tak lari dari tuduhan orang bukan Melayu memonopolinya. Kalau ia melibatkan tanah di Perak ataupun di Johor yang dilakukan kerajaan pimpinan Umno, Pas akan jadikan ia isu politik paling teratas dalam senarai agenda mereka.

Lihat sajalah Felda yang diurus tadbir dan dikepung perniagaannya oleh usahawan Melayu terdiri daripada anak-anak peneroka pun dijadikan isu politik. Malah harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) melalui proses naik turun pun dijadikan modal politik seolah-olah dunia hampir kiamat kerananya.

Untuk rekod, IPO kaunter ini adalah kedua terbesar selepas pengapungan Facebook Inc., yang melihat syarikat berjaya mengumpul dana bernilai AS$16 bilion. Hari pertama ia didagangkan pada 28 Jun, tahun lalu, harga FGVH mencatat keuntungan dari segi premium 84 sen setelah dibuka pada harga RM4.55.

Cara Kerajaan Persekutuan mengagihkan kekayaan kepada orang Melayu berhak tentulah jauh lebih profesional, telus dan lebih menguntungkan berbanding cara memindah pajakan tanah orang Melayu tersebut secara senyap-senyap kepada pihak tertentu. Sudah timbul persoalan apakah pindah milik itu sekadar melibatkan dua tokoh DAP, macam mana pula dengan sekutu lain? Tak berdosakah?

Tidak ada siapa berani berkata secara terbuka bahawa kegagalan ekonomi negeri itu adalah kerana CEOnya tak pandai dan gelap ilmu ekonomi. Betulkah kononnya kalau dapat duit royalti minyak, Kelantan boleh menjadi maju malah lebih maju dari Terengganu dan Pahang.?

Ramai yang menyangsikan, malah ada yang kata kalau beri, samalah macam orang kudung jari yang diberikan cincin. Sebaliknya ramai merasakan kalau duit minyak Petronas diberikan secara langsung kepada kerajaan Pas Kelantan, maka parti itu akan mula naik minyak.

Kemelut dan kontroversi tanah di Kelantan ini tak seharusnya berlaku sekiranya CEO dan teamnya tahu menguruskan ekonomi Kelantan. Mereka sudah berkuasa lebih dari 20 tahun di Kelantan. Kalau buka tanah kerajaan dan tanam kelapa sawit pun hasilnya sudah dua kali dituai. Tapi kenapa cari jalan pintas untuk dapatkan tunai dengan cara begitu.

Isu tanah di Kelantan ini kini giat dikorek dan digali oleh pelbagai pihak. Besar kemungkinan lubang itu kelak akan menjadi liang lahat bagi kuasa Pas di Kelantan.

3 Responses to “PAS Kelantan Tumbang Kerana Isu Tanah…”

  1. itsme

    Jan 29. 2013

    niat yg terbongkar!!! mana keikhlasan PAS?? apa niat nik aziz sebenarnya?? ayoh pengundi PAS yok fikir sejenak perihal halatuju PAS…
    1. dgn TERANG tlh gagal membangunkan Kelantan menjadi negeri serambi mekah
    2. dgn TERANG gagal menaik tarafkan ekonomi melayu kelantan
    3. dgn TERANG mengatakan Islam itu semua politik
    4. dgn TERANG Nik Aziz ragu2 yg Allah itu ESA
    5. dgn TERANG PAS mengatakan org UMNO yg walaupun menyempurnakan rukun2 islam itu kafir
    6. dgn TERANG terpedaya dgn kaum munafikun dan kafir
    7. dgn MUDAH tunduk kpd telunjuk org2 nasaro
    8. dgn SELAMBA tipu janji2 manifesto setiap kali pilihanraya
    9. dgn BODOHNYA mengadap kristian walaupun kita hidup dlm negara Islam
    10. dgn SOMBONGnya menolak persahabatan sesama Islam, sedangkan Nabi saw tlh berpesan, menyakiti seorg islam adalah juga menyakiti seorg islam yg lain
    11. dgn BERANInya menggunakan masjid2 & surau2 tempat berpolitik, mengata, mengumpat juga perdagangkan hal2 duniawi
    12. dgn SEDIKITnya ilmu yg dikurniakan Allah selalu beranggapan org lain tidak betul dan merekalah yg benar lagi betul
    13. dan mengapakah dgn MUDAHnya nik aziz memperkudakan org PAS sedangkan dia sendiri diperkuda dan diperbudakkan oleh pluralisme dan kristian.

    mudah2an sama2 kita mengamalkan sunah2 nabi kerana disana nanti bkn undi dan keahlian PAS yg ditanya, sebalik iman dan takwalah yg menjadi perisai.

    Reply to this comment
  2. wann

    Jan 29. 2013

    Biarkan tanah negeri Kelantan tergadai kpd puak kapir dr luar,sebab rakyat Kelantan majority memang bodoh, sombong,ego dengan semangat kenegeriannya. Apa perkara salahlaku yg dilakukan oleh pemimpin mereka, tak boleh org luar kelantan tegor…sebab yg terlibat itu org kito,kena sokong wpn akn bawa rebah!?

    Reply to this comment
  3. fikrisoleh

    Jan 29. 2013

    nik aziz bodoh sombong. kalau nk tengok perubahan dlm PAS, tunggu dia mati je lah. salah seorang diktator dn orang gila kuasa dlm PR. tp apa nak heran, diktator mmg budaya PR.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE