PARADIGMA POLITIK BARU

Azmin : Majlis Syura PAS Bukan Keputusan Rasmi Pakatan

AIDCNews – 19/01/13 – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata keputusan Majlis Syura Ulama Pas bukan keputusan rasmi pakatan berhubung dengan isu kalimah Allah dan pakatan pembangkang hanya berpegang teguh dengan keputusan rasmi Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 8 Januari.

“Majlis Syura itu adalah struktur dalam organisasi Pas. Ia bukan kompenan dalam Majlis Pakatan Rakyat. Kita terikat dengan polisi Pakatan Rakyat yang kita telah bincang dan bersetuju.

“Oleh kerana kita terikat dengan dasar-dasar yang dipersetujui secara koletif (bersama) dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dan kita akan berpegang kepada pendirian itu.

“Pandangan Majlis Syura harus kita hormati, kita tidak boleh menyekat mana-mana pihak bersuara. Kita kena pertahankan hak demokrasi mana-mana individu dan institusi untuk menyatakan pendapatnya, namun Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli Pas, tetapi kita, (Keadilan, Dap dan Pas) terikat dengan polisi bersama yang telah dipersetujui bersama dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.

“Dan mesyuarat terbaru adalah 8 Januari. Jadi kita berpegang kepada pendirian yang sama. Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari,”tegas Azmin pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR, 17 Jan.

Presiden Pas setuju

Menurutnya dalam mesyuarat terbaru Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Januari, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri turut bersetuju dengan pendirian DAP dan PKR membenarkan kalimah Allah diguna pakai oleh penganut Kristian.

“Pendirian Keadilan dan Pakatan Rakyat (adalah) sama. Tuntas, konsisten dan tidak berubah. Dan Baru-baru ini Presiden Pas dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Januari yang lalu..sekali lagi Presiden Pas, memperteguhkan polisi yang diputuskan Pas dalam konteks kalimah Allah.

“Pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada tahun 2010. Tidak berganjak. Walaupun perkara ini dibincangkan semula oleh kerana beberapa kenyataan tetapi pendirian Pas (dan) Pakatan Rakyat tidak berubah.

“Ini ditegaskan sekali lagi oleh Presiden Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Januari 2013,”katanya.

Laksana polisi disepakati bersama

Menurutnya lagi pakatan pembangkang hanya boleh melaksanakan polisi yang disepakati bersama dan tidak akan melaksanakan polisi yang tiada kesepakatan bersama.

Menurut rekod, perjuangan hudud dan Negara Islam yang diperjuangkan Pas bukan merupakan polisi yang disepakati bersama dalam Majlis Tertingi Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat terikat dengan dasar bersama..Insya Allah ditakdirkan kita diberikan amanah di Putrajaya, sudah tentulah dasar-dasar yang akan dilaksanakan adalah dasar-dasar yang telah dipersetujui bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Dan dasar ini jelas.. telah ditegaskan sekali lagi oleh Presiden Pas, maka Keadilan akan berpegang dan terus berpegang kepada pendirian yang telah dibuat secara kolektif dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat,”tegasnya.

8 Comments

  1. Jijan Mali says:

    Haaa…tu dia. Godfather sudah cakap. Aku nak tengok macammana Father Nik ‘U-turn’ Ajis dan Father Hadi ‘Flip-Flop’ Awang nak ‘tango’ dengan Majlis Sura PAS-pis-pus
    handle arahan Karpal ‘Godfather’ Singh ni.

    Geng2 Mahfuz Bean, Mat Sabun 121, Din Pudu dll tu dah menikus sebab depa tak kisahnya. Depa ni puak Anwarista, kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang depa tibai. Lalang habis. Aku tak kisah sangat salakan Azmin ‘Aiskrim’ Ali tu. Apa yang dia boleh buat, salak sajalah kat bukit , bukan boleh runtuh pun.

    Ni ha….. kes Karpal ‘Godfather’ Singh. Agak-agak Father Nik dan Hadi dan Majlis Syura depa kat PAS-pis-pus ni ada teloq tak nak suroh Godfather DAPpigs tu pergi main jauh-jauh dan jangan kacau depa? Ada teloq, tak ada, ada….amacam….??

  2. fikrisoleh says:

    azmin sbnarnya dh confuse isu politik dan isu agama. kputusan majls syura PAS mmg la utk PAS. tp isunya tu melibatkan semua orang ISLAM. hasil perbincangan majlis syura yg rata-rata adalah org berilmu, menggambarkan penilaian golongan ulama trhdp isu tu. kalau ulama umno dan pas dah capai ‘sepakat’ kata haram, tu maknanya jwpn isu tu mmg ‘haram’, bukan sbb fhmn politik. kalau ass-mean mahupun anwar nak kata ‘bible blh guna’ ikut suka dia la. kubur masing-masing. cuma aku nk ingatkan, keta ferrari tak bley guna dlm kubur. apatah lg eskrem..

  3. sesumpah says:

    Hadi Awang ada pelanduk dua serupa ke? Pada sidang akhbar Pakatan kata setuju bukan Islam pakai Kalimah Allah mengambil ‘stand’ sebagai Presiden PAS. Pada keputusan Majlis Syura, setuju lah pulak bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah kerana salah dari segi makna hakikinya. (Hadi Awang adalah salah seorang ahli Majlis Syura yang tempoh hari sebulat suara bersetuju agar penggunaan kalimah Allah adalah hak mutlak orang Islam). confuse…confuse…very confuse…

    • fikrisoleh says:

      scene blkg tabir mana kluar kt tv! Angota mjlis syura hentam presiden PAS dan mursyidul amnya, mna orang luar tau. pasal tu la dua-dua dh mcm lalang. semalm ckp lain, hari ni cakap lain. dlm PAS, presiden membelakangkan keputusan majlis syura, ibarat menggali kubur sendiri..

    • usin lempoyang says:

      Hj Hadi sebenarnya memang telah semakin confuse. Beliau kini betul-betul dalam dilema. Nak telan mati emak, nak luah mati bapak! Nak ikut DAP dan PKR menghalalkan kalimah Allah buat kalangan kafir, Hadi bimbang beliau akan dikutuk oleh umat Islam. Nak ikutkan kepentingan umat Islam agar tidak menghalalkan kalimah Allah, Hadi takut dikutuk oleh DAP dan PKR, teman-teman sepersekongkolan sejak sekian lama.

      Nasihat saya untuk Haji Hadi: utamakanlah kepentingan umat Islam terlebih dahulu berbanding kepentingan politik PAS yang pasti hanya menguntungkan DAP dan PKR yang tidak pernah mendapat restu Allah s.w.t.. Hj Hadi kena ingat, Islam sepatutnya adalah SEGALA NYA!!

  4. basry says:

    PR memang bermasalah. ketiga-tiga parti tidak mempunyai prinsip perjuangan yg sama dan sukar menentukan dasar. Persamaan jelas yg menyatukan mereka selama ini adalah satu sahaja, iaitu sikap hipokrat sesama mereka.

  5. ahmadzack says:

    Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat tu, berapa peratus suara ulama? kalaupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang tak setuju, tetapi majoriti bersetuju, tentu kalimah Allah masih dibenarkan untuk agama lain. Sebab itulah Presiden PAS yang umumkan, bukankah sepatutnya Bro Anuwar?

  6. sman says:

    Jangan salahkan Azmin,beliau tidak tinggi ilmu ugamanya,yg dia tahu hanya politik dan kuasa.Mentornya adala al Jubori,dia sanggup beri apa saja pada al Jubori utk mendapatkan keredhaan mentornya itu.Tamabahan pula Nik Aziz pun sudah memeberi fatwa,al Quraan semuanya politik,jadi politik adalah segala-galanya.Iman hanya berkaitan dgn ugama,dan politiklah lebih besar dari ugama,itu sebabnya perkataan Allah kena di nilai dari sudut politik bukan ugama.
    Kalau betul apa yg di katakan oleh Azmin menganai Haji Hadi,apalagi yg mahu di harapkan oleh penyokong Pas dari Presiden Pas tersebut,jihad atau sesat?.Kalau betul ahli Pas mahu menjaga iman,desak saja supaya Hj.Hadi mengundurkan diri,atau keluar saja dari Pas dan terus menganggotai PKR supaya agen PKR dalam Pas yg di lindungi Hj.Hadi tidak lagi membawa kesesatan kepada ahli Pas.Sedah terang agu bersulu,kita mungkin boleh menipu diri kita sendiri dgn berbagai alasan dan sangkaan,tapi kita tidak boleh Menipu Allah.

Leave a Comment

 

— required *

— required *