Najib Saksi Kekejaman Israel Di Palestin

AIDCNews – 24/01/13 – Gambar di atas menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berdoa di hadapan kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terbunuh akibat dibom oleh Israel.

Almarhum Ahmed Al-Jaabari, rakyat Palestin dibunuh apabila kereta yang dinaikinya dibom dengan peluru berpandu Israel pada penghujung tahun lalu.

Turut terbunuh dalam serangan itu adalah sembilan orang awam, termasuk seorang gadis berusia tujuh tahun.

Bersama rombongan Najib adalah Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Turut kelihatan juga adalah Ahli Majlis Syura Pas, Nasharuddin Mat Isa yang juga bekas Timbalan Presiden Pas dan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, satu yayasan untuk kebajikan untuk rakyat Palestin.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE