PARADIGMA POLITIK BARU

Sudah Terbukti Siapa Dalang Isu Kalimah Allah

Zainal Salleh – Sekarang sudah jelas bagi seluruh umat Islam di Malaysia untuk menilai siapakah dalang di sebalik gamatnya isu kalimah Allah yang hendak digunakan di dalam bible berbahasa Malaysia.

Sehubungan itu, ia juga menyerlahkan sebab mengapa tiba-tiba dalam Muktamar PAS lalu, Dewan Ulama Syura seolah-olah berpaling arah tidak mahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Urutan isu ini mudah sekali difahami. Di ambang 25 Disember lalu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa Melayu di seluruh negara.

Kononnya gesaan itu ialah untuk menyeragamkan keperluan penyebaran ajaran Kristian di seluruh Malaysia. Ia seolah-olah mahu menghujahkan bahawa jika pengertian siapa Tuhan boleh diseragamkan dalam bahasa Melayu di kalangan Kristian, ia akan mudah meningkatkan kefahaman ajaran Kristian di kalangan penganutnya.

Bagaimanapun apabila diasak oleh gerakan bukan kerajaan, ulama dan umat Islam, Guan Eng membuat pusingan-U dengan mengatakan bahawa gesaannya itu ialah untuk dilaksanakan di Sabah dan Sarawak sahaja.

Pembetulan itu dibuat oleh Setiausaha Politiknya yang kini menjadi anak emas DAP Zairil Khir, anak bekas menteri UMNO, Allahyarham Khir Johari.

Rahmat di sebalik gesaan Guan Eng

Rakyat tahu itu hanya helah menyelamatkan diri bagi Guan Eng. Namun rahmat di sebalik ujian Guan Eng ialah ia menyerlah siapa harus dipertanggungjawabkan memainkan isu sensitif ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyungguhkan supaya mesyuarat khas Majlis Presiden Pakatan Rakyat dipanggil.

Presiden PAS diberi mandat untuk menerangkan pendirian Pakatan Rakyat bahawasanya menurut konsensus 2010, penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam, PKR pula mentafsirkan ia sebagai lesen untuk digunakan dalam bible!

Semangat “syura bainahum”

Dewan Syura Ulama nampaknya mahu menggigit isu kalimah Allah dengan gerahamnya hingga ia berjaya membentangkan kebenaran kepada umat.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempengerusikan mesyuarat Dewan dengan semangat “syura bainahum” (bermesyuarat di kalangan kamu) dan pasrah bahawa sesiapa sahaja boleh berinteraksi menggunakan istilah Allah namun ia tidak boleh diabadikan dalam bible. Ini kerana pengertian Tuhan dalam bible ialah “tuhan itu ada tiga unsur” walhal dalam Islam Allah itu Esa.

Lantas keberangkalian makna istilah Allah itu terpesong atau memesongkan pasti akan lebih kuat menimpa umat Islam daripada penganut Kristian. Jika orang Kristian tergelincir daripada landasan trinity – Tuhan itu Tiga – itu adalah satu rahmah bagi diri dan keluarganya.

Bagaimanapun besarlah malapetaka bagi seseorang Muslim jika dipengaruhi pengertian Allah dalam bible bahawasanya “Tuhan itu tiga”. Segala mudarat wajib dielakkan. PAS mesti tegas dengan uslub ini.

Adakah PAS mempunyai iltizam dan keberanian politik?

Namun isunya sekarang ialah adakah PAS mempunyai iltizam dan keberanian politik untuk menunjukkan kepada kepemimpinan beragama Islam di dalam PKR seperti Anwar Ibrahim, anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden, Datuk Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) dan Dr Mohd Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR) bahawa ketetapan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat hampir tiga tahun lalu akan membahayakan akidah umat?

Bagaimanapun apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan bahawa PKR menolak pendirian ulama PAS dengan alasan bahawa Dewan ulama hanya sebahagian kecil daripada organisasi PAS maka keputusannya berhubung isu kalimah Allah tidak perlu dipertimbangkan pemakaiannya, maka tanggungjawab memperbetulkan keadaan kini terletak di bahu dua orang pemimpin PAS sahaja.

Yang pertama ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau perlu dengan tegas dan jelas menyatakan bahawa partinya tidak lagi menyokong pendirian Pakatan Rakyat 2010.

Kedua ialah Mursyidul Am PAS yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Syura Ulama Ahad lalu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebagai pengerusi beliau wajib memperjelaskan kepada setiap lapisan ahli PAS bahawa PAS tidak akan mengizinkan kalimah Allah digunakan dalam bible.

Tanggungjawab PAS perjelas isu kalimah Allah

Ini adalah satu kewajipan untuk menghindarkan krisis aqidah di kalangan umat, Ia adalah jihad. Lari daripada tanggungjawab ini berdosa dan boleh rosak iman!

Ketetapan Dewan Syura Ulama perlu dihujahkan dengan jelas. Bahawasanya, bahasa asal kitab Injil (kemudian jadi bible) adalah bahasa Greek atau Latin. Dalam kedua-dua bahasa itu tidak ada istilah Allah. Jadi mengapa di Malaysia orang Kristian mahu menuntut penggunaannya dalam bible?

Isunya sekarang bukan kerajaan cuba menginjak hak orang Kristian tidak boleh guna perkataan Allah dalam bible. Ini kerana ia tidak pernah menjadi hak penganut Kristian di mana-mana dan bila-bila jua.

Motif PKR memang jelas politik

Motif PKR memang jelas politik. Ia mahu menguja pengundi Sabah dan Sarawak yang ramai beragama Kristian untuk merasakan bahawa kejayaan penggunaan nama Allah adalah satu kemenangan simbolik bahawa cengkaman Umno dalam Barisan Nasional terhadap mereka dapat dileraikan.

BN mahu terus dikotakkan sebagai musuh pribumi Sabah dan Sarawak dan paling utamanya ia adalah musuh Kristian!

Anwar dan Mohd Nur Manuty adalah bekas Presiden ABIM (Angkatan Belia Malaysia). Kini Abim pun sudah berpecah kerana generasi da’ie baru dalam Angkatan itu lebih berilmu dan mengerti mengapa mudarat sebesar kerosakan akidah perlu dihindarkan.

Sejak menyertai Umno pada 1981, Anwar tidak pernah menoleh ke belakang dan menghargai idealisme perjuangan ABIM. Semasa dalam kerajaan ramai kawan-kawan ABIM ditinggalkannya. Saban hari beliau sibuk bertarung dengan politik dalaman UMNO hingga menjadi Timbalan Presiden.

Kini Anwar sudah terkucil daripada perjuangan UMNO. Maka obsesinya sekarang ialah cuba mentelanjangkan kelemahan dan kerapuhan perjuangan UMNO. Anwar nampaknya bersedia menggunakan apa jua isu termasuk agama.

PAS kini harus insaf bahawa asas perjuangannya ialah membawa khabar gembira melalui Islam dan berpesan supaya umat insaf betapa besarnya amarah Allah jika sesiapa juga mensyirikkan Allah. Allahu Ahad!

Sebagai satu gerakan PAS perlu memusatkan kekuatan umat menghadapi cabaran memelihara akidah ini. InsyaAllah perjuangan PAS akan dirahmati Ilahi. Sudah tentu ini lebih luhur dan tulus daripada didorong oleh nafsu mahu berkuasa dan sibuk mengkafirkan orang lain. Ini perjuangan mulia.

10 Comments

  1. fikrisoleh says:

    PAS kalau berseorangan tkde harapan nk dipilih utk ambil alih kerajaan. sebabnya mudah – pemimpin PAS semuanya BODOH belaka dan takde kemampuan nak jd pemimpin negeri (paling tidak pd kacamata Anwar, dan aku). Pemimpin pas mgkin mampu jd pembangkang yg berkaliber utk menakutkan umno. tp tu je lah keupayaan PAS, sbb ada pengikut yg taksub dan tertipu dgn ‘gula-gula’ perjuangan islem PAS. kalau diberi peluang mentadbir negeri, hancusss…. cukuplah. PAS patut lupakan niat nak tadbir MALAYSIA. lebih baik tumpu jd pembangkang. paling tidak, pemimpin PAS yg majoritinya bangang tu dah sumbang sesuatu utk kemajuan rakyat.

    • VoiceofReason says:

      PAS sebenarnya keliru. Keliru antara politik dan Agama. Otak kanan mahu menegak Islam tapi otak kiri mahu sokongan politik dari kaum bukan Islam. Bila Agama dan politik di ‘kahwinkan’ maka jadilah fahamam agama songsang untuk menyokong tujuan politik mereka dan oleh kerana mereka ini juga dianggap sebagai ‘ulamak’ maka ramai lah juga orang (terutama sekali pengikut2 mereka) menanggap fahamam mereka ini sebagai kebenaran. Begitu juga dengan penganut2 Kristian. Mereka keliru tentang kedudukan Nabi Isa yang mereka sangat sanjung hingga menobatkan Nabi Isa itu Tuhan. Mereka keliru kerana menurut Bible mereka sendiri Tuhan itu hanya satu dan ini boleh kita baca dari Exodus 20:3 ‘Thou shall have no other gods before me” yang merupakan the 1st Commandment bagi penganut2 Kristian dan jika diterjemahkan bermaksud ‘Tiada tuhan lain bagi mu (menyembah) kecuali Aku”. Jadi untuk menyakinkan bahawa Nabi Isa itu Tuhan tanpa melanggar syarat ‘the 1st Commandment’ ini, maka terciptalah fahamam songsang‘Trinity’ yang kononnya Tuhan itu adalah ‘tiga dalam satu’ dimana Nabi Isa itu adalah salah satu dari tiga itu yakni Nabi Isa itu adalah manusia biasa dan juga Tuhan. Konsep ‘Trinity” ini dicipta juga untuk menyatukan puak2 ketika zaman itu (zaman Emperor Constantine) yang berbelah pendapat tentang Nabi Isa itu sebagai Tuhan dan sebagai saorang manusia biasa. Dari sini kita boleh lihat dari zaman dulu lagi, manusia sudah pandai memutar-belitkan Ayat2 Kitab Suci Allah untuk kepentingan mereka sendiri.
      Saya sangat berharap umat Islam dinegara ini akan bersatu untuk menentang kalimah Allah itu digunakan didalam Bible versi Melayu kerana maksud Allah itu adalah sangat jelas diterangkan dalam Kitab Suci Al Quran Surah 112 Al-Ikhlas. Malah mana2 pergunaan kalimah Allah yang tidak bermaksud dan menepati ciri2 yang diterangkan dalam Surah 112 ini harus diharamkan pergunaannya.

      • mat says:

        mengapa isu ini diperbesarkan.??? apkah kita sudah lupa bahawa islam tertegak diatas akidah dan syriat??? kalimah allah siperbesarkan dan ajaran allah ditinggalkan… perkara tahyul ditonjolkan secara besar besaran, hiburan yang melalaikan berleluasa, pergaulan bebas jadi biasa…. dimana suara kamu swmua????? jangan komen isu ini sahaja… lamu perlu menolah secara lebih terperinci…. dan kalau tak pandai jangan komen….

  2. Ana says:

    Penulis memang betul dlm meletakan tanggungjawab menjaga agama kpd Pas. Supaya kesucian Islam terutama Kalimah Allah terpelihara. Oleh kerana gereja di Sabah & Sarawak sekarang dibenarkan gunakan Kalimah Allah sejak sekian lama, termasuk versi Melayu bible, siapa yang sepatutnya henti ini, kalau bukan KDN dibawah akta cetak & penerbitan.

    • jet says:

      sabah & sarawak ada undang2 tersendiri sebagai syarat pembentukan Malaysia yang dipanggil 20 Perkara (sabah) & 18 Perkara (Sarwak)
      Antara 20 Perkara yang termasuk adalah hak hal-ehwal agama rasmi di sabah, hak imigresen, bahasa rasmi dll.. Kalau kamu perasan nak masuk sabah kena ada pasport kan.. biarpun warganegara Malaysia.. tu lah salah satu hak ekslusif sabah dibawah 20 Perkara tersebut.. Begitu juga dengan hal-ehwal agama dimana agama Islam bukan agama rasmi di Sabah.. Oleh itu kerajaan pusat/KDN tiada hak masuk campur halehwal agama di Sabah biarpun amalan bercanggah dengan semenanjung.. kesimpulannya jangan salahkan KDN/Kerajaan Pusat… terlebih dahulu.. belajar sejarah.. jangan ikut twitter ostazah abby (sejarah failed)
      Nak kata tanggungjawab agama kepada PAS, sori.. persoalan akidah pun nak kena endorse oleh karpal sing apahal? Nila akibat bekerjasama dgn syaitan..

    • mat says:

      mengapa isu ini diperbesarkan.??? apkah kita sudah lupa bahawa islam tertegak diatas akidah dan syriat??? kalimah allah siperbesarkan dan ajaran allah ditinggalkan… perkara tahyul ditonjolkan secara besar besaran, hiburan yang melalaikan berleluasa, pergaulan bebas jadi biasa…. dimana suara kamu swmua????? jangan komen isu ini sahaja… lamu perlu menolah secara lebih terperinci…. dan kalau tak pandai jangan komen….

  3. Lim Lynn says:

    http://theunspinners.blogspot.com/2013/01/proud-of-najib.html
    Dato Najib dianugerahkan ijazah kedoktoran kehormat oleh Ohio University, Athens.
    http://theunspinners.blogspot.com/2013/01/bible-melayu-disebar-ke-sekolah-di.html
    Masalah sekarang in Sekolah Menengah Jelutong Penang Kalimah Allah akan memberi peluang Kristian Injil sebagai Al Kitab.

Leave a Comment

 

— required *

— required *