Allah, Kebebasan & Simbol Burung Merpati

Helen Ang – Ini kulit buku (gambar bawah) karangan Irshad Manji yang berjudul ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’.

‘Juruselamat’

Berikut ialah senikata lagu Kristian:

Yesus Kristus, Anak Allah,
Mati bangkit semula;
Yesus Kristus Juruselamat,
Bertaubatlah, percaya.

Puji Tuhan, puji Tuhan,
Kami tetap puji Dia;
Tak peduli apa jua,
Tentangan dan derita.

Ia dinyanyikan mengikut irama lagu Inggeris popular kanak-kanak ‘Clementine‘.

Jerusubang

Hannah Yeoh and Zairil

Negara bangsa apa?

Zairil kata jati diri dia Malaysian First

Dalam wawancaranya yang lepas dengan The Rocket, Zairil Khir Johari menegaskan bahawa Bangsa Malaysia adalah “satu identiti budaya”.

Zairil hairan kenapa orang Malaysia masih lagi belum mampu melangkaui pengenalan diri masing-masing berlandaskan etnik (“baffled why Malaysians still cannot look past race today”).

Dia menggesa orangramai agar menyisihkan pemikiran kolot bahawa segala-gala urusan harus berpaksikan hanya kepada faktor bangsa sahaja.

Rasisme ikut kaca mata Firster

Zairil mengesyorkan agar struktur-struktur berasaskan bangsa yang wujud dalam sistem politik negara masa kini perlu dimansuh. Ini merupakan langkah pertama ke arah Malaysia mencapai perpaduan, tambahnya lagi.

Dituding jari Zairil kepada amalan pecah-dan-perintah pihak penjajah yang diwarisi kita serta dasar-dasar BN yang melanjutkan kerangka “race-based system of divide-and-rule”.

“Our community is made up of political structures created for us by first our colonial masters and subsequently our own government. That’s why racism is so entrenched, says Zairil, alluding to BN-championed policies that have perpetuated an increasingly race-based system of divide-and-rule.”

Seterusnya dia memuji DAP sebagai sebuah parti yang tidak memandang pada warna kulit (“lauds DAP for being “a non-racial party”) serta berpendekatan ‘buta warna’.

Asal-usul jolokan ‘Hannah Banana’ – baca sini

Sebenarnya mereka yang buta sejarah

(1) Bagi Zairil, kelompok Anak Bangsa Malaysia adalah “a cultural identity”.

Kuat menjaja air liur bersulamkan “brothers and sisters”, “love, love, love”. Di sebalik kata-kata manis di bibir, tarikat evangelista ialah “Take Subang for Jesus” dan “Take the city for our Lord“.

Adakah konsep ‘Cinta’ burung merpati (lambang Roh Kudus) mahu dijadikan tonggak jiwa bangsa negara Malaysia? Kalau begitu, orang Melayu dan Muslim sudah menyimpang terikut-ikut rentak Jerusubang.

Gereja paderi Terry Jones yang mahu bakar Quran

(2) Zairil kebingungan kenapa masyarakat Malaysia tidak boleh melepasi lensa etnik.

Sila rujuk perbincangan (klik) minggu awal di blog ini tentang unsur-unsur yang menyepadukan masyarakat majmuk dan yang merenggangkan perhubungan kita.

Terdapat jurang yang besar di antara kita yang berbagai kaum, berbagai agama dan berbagai bahasa. Ini hakikatnya. Sebagai eksperimen, cuba letak seorang budak UiTM dan seorang budak Utar sebilik dan tengok pergaulan mesra mereka

(3) Adakah dalam zaman penjajah  pra-1957 sebelum ini kaum-kaum di tanahair sudah hidup berjiran bagai aur dengan tebing ataupun duduk berkelompok dan asing-asing?

(Rencana ini akan disusuli dengan Bahagian II yang mengupas syarat kerakyatan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948).

Para pembangkang ghairah mengedepankan hujah bahawa gejala masyarakat retak kita ini berakar-umbi di dalam bekas sistem pecah-and-perintah British dan BN.

Baiklah. Kita ambil contoh negeri-negeri Pakatan.

Bahasa perhubungan bahasa apa?

Buletin Mutiara, suratkhabar negeri Pulau Pinangditerbitkan dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil. Bahasa kebangsaan dikesampingkan oleh pentadbiran DAP Lim Guan Eng.

Selangor Times diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Bahasa kebangsaan pun dikesampingkan oleh pentadbiran PKR Khalid Ibrahim juga.

Kalau betul-betul tiada perbezaan ras, kenapa perlu ada perbezaan bahasa yang sendiri dipupuk oleh penerbitan rasmi kedua-dua negeri Pakatan tersebut?

Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Mustahil puak Anak Bangsar Malaysia diajak untuk duduk semeja. Apatah lagi dibawa berbincang dan harap-harap akan boleh bertolak-ansur. Perangai merebut kalimah Allah menunjukkan belang mereka.

 

 

4 Responses to “Allah, Kebebasan & Simbol Burung Merpati”

  1. hisham

    Jan 28. 2013

    Kalau si zairil dan dap ni so serious dlm bangsa malaysia, knp tak usaha mansuhkan sjkc dan sjkt. Tapi tidak. Dap lah akan jadi organisasi pertama yg akan defend sjkc. Walk the talk, please.

    Reply to this comment
  2. warisatuliman2010

    Jan 27. 2013

    Salam handai taulan. Saya agak hairan setelah ketahui bahawa Khir Johari hanya bapa tiri Zairil. Jadi, dari segi hukum agama dan undang2 dia tidak boleh berbinkan nama bapa tirinya Khir Johari, kecuali dia ada tujuan peribadi (udang di sebalik batu) yg hanya dia dan Allah yg ketahui. Fikir2kanlah. Wassallam.

    Reply to this comment
    • WakKang

      Jan 27. 2013

      Dia hanya anak tiri…. Dan mengaku dia melayu? Bapak dia sapa? … Bukan khir johari kan!! Dia takde nasab khir johari jauh sekali jadi melayu!!! .
      Hakikatnya dia cina , persoalannya dia islam kah??? …sebenarbenarnya muslim???

      Reply to this comment
    • sman

      Jan 28. 2013

      bukan bin Khir Johari,tapi bin Abdullah.namanya di sambung dgn nama Khir Johari.tak apa kalau dia bukan Melayu,tapi haruslah menjadi Muslim yg baik sepertiman Dr.Redzuan Tee.

      Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE