Kalimah Allah: Ahli PAS Berdemo Bantah Guan Eng


Antarapos – Lebih 50 penduduk termasuk penyokong PAS yang tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, hari ini mengadakan demonstrasi membantah cadangan pemimpin itu, yang mahu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dibenarkan.

Selain membawa sepanduk mengecam Lim, penduduk Kampung Padang Enggang itu turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.

Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52, kemudiannya mendesak PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang sekiranya parti itu lebih sayangkan Islam.

“Atas nama Islam, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.

“Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram,” katanya.

Mohd Rosli juga meminta semua pihak agar menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Isu kalimah Allah itu timbul apabila Lim mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi berkenaan dan pada satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Bagaimanapun selepas dikritik hebat, Majlis Syura Ulama PAS kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan.

4 Responses to “Kalimah Allah: Ahli PAS Berdemo Bantah Guan Eng”

  1. backdoor

    Jan 25. 2013

    Rasanya dah tiba masanya untuk keluarkan Amanat Fatwa Negara…kalau dulu amanat hadi kata UMNO kafir…sehingga ada tanggapan undi UMNO tak masuk syurga…dan kini Amanat Fatwa Negara seharusnya berbunyi..undi DAP dan PKR boleh jadi syirik, orang yang syirik memang takkan masuk syurga selama-lamanya. Dengan mengambil ulasan Dato Harun Din berkenaan khalimah Allah….

    Reply to this comment
  2. Matt

    Jan 24. 2013

    Itu keputusan majlis syura pas, apa pula pendirian rasmi pas?

    Satu lg, majlis fstwa dah buat keputusan lama dahulu, apa perlu majlis syura buat meeting lg? Apa pas ingat majlis syura dia lebih tinggi drpd majlis fatwa kebangsaan?

    Reply to this comment
    • basry

      Jan 25. 2013

      PAS kena pilih: nak ikut fatwa majlis syura PAS atau nak ikut keputusan majlis presiden PR. Persoalan keimanan dalam memelihara kebesaran nama Alah tidak boleh ada 2 pendirian yang bertentangan.

      Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE