PARADIGMA POLITIK BARU

Majlis Syura Pas Pecat Nasharuddin Mat Isa

SHAH ALAM – Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.

“Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.

“Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi berkata, itu merupakan tindakan peribadi Nasharudin.

“Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri.”

Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.

Seperti diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau ‘selamat’ daripada sebarang tindakan berat.

Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud -Sinar Harian

9 Comments

  1. khalifah says:

    Isu kalimah Allah itu cuma politik BN sahaja..siapa yg boleh menukar undang2 skrg jika bukan BN..nape nak takut..if kristian guna nama Allah dlm bible n langgar undang2 malaysia, buat tindakan like saman kew n else..result majlis syura pas bukan ada efect pun keputusan krajaan BN skrg..ikut pemerintah lah..BN dulu kini dan selamanya suka timbulkan syak wasangka n fitnah..nasarudin bukan ulama.. Seseorg ulama perlu ada ciri2 Rasulullah..seperti zuhud, istiqamah dlm prjuangan n terima teguran or pandangan dari rakan2..bukannya ego mengatakn diri lebih baik dari org lain n mmpunyai agama yg tingi brbnding org lain..bersekutu dgn org yg akan membuka jln kesesatan sprti parti BN..sekian..:-)

  2. tak peduli says:

    semua isu jadi polemik,semua kejadian menjadi perbalahan yang tiada ujung pangkalnya,ulama dan umaro berbalah pasal beda politik,Kalo ulamak dah berpolitik negara akan kacau,sekarang rakyat dah pening nak dengar cakap sapa.Tengok TV adanya kutuk sana kutuk sini.mana yang kita nak ikut.

  3. N.AJIS says:

    dalam PAS sesiapa yg pentingkan perpaduan ummah akan di pecat…tanpa bicara…apala nak jadi dengan pas sekarrang….pru-13….sorry la pas….selagi ko kawen ngan parti setan

    • khalifah says:

      Tuan msti beringat..parti MCA n MIC tu bukan parti setan kew??sudah lama puak MCA kawal gula, simen, pasir, besi n else..hrga barang naik sebab MCA..ingat!!

  4. sman says:

    Kata Nik Aziz ‘al Quraan semuanya politik’,jadi semua tindak tanduk Pas misti berasaskan politik,inilah cara Pas mengikut ajaran al Quraan,ia itu asalkan ianya bertujuan politik.maka semuanya sudah di kira Islamik.

    Tindakan memacat Ust.Nasharuddin dari Majlis Syura ini saya kira juga ada tujaun politiknya, iaitu bagi mengambil hati DAP PKR dan Anwar yg tidak begitu berpuas hati dgn langkah Majlis Syura mengelaurkan ‘fatwa’ kalimah Allah ekslusif utk pengnut Islam sahaja.Jadi pemecatan Ust Nasharuddin yg di pandang sebagai duri dalam daging sedikit sebanyak di harap dapat melembutkan hati DAP,PKR dan Anwar.

    Sebenarnya tindakan Majlis Syura mengeluarkan pandangan sesiapa yg membenarkan penggunaan nama Allah dalam kitab Bible versi Melayu adalah sesat,juga adalah utk kepentingan politik .Ini adalah kerana isu ini sudah timbul sejak tahun 2010 lagi,tapi mengapa sekarang baru Majlis Syura berbunyi?.Ianya tidak lain dan tidak bukan demi kepentingan politik,selepas melihat bagaimana kegelisahan orang Melayu Islam mmengenai perkara ini,yg boleh menjejaskan undi terhadap Pas.Kalau tidak mengapa Majlis Syura berdiam diri selama ini,apakah tahun 2010 hingga 2012 ianya tidak sesat,tetapi sesat hanya bermula tahun 2013.Sepatutnya soal ‘sesat’ sesaat pun tidak boleh di lengahkan,misti di perbetulkan,apatah lagi bila ianya melibatkan saudara,rakan dan penyokong sendiri.

    • khalifah says:

      Pemecatan nasarudin dlm majlis syura adlh kerana keengganan beliau menrima pendapat n pandangan ulama lain..selalu bercanggah dgn pndapat ulama pas lain..beliau asyik ingin satukan umno n pas..pas tidak akn brsma dgn umno kerana ketika dahulu pernah pas join BN tetapi hajat pas tidak ditunaikn umno ketika itu..maka pas kuar dr BN..pemecatan beliau memg perlu bagi majlis syura kerana majlis perlukan ulama yg sama pendapat bg mengelakn prselisihn fham..sekian..:-)

  5. Jack says:

    Kalau Khaled Mesyal Dari Hamas tahu Nasaruddin dipecat kerana melawat Gaza mahu dilempangnya sekor2 biawak tua pas ni….

    • PaLuT says:

      Dia tak lempang Jack, dia akan sedih pasal di Malaysia, semangat kepartian lebih didahulukan dari semangat Ummah. Lagi satu dia akan pelik pasal cuma jadi translator pun boleh kena tindakan.

    • khalifah says:

      Ko gelar ulama pas biawak tua??ingat!! Jgn sentuh ulama..Allah amat murka…jgn sesekali menggelar ulama islam dengan perkataan yg hodoh nanti bruk akibatnya..slamat maju jaya..:-)

Leave a Comment

 

— required *

— required *