AIDCNews – 30/01/13 – Peguam Naser Disa berkata, kesilapan persepsi di kalangan masyarakat awam adalah menganggap Perlembagaan negara sebagai sekular yang tiada kaitan langsung dengan hal-hal berkaitan Islam.
Perkara ini terserlah dalam ‘Amanat Hadi’ yang diucapkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 1981.
“Tuan-tuan ingatkan…salah satu ‘amanat itu’, kenapa dikatakan bahawa UMNO itu ditentang dan UMNO itu boleh dilawan dan sebagainya ialah kerana UMNO itu mengekalkan Perlembagaan penjajah. Perlembagaan penjajah itu yang kita nak bincangkan hari ini sama ada Perlembagaan itu mempertahankan atau memelihara kesucian nama Allah itu.
“Kalau yang ambil satu pendekatan simplistik, dia kata kalau dah Perlembagaan penjajah, mana ada agama. Ini salah persepsi
“Sedangkan, saya nak sebut, dalam Perlembagaan itu, istilah human right itu tidak ada. Ungkapan human right itu tidak ada. Sebaliknya yang ada adalah agama Islam.
“Islam sebagai agama negara, agama Persekutuan..ada. Nama Allah pun ada di dalam Perlembagaan. Nama Allah mesti dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong apabila Yang di-Pertuan Agong nak menjawat jawatan.. apabila seorang Sultan nak menjawat jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda mesti bersumpah. Sumpahnya mesti dilafazkan ‘Wallahi Wabillahi Watalahi’.
Menurutnya sumpah ‘Wallahi Wabillahi Watalahi’ adalah sumpah syarie yang berdasarkan kepada ajaran Islam.
“Maknanya, dari segi Perlembagaan pun menganggap dan mengiktiraf bahawa Allah ini adalah milik Islam. Mesti dilafazkan menurut prinsip Islam. Tidak ada dalam Perlembagaan ini yang mewajibkan bersumpah ‘in the name of God’, apa semua ni tak ada, dalam bahasa Inggeris pun tak ada.
“Lafaz itu sengaja diwujudkan di dalam Jadual Keempat dalam bahasa Melayu, ‘Wallahi Wabillahi Watalahi’, itu yang utama.
“Teks sahih Perlembagaan ini yang sebenarnya dalam bahasa Inggeris. Tetapi dalam konteks bersumpah atas nama Allah ini, dalam bahasa Melayu. Pada semua masa mesti memelihara agama Islam.
“Ini komitmen Yang di-Pertuan Agong, ketua utama negara. Selaras dengan prinsip agama negara, agama Islam”
Naser Disa merupakan salah seorang Peguam Kanan Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara yang mewakili Menteri Dalam Negeri sebagai Responden Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Responden Kedua dalam kes tuntutan kalimah Allah oleh Tan Sri Murphy Pakiam, Tirtular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur pada tahun 2009.
Paderi Pakiam sebagai pemohon mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur membuat permohonan semakan penghakiman di Mahkamah Tinggi setelah majalah mingguan, Herald Catholic Weekly dikenakan syarat larangan penggunaan perkataan Allah oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam terbitan mereka.
Menurut Naser Disa apabila kalimah Allah dibenarkan kepada penganut agama lain, maka penyalahgunaan telah berlaku kerana kalimah itu adalah hak eksklusif umat Islam di Malaysia.
“Isu penyalahgunaan nama Allah ini, sebenarnya sudah pun termaktub di dalam undang-undang, tak boleh. Dah selesai dah. Settle dah, bukan polemik nak bincang-bincang lagi, bukan. Semua dah settle undang-undang (dah buat keputusan), tak boleh.
“Dalam Enakmen di Selangor, Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam yang No 1 Tahun 1988 itu sudah pun disenaraikan berpuluh-puluh perkataan termasuklah nama Allah ini tak boleh digunakan.
“Di negeri, sepuluh (negeri) lain juga sama.. di Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, dah ada. Yang tak ada empat negeri saja…Wilayah Persekutuan, Penang, Sabah dan Sarawak. Ini undang-undang, enakmen ini tidak ada. Masih belun digubal.
“Penggubalan undang-undang ini dibuat berdasarkan kepada Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Maksudnya, Perlembagaan sememangnya membolehkan halangan, dia panggil ‘restrict and control’. Perkara 11 (4) itu membolehkan ‘restrict and control’ dalam penyebaran agama-agama lain.
“Kita ‘restrict’ apa? Penggunaan Bible dalam bahasa Melayu sebab bahasa Melayu ini digunakan oleh orang Melayu. Kita ‘restrict’, kita sekat supaya ajaran Kristian itu, salah fahaman Kristian itu tak melebar kepada orang Islam.
“Undang-undang ini diluluskan untuk tujuan itu dan undang-undang ini very strict. Salah satu peruntukan, Seksyen 4, ‘Kalau seseorang, tak kiralah seseorang itu dia cuba mempengaruhi orang Islam supaya orang Islam rasa benci kepada agama Islam ini. Dia preach, dia kempen supaya orang Islam rasa benci kepada agama Islam’. Sudah menjadi satu kesalahan di bawah enakmen ini.
“Dia rasa benci kepada agama Islam ataupun dia rasa tertarik untuk meninggalkan Islam. Pun satu kesalahan.
“Dan lebih lagi, Perlembagaan sebut, ‘tak kira sama ada orang yang dia sampaikan itu terpengaruh ataupun tidak, kalau orang itu tak terpengaruh, orang tu dengar saja’, sudah menjadi satu kesalahan.
Menurutnya, undang-undang untuk menjaga kedudukan Islam adalah syarat yang dikenakan oleh Raja-raja Melayu ketika Perlembagaan Malaysia dibentuk.
“Undang-undang memelihara agama Islam dan umat Islam sangat ketat. Kerana apa? Kerana that a the social contract antara mereka dengan kita.
“Social contract yang dikenakan oleh Raja-raja Melayu semasa kita nak membentuk negara kita. Ok, ‘awak boleh datang ke sini’, ‘awak bebas menjalankan agama kamu’, ‘awak bebas menjalankan ajaran-ajaran dan kepercayaan kamu tetapi jangan ganggu agama Islam’, ‘jangan ganggu umat Islam’ dan perkara ini dimaktubkan dalam Perkara 11 (4) Perlembagaan dan juga dalam undang-undang Enakmen Negeri-negeri.”
Menurutnya lagi, kedudukan Islam dalam undang-undang sudah mencukupi, namun yang bermasalah adalah penguatkuasaan.
“Jadi, hakikat sebenarnya benda ni dah settle. Saya nak bagitahu, benda ni dah settle. Isu ni dah tak boleh pakai cuma penguatkuasaannya sahaja.
“Jadi, komen yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin parti politik yang minta supaya dibenarkan juga, sebenarnya statement-statement itu bercanggah dengan undang-undang. So, what our action daripada pihak-pihak yang mempunyai autoriti ini.
“Mereka yang kuatkuasakan undang-undang ini, Jabatan Agama dan juga Polis Diraja Malaysia. Jadi, kalau Polis Diraja Malaysia pun dok tepis, dia kata ini isu agama, bukan saya punya jabatan. Ini masalah. Mereka perlu difahamkan. Mereka (perlu) kuatkuasakan benda ini.”
Peguam Naser Disa : Propaganda Tersirat Gereja Letak ‘Allah’ Cuma Istilah Terjemahan

Ada 1 kemusykilan la pasal undang2 ni.Dikatakan Islam adalah agama negara ini spt tertakhluk dalm perlembagaan Persekutuan.
Maka pahaman sy,kalo begitu ia yg teratas dari semua.
Tp kenapa dalm kes yg ada percanggahan antara Mahkamah Shariah dan Mahkamah Sivil..yg terpakai adalah keputusan Mahkamah Sivil.
Kenpa Mahmakamh Shariah diletak second class plak dalam hal ini?
Ptut kejaan bertegas..jgn berlembut lagi. Dah dalm perlembagaan negara pun termaktub.
Kira puak2 yg bawa kes ni memng kurang ajar laa..dok pertikai benda yg dah selesai.
Harap kejaan jangan takut. Jagalah martabat ISLAM sebagai agama negara.
Pertahankanlah hal ini dgn BERANI dan kerana LILLAHI TAALA.
Mungkin atas dasar itulah YB LGE minta kebenaran awal….. mana tahu dia ada peluang nak jadi yang dipertuan agong….. jadi tak de masalah lah untuk dia angkat sumpah…..
sedari dulu dah nampak akan kelemahan KDN.. sakit kepala tgk mamat tu..
Betul!!! Wak teramatlah setuju dan faham benda ni, sejak Wak tahu membaca dan mengenal Rukun Negara lagi!!!
Hakikatnya mengikut undang undang sedia ada, semua mereka yg mengutarakan dan menimbulkan isu penggunaan Allah dalam bible melayu dan pengedaran bible tersebut adalah PENJENAYAH sosial, yang harus diambil tindakan dan didakwa menurut undang undang berkaitan!!!
Adakah pihak peguam negara masih mengatakan ini isu agama dan bukan dalam bidang tugas mereka? ….maknanya mereka masih tidak memahami kehendak Perlembagaan berkaitan kuasa dan bidang tugas mereka !!!!
Kepada pihak yg bertanggungjawab menguatkuasakan undang undang, tolong jangan ambil sikap berdalih untuk mengelakkan kerja lebih. Jangan sampai rakyat lihat kamu “memilih kerja” dan dituduh kroni atau kamu tidak punya kerja dan harus dibubarkan!!!
Kalau salah parking kamu cepat je menyaman, tapi dalam pelanggaran undang undang yg besar sebegini kamu buat buat tak sensitif pulak….apa ni!!!!!!