Aktivis Hina Raja Dipenjara 10 Tahun

Somyot Pruksakasemsuk ketika dihadapkan di mahkamah semalam. – Foto ihsan CNN

AIDCNews – 24/01/13 – Seorang aktivis berpengaruh dan pengarang majalah Voice of Thaksin dihukum penjara 10 tahun, semalam selepas menghina raja Thailand, Bhumibol Adulyadej.

Somyot Pruksakasemsuk disabitkan kesalahan menerbitkan dua rencana dalam majalahnya dengan memberi gambaran buruk kepada sistem beraja Thailand.

Hakim mendapati kedua-dua rencana itu mengandungi tuduhan terhadap keluarga bangsawan Thailand.

Sebagai pengarang veteran, kata hakim, Somyot sedar kandungan rencana itu, tetapi dia tetap menerbitkannya.

Mahkamah mengarahkan Somyot dipenjara lima tahun bagi setiap rencana, lapor AP.

Somyot ditahan pada April 2011, ketika berkempen untuk meminda undang-undang negara Thailand dan ketika berada dalam penjara dia mengemukakan satu petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan Thailand mendakwa undang-undang negara itu bertentangan dengan hak asasi manusia.

No comments.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE