Kalimah Allah : DAP Mahu Presiden PAS Ubah Semula Keputusan Majlis Syura

AIDCNews – 19/01/13 – Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengubah semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.

Karpal dilaporkan Sinar Harian berkata Hadi perlu melakukan perkara itu supaya keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang bermesyuarat pada 13 Jan tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.

“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.

“Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini,” kata beliau pada sidang media di Georgetown hari ini.

Ahad lalu, Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai 15 anggota memutuskan sebulat suara bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.

Hadi juga termasuk salah seorang ahli Majlis Syura Pas yang bersetuju dengan keputusan tersebut.

Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.

Semalam, Nik Aziz secara tegasnya mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura Ulama menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Khamis lalu, Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali berkata, pihaknya berpegang kepada pendirian dibuat oleh Hadi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 8 Januari lalu.

Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata:

“Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas… dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas.”

Di Sabah dan Sarawak, katanya, ia diamalkan sejak sekian lama dan tidak pula timbul sebarang masalah atau tentangan.

“Jadi saya rasa ia juga boleh dilaksanakan di Semenanjung kerana tidak akan menjejaskan mana-mana kuasa dan pihak,” katanya.

13 Responses to “Kalimah Allah : DAP Mahu Presiden PAS Ubah Semula Keputusan Majlis Syura”

  1. Jijan Mali

    Jan 21. 2013

    Haaa…tu dia. Godfather sudah cakap. Aku nak tengok
    macammana Father Nik ‘U-turn’ Ajis dan Father Hadi ‘Flip-Flop’
    Awang nak ‘tango’ dengan Majlis Sura PAS-pis-pus
    handle arahan Karpal ‘Godfather’ Singh ni. Agak-agak
    depa ni ada teloq tak nak suroh Godfather DAPpigs tu
    pergi main jauh-jauh dan jangan kacau depa?
    Ada teloq, tak ada, ada….amacam….

    Reply to this comment
  2. Dmel

    Jan 21. 2013

    YA ALLAH…… AMPUNKAN KAMI SEMUA YA ALLAH…..
    SUNGGUH KAMI SUDAH MELAMPAUI BATAS BATAS MU….
    AMPUNKANLAH KAMI YA ALLAH… BERIKAN HIDAYAH DAN PETUNJUK MU KEPADA KAMI SEMUA SUPAYA KAMI TIDAK MENJADI ANTARA MEREKA2 YANG RUGI….

    Reply to this comment
  3. itairus

    Jan 21. 2013

    hadi pemimpin yang paling dungu dan jahil dala pas…

    Reply to this comment
  4. itsme

    Jan 20. 2013

    sehingga ke hari MUAFAKAT benar2 menunjukkan kesungguhan mrk dan ramai lagi ngo2 yg tlh melontarkan pandangan dan bantahan dgn hujah2 yg bernas, waimah pengikut setia AIDC juga membantah dgn tambahnilai kpd isu2 yg didedahkan, dan yg paling penting kerajaan mengembelingkan usaha2 & idea2 spt ini menjadi sbhg dr tindakan kpd penambaikkan ddlm pentadbiran. Penguatkuasaan undang2 sgt perlu bg memastikan perkara ini tdk berulang. Mahu lihat kerajaan yg lbh berani dan tegas.

    Reply to this comment
  5. sayamelayu

    Jan 20. 2013

    Over my dead body!

    Reply to this comment
  6. basry

    Jan 20. 2013

    Itu adalah akibatnya apabila Nik Aziz pernah berkata “..usahkan DAP, jika syaitan nak bantupun PAS akan terima..”.
    Maka syaitan-syaitan ini benar-benar sedang membantu PAS merosakkan aqidahnya sendiri…

    Reply to this comment
    • the watch

      Jan 20. 2013

      Sekarang Syaitan2 yang dia berkawan menuntut apa yang telah dijanjikan.Baru sekarang dia tahu langit tinggi rendah.Padan muka.

      Reply to this comment
    • usin lempoyang

      Jan 21. 2013

      ..benar lah apa yang anda katakan itu. Bila Nik Aziz dengan celupar berkata bantuan syaitan pun dia nak terima..maka tindakannya sebelum ini pun ada iras-iras ‘syaitan’ lah juga. bayangkan..Nik Aziz bersekongkol dengan DAP kafir harbi dan PKR yang pemimpinnya sarat dengan noda (liwat..zina..tibai bini orang..sorong kote dalam jamban..dll)..bukan kah itu ciri syaitan?? Naudzubillah min zalik.

      walaubagaimana pun, syabas juga pada Nik Aziz dan rakan-rakan, akhirnya cepat tersedar dan segera buat U-turn sebelum semuanya terlambat. Syabas Nik Aziz!! Semoga kesedaran ini akan membuka pintu kesedaran yang lebih luas bagi PAS segera terajang perjuagan DAP dan PKR!! Jangan lagi sampai terpalit dengan najis-najis hina ciptaan syaitan yang ada pada DAP dan PKR!!

      PAS boleh bertanding semua 222 kerusi kalau rasa perjuangannya memang untuk Islam (maklum lah UMNO itu kafirr…menurut amanat Haji Hadi yang masih belum ditarik balik sampai kini,..)

      atau:

      PAS boleh bergabung sahaja dengan UMNO (..kerana telah sedar bahawa UMNO sebenarnya tidak kafir..maklumlah perbuatan PAS sekongkol dengan DAP dan PKR pun dikatakan tidak kafir..).

      Gabungan UMNO/BN dengan PAS pasti akan berkesan untuk mengenyahkan syaitan-syaitan DAP dan PKR yang anti Islam serta amat menjijikkan..

      Reply to this comment
  7. WakKang

    Jan 20. 2013

    Karpal mengesa PAS agar tidak menggunakan demokrasi dalam urusan parti seperti DAP.
    Karpal mahu Hadi menjadi diktator dalam partinya, sama seperti Kit Siang dalam DAP.
    DAP setakat ini berjaya mendominasi PAS dan PKR untuk menentukan halatuju pakatan haram PR.
    Amat memalukan bagi PAS yg selama40 tahun berjaya menjadi parti pembangkang yg beriputasi, tetapi kini mencadi macai kucing kurap DAP dalam PR.

    Nak pulang balik cakap Karpal Singh ….. Langkah mayat kami umat islam dulu kalau kau nak gunakan nama Allah dalam bible!!!! Ingat Karpal!! Ini bukan cakap politik, bukan cakap UMNO!!!

    Reply to this comment
  8. El Halim

    Jan 20. 2013

    Tengok, aku dah jangka Hadi kena main dengan Anwar dan DAP..pada aku Hadi adalah Presiden PAS yang paling bodoh setakat ini..Punyalah senang Anwar dan DAP kitai Hadi buta-buta je, nampak sangat semasa Hadi buat sidang akhbar bersama-sama dengan 2 ekor beruk tu, skrip dah disediakan oleh Anwar. Modus operandi Anwar senang je, telefon Hadi cakap suruh datang KL nak buat sidang akhbar pasal Kalimah Allah, bila Hadi, Anwar dan Kit Siang dah depat wartawan, Anwar terus beri skrip yang disediakan awal-awal tanpa pengetahuan Hadi dan suruh Hadi baca, tanpa sempat menyemak dahulu apa yang ditulis..dan kerana kebodohan dan bebalnya Hadi, maka Hadi pun menyetujui penggunaan Kalimah Allah dalam Bible Versi Bahasa Melayu tanpa perlu menunggu keputusan Majlis Syura PAS..akhirnya PAS yang rugi kerana bebalnya Hadi seorang Presiden PAS yang paling dungu dalam sejarah. Anwar dan Kit Siang boleh lepas tangan dan horey-horey..

    Reply to this comment
  9. abc

    Jan 20. 2013

    Esok depa perintah semua hukum hakam agama Islam serah pada depa ja larr no PAS no..

    Reply to this comment
  10. abc

    Jan 20. 2013

    Esok depa perintah semua hukum hakam agama Islam serah nak pada depa ja larr no PAS no..

    Reply to this comment
  11. Kapal Selam

    Jan 19. 2013

    Hey Mr Singh!

    Over my dead body!

    Kapal Selam

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE