PARADIGMA POLITIK BARU

Hasan Ali Hairan Kenapa Anwar Masih Berkeras Beri Kalimah Allah

AIDCNews – 24/01/13 – Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Hasan Ali mempertikaikan sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berkeras dan mempertahankan keputusan mesyuarat majlis Pimpinan PR 8 Januari membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Menurutnya, sikap Anwar itu bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Pas yang bermesyuarat pada 13 Januari.

“Adakah ini pemimpin yang mahu dianggat sebagai ketua. Jika isu kalimah ALLAH pun tidak mampu ditangani dan diperjelaskan kepada rakan PR lain, inikan pula nak mentadbir negara.

“Adakah kita mahu memberi sokongan kepada pemimpin yang mengamalkan pluralisme agama dan LGBT (lesbian, biseksual, gay dan transeksual) untuk memerintah Malaysia,” katanya kepada media selepas menyertai forum sempena Maulidur Rasul di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Menurutnya, media luar sudah mengangkat Anwar sebagai “penghulu” untuk menjayakan agenda pluralisme dan LGBT di negara ini dan maklumat mengenainya sudah tersebar luas di merata tempat.

Sehubungan itu, rakyat negara ini perlu menolak fahaman ini dan pengamalnya agar akidah umat Islam tidak terus terpesong dengan amalan karut dan dimurkai Allah.

“Kita kena tentang habis-habisan dakyah jahat ini. Kita kena fikir nasib anak cucu kita pada masa akan datang. Jika kita lalai, maka masa depan mereka akan dipenuhi dengan gejala yang menyimpang jauh dari ajaran Islam,” katanya.

Hasan juga turut memuji pendirian Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Harun Din yang konsisten sejak dua tahun lalu hingga hari ini yang berpendapat menyokong penggunaan kalimah Allah untuk penganut agama lain atau menggantikannya dengan nama tuhan adalah satu perbuatan syirik.

7 Comments

  1. nsr says:

    x brapa nak hairan sbb anuar bukan ada agama…dia omen

  2. akulah says:

    Apa yang susahnye san..ko suruh hisyam tu buat tindakan je..itu yang patut ko buat..dari xhabih2 membebel pasal kalimah ke xkalimah ke..ko kan phd xkan berfikiran rendah akal..kuncinye pada hisyamuddin, bukan pada anuar..BANGANG?!

  3. Guitar Player says:

    Cara berfikir Anwar ni memang dah jelas, dari dulu sampai sekarang memang cukup konsisten dengan auta dan putar belit.

    • DH Daniel says:

      Maksud saudara Anwar boleh berfikir? Ini penemuan baharu! Kami yang mengenali beliau maklum sangat kemampuan akal beliau. Beliau banyak meniru idea orang lain, menyuruh orang lain menulis ucapannya (ingat Munawar Anees, Faiz Abdullah, Khalid Jaafar)? dan beliau sendiri tidak menulis sebarang buku yang signifikan. Atau baru-baru ini dia telah mengikuti kursus cara berfikir?

  4. Ana says:

    Baiklah berjuang minta KDN batalkan saja permit mencetak bible kedalam versi Bahasa Melayu, walaupun mereka pakai lord, god, atau tuhan. Kalau Melayu semestinya Islam, apa perlunya bible Melayu? Mesti puak kristian nak dakyah kat orang Melayu! Mana mana org Melayu yg dah murtad, pakai bible Bahasa Inggeris sudah lah, bila dah murtad dah hilang taraf Melayu Islam. Kalau KDN batalkan permit cetak bible Melayu, Kalimah Allah dah tak ada issue lagi, sepatutnya orang UMNO & PAS & yng lain membantah KDN yg beri permit, supaya jangan ada cetakan Al Kitab versi Melayu di Malaysia. Bible bahasa Inggeris biarlah itu hak mereka. Dulu lagi dah issue bible Melayu ni, dah 30-40 tahun, tapi org tak kisah, itu sebab banyak bible Melayu beredar dlm negara.

    • Ana says:

      Kenapa kerajaan nak layan 2 , 3 orang Melayu Murtad, maka perlu ada Alkitab iaitu bible Melayu? Kalau dah murtad, mereka tak layak dipanggil Melayu. Mengapa perlu dijaga hak beberapa org Melayu murtad, sedangkan hak jutaan Melayu Islam hendak diguriskan hati & aqidah mereka??? Yg mana perlu dijaga, hak yg murtad utk dapatkan bible Melayu atau yg islam berjuta ramainya?

  5. WakKang says:

    Anwar mana faham apa tu syirik pasal dia kan munafik! Sejak dari zaman Rasulullah lagi orang islam munafik ni kerjanya menghasut orang islam untuk tidak mempercayai Rasulullah dan mensyirikkan Allah. Mereka bersekongkol dengan yahudi dan kafir quraisy bukan kerana hendak menolong mereka tapi kerana islam munafik ni takut kepada bayangan diri mereka sendiri. PKR tu samalah macam mereka!

Leave a Comment

 

— required *

— required *