PARADIGMA POLITIK BARU

Kalimah Allah : Akhirnya Anwar Muncul Bela Azmin, Tolak Majlis Syura

AIDCNews – 23/01/13 – Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akhirnya muncul dengan menegaskan kenyataan yang hampir sama dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa pakatan pembangkang menolak keputusan Majlis Syura PAS dan hanya menerima keputusan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu berhubung dengan isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

“Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari),” kata beliau dilaporkan Sinar Harian pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Menurutnya, Pakatan pembangkang hanya menerima kenyataan awal Presiden Pas pada 8 Jan yang tidak melarang penggunaan kalimah Allah, selagi mana tidak disalahgunakan.

“Soal isu ALLAH ini saya baca dengan teliti keputusan Majlis Syura Pas. Kita juga baca dan bincang kenyataan yang dibentang oleh Hadi Awang di awal dalam Majlis Pakatan Rakyat.

“Kita dalam Pakatan Rakyat apabila membaca kenyataan Hadi Awang, pertama dengan tidak melarang penggunaan tetapi menegur penyalahgunaannya, menyatakan keprihatinan, kalau ia boleh mengelirukan. Kita tidak ada masalah dalam hal demikian,” ujarnya.

Walaupun mengakui memahami kebimbangan umat Islam terhadap isu itu, namun menolak dakwaan mengatakan perkongsian kalimah Allah dikaitkan dengan liberalisme dan pluralisme.

“Saya juga dapat merasakan sebahagian daripada kebimbangan itu sahih, maknanya ada benar.

“Dalam kes-kes seperti itu kita harus tegas. Kalau ada antaranya pengedaran Bible ini kepada budak-budak sekolah, harus ada tindakan. Yang saya tidak setuju, ia digunakan untuk politik seperti mengatakan liberal, plural dalam soal ALLAH ini,” katanya lagi.

Sebelum ini ramai pihak mempertikaikan sikap berdiam diri Anwar dan cuba mengelak diri apabila diajukan soalan oleh wartawan terhadap isu tersebut.

“Wartawan bertanya kerana dia (Anwar) boleh dianggap “Pengerusi Pakatan Rakyat”. Selaku pengerusi kepada pakatan yang bakal mentadbir negara, dia seharusnya mengambil tanggungjawab sebagai “pemutus kata” kepada sebarang masalah berbangkit di dalam pakatan yang tidak mampu diselesaikan.

“Dia yang sepatutnya memperjelaskan pendirian pakatan dalam isu ini. Bukan Azmin Ali,” kritik kkamdias.blogspot.com.

Sementara itu, pensyarah Quliyyah Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik juga senada dengan Azmin dengan mendakwa kenyataan Majlis Syura Pas berbeza identiti dengan kenyataan Pakatan.

“Isunya sekarang ialah (dalam) Dewan Ulama’ PAS, bukan Ulama’ Pakatan Rakyat.

“Dalam Pakatan Rakyat, ada Majlis Presiden yang lebih (berhak membuat keputusan), jadi apa sahaja keputusan PAS dia boleh dibawa kepada Majlis Presiden untuk membincangkan perkara itu,” ujarnya kepada Antarapos.

Dr Maszlee merupakan tokoh akademik yang disenangi oleh badan pemikir DAP, Penang Institute.

Menurut tinjuan Antarapos, pimpinan Pas kini berusaha untuk mengunci mulut dengan memberi alasan ‘isu ini telah selesai’, walhal dalam masa sama kem pro Anwar terus mara mempertikaikan kenyataan Majlis Syura itu.

Haron Din : Syirik, Kufurlah Ia.. Orang Yang Setuju Allah Untuk Kristian

11 Comments

  1. anwar jaga jubs azmin says:

    anwar kena jaga assmin.. kerana lubang dia dan lubang bini dia shamsidar taharin adalah lubang2 nikmat yg anwar enjoy ketika anwar jadi TPM dulu tahun 1990an…
    ..
    dah nampak kini kenapa aszmin sangat special dimata dan di kote anwar

  2. dini says:

    dua dua ni biul…barua kafir DAP..

  3. Pemerhati Gelagat says:

    Anwar sedang desprate sekarang. Tunggu Hj.Hadi buat kenyataan balas. Demi politik Anwar tergamak berpendirian begitu. Dalam ABIM dulu kan ada Majlis Syura. Dia tahu makna keputusan Syura. Atau kerana tak ikut syura waktu masuk UMNO dulu perkara syarie tak penting baginya. Yang penting cita-cita politik untuk jadi Perdana Menteri walaupun membelakangkan hukum syara’. Apa lagi PAS tunggu dengan manusia seperti ini. Pejuang faham pluralisme agama, ada kaitan dengan dengan tokoh-tokoh Zionis, integriti dirinya yang sangat merudum. Anwar bukan asep bagi PAS. PAS jangan terperangkap dengan isu kalimah Allah. Keputusan Majlis Syura mengenai kalimah Allah harus menjadi pegangan PAS dan Hj.Hadi. Kalau Hj.Hadi setuju dengan pandangan Anwar bermakna Hj. Hadi tidak hormati keputusan tertinggi dalam PAS.

  4. usopwilcha says:

    bodoh betul dr maszlee ni..katanya pensyarah…tapi tak boleh bezakan antara organisasi sah dengan organisasi sembang kedai kopi…pakatan rakyat tak pernah dIdaftarkan…justeru macam mana pulak pakatan rakyat boleh ada majlis presiden? … pakatan rakyat hanyalah organisasi sembang kedai kopi sahaja dan tidak wujud majlis apa ke jadah sekali pun… majlis syura lebih kredibel kerana ia duduk dibawah PAs iaitu parti yang berdaftar…si maszlee ni betul ke pensyarah uia ni? hampeh…

  5. ladong says:

    syaitan/Iblis tidak akan berhenti menyesatkan manusia, sehinggalah kita mati…yang dah sesat tentulah sesat, yang belum sesat.. kembalilah kepangkal jalan. supaya mati dalam Islam.
    Dah Akhir Zaman…………………kuatkan Hati kita supaya jangan tergelincir….bersatu kita semua…………………….mempertahankan kebenaran……….

  6. Lim Lynn says:

    Kita akan lihat lagi Anwar punya versi sendiwara yang tak masuk akal. PKR DAP lebih berkuasa daripada PAS Majlis Syura.

  7. itsme says:

    segala keburukkan sudah dpn mata, tp syg masih ramai kejamkan mata, mrk menganggap anwar bagai permata, bagai dipukau ahli silap mata.

    seandainya pengundi masih menghalalkan PAS ddlm PR atau mengundi PAS utk PR, tak de kata hendak ku kata, walaupun panau dah tumbuh melata, dah habis bahasa hendak dikata, wahai pengundi PAS berjabat tanganlah kita, demi generasi melayu islam kita.

  8. Amin GmbH says:

    kpd PAS,

    kalah politik tak apa, jgn gadai prinsip. larilah dr PR, kembalilah ke pangkuan Perikatan.

  9. basry says:

    Penting sangatkah pendirian Anwar mengenai nama Allah..?
    Siapa Anwar ini untuk membenarkan penggunaan nama Allah dikalangan bukan Islam?
    Kalau nama tuhan dia sendiripun Anwar tidak ada rasa hormat serta keazaman untuk memeliharanya, apalah sangat bagi dia untuk menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

  10. sayamelayu says:

    Abislaaa PAS, kena makan dahh…kluarla dr PR apa tunggu lagi? ayat asal tidak disalahguna adalah satu taktik licik, langsung x dibuat garispanduan….ketahuilah pengakhirannya nanti, mereka akan tetap salah guna! Ini adalah first step mereka ke arah pluralisme

  11. A.Y says:

    Surah Al Anfal, ayat 73: “The unbelievers are protectors, one of another: Unless ye do this (protect each other), there would be tumult and oppression on earth, and great mischief”

    Commentary by Abdullah Yusuf Ali: Evil consorts with evil. The good have all the more reason for drawing together and not only living in mutual harmony, but being ready at all times to protect each other. Otherwise the world will be given over to aggression by unscrupulous people, and the good will fail in their duty to establish Allah’s peace and to strengthen all the forces of truth and rigthteousness.

    Maknanya, apabila org-org Kristian bersepakat sesama sendiri, tidak kita daripada parti politik yang mana satu, dalam hal penggunaan kalimah Allah, org Islam tidak bersatu, sebaliknya bergaduh sesama sendiri. Tidakkah eloknya sekiranya org Melayu Muslim di negara ini mengikut ajaran al-Quran dan bersatu menentang perancangan jahat org bukan Islam, seperti mana dikehendaki oleh Yang Maha Esa, tanpa mengira parti politik?

Leave a Comment

 

— required *

— required *