Saya yakin sebahagian rakyat Malaysia khususnya di kalangan masyarakat Melayu Islam agak tersentak mengikuti ulasan Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali mengenai keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang sama sekali tidak membenarkan kalimah Allah diterjemah dalam apa bahasa pun termasuk digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin menggambarkan keangkuhan dan kebiadaban pemimpin PKR itu sebagai seorang Muslim dan sebagai seorang Melayu. Tidak terfikir di kepala kita ada pimpinan Muslim yang latar belakang keluarga begitu hampir kepada Islam mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai biadab seperti yang dipaparkan dalam media kelmarin.
Inti kenyataan beliau boleh disimpulkan seperti berikut :
1.Menyanggah keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS yang merupakan badan tertinggi dalam struktur parti PAS berhubung dengan dasar-dasar parti;
2.Secara sombong dan bongkak memperakukan keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu ini. Gambaran yang diberi seolah-olah Majlis Presiden menduduki tempat yang supreme yang tidak boleh digugat oleh mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat termasuk PAS. Supremacy ini seharusnya dipertahankan walaupun keputusan tersebut menyalahi peraturan agama Islam yang suci. Kesucian itu termasuklah soal aqidah yang bagi orang PAS merupakan segala-galanya;
3.Kejahilan Azmin tentang kronologi peristiwa yang berlaku dalamana mesyuarat Majlis Presiden membuat keputusan mengenai kalimah Allah mendahului keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama. Dalam sistem parti PAS perkara-perkara pokok mengenai Islam semestinya mendapat pengesahan Majlis Syura Ulama. Dalam kes ini apa yang berlaku adalah sebaliknya;
4.Azmin gagal memahami perasaan, citarasa, hatikecil dan komitmen ahli dan penyokong PAS yang sentiasa memperjuangkan kesucian agama Islam dan biasanya akur dan patuh kepada keputusan-keputusan golongan ulama termasuk Dewan Ulama dan pastinya Majlis Syura Ulama PAS;
5. Kenyataan Azmin tidak mungkin dapat meredakan keadaan. Ahli dan penyokong PAS yang sudah ditarbiah sedemikian rupa tidak mudah tunduk kepada mana-mana keputusan yang membelakangkan prinsip Islam. Mereka tidak akan tunduk kepada mana-mana individu pimpinan yang diberi kata pemutus di dalam Majlis Presiden kecuali pimpinan PAS, yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam dan kalaupun Muslim amalan Islam mereka diragukan.
Saya ingin menarik perhatian semua pihak supaya merenungkan perkara-perkara berikut :
1.Apakah kedudukan keputusan dan resolusi Majlis Syura Ulama PAS yang telah sebulat suara menolak kalimah Allah untuk diguna pakai dalam Bible berversi Melayu?
2.Pada masa yang sama bagaimana pula status keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang membolehkan kalimah Allah digunakan?
3.Sehingga ini pimpinan PKR dan DAP kecuali Azmin belum memberi sebarang ulasan sedangkan kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan dikeluarkan oleh ketiga-tiga pimpinan utama. Dato Seri Anwar Ibrahim mewakili PKR, Lim Kit Siang mewakili DAP dan Dato Seri Hadi Awang mewakili PAS.
4.Di kalangan saf pimpinan PAS sendiri diluar daripada Majlis Syura Ulama belum muncul lagi ulasan terhadap status kedua-dua keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS dan Majlis Presiden Pakatan.
5.Adakah pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat terus menidakkan kewujudan undang-undang, enakmen dan fatwa yang telah dikeluarkan? Jika keadaan ini berterusan seperti apa yang ada sekarang bermakna PAS dan Pakatan Rayat secara sewenang-wenangnya mencabul keluhuran undang-undang dan peraturan yang ada.
Gambaran yang ada di hadapan kita sekarang ialah pimpinan PAS bebas membuat keputusan mewakili parti dalam hal-hal yang menyentuh dasar dengan membelakangkan Majlis Syura Ulama. Tidakkah ini akan mewujudkan precedent yang tidak sihat yang akan menggugat keutuhan parti itu. Majlis Syura Ulama barangkali perlu melihat semula perkara ini supaya amalan mengenepikan Majlis Syura tidak menjadi sesuatu yang boleh dilindungi dan dipertahankan.
Oleh kerana isu ini besar dan mempunyai implikasi yang mendalam terhadap aqidah umat maka wajib bagi semua pihak, PAS dan Pakatan Rakyat membuat penyelesaian yang muktamad terhadap isu yang masih tergantung-gantung ini.
Apakah Pakatan Rakyat mampu ke Putrajaya dengan isu-isu besar yang belum selesai termasuk isu yang dibincangkan ini?
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI Kuala Lumpur
18 Januari 2013

xpe…nk kuasa kn semua boleh…..haram jd halal……..
Majlis Syura Ulama telah buat keputusan. Apa pula pendirian BN dgn isu Kalimah Allah? Dato’ Seri Nazri Aziz, jawab dlm Dewan Rakyat, boleh digunakan Kalimah Allah ini utk Sabah & Sarawak utk bible versi Melayu. Sabah & Sarawak pun dlm Malaysia, kenapa boleh pulak! Sepatutnya tak boleh, sebab BN pun perintah Sabah & Sarawak. Tak jatuh hukum kufur & murtad ke sesiapa yg menyokong Kalimah Allah dlm versi Melayu utk Sabah & Sarawak sperti di ucapkan oleh Datuk Noh Gadut, penasihat Agama Islam Johor? Oleh kerana BN masih memerintah & KDN yg menjaga penerbitan dibawah kerajaan BN, bagaimana KDN boleh benarkan Kalimah Allah digunakan oleh bible versi Melayu di Sabah & Sarawak? Lim guan eng minta kerajaan Persekutuan perkara yg sama utk semenanjung, seperti Sabah & Sarawak. Pas tak jaga KDN, tapi UMNO BN yg jaga KDN sekarang! Siapa yg sebenarnya membenarkan Kalimah Allah dlm versi Melayu di Sabah & Sarawak, kalau bukan KDN? Adakah KDN tidak dibawah kementerian Dalam Negeri, dimana menterinya dari UMNO iaitu Dato’ Seri Hishamuddin. Tak perlulah hohahoha, tuduh Pas & Presiden Pas jual Kalimah Allah, mereka bukan kerajaan yg memerintah kerajaan Persekutuan sekarang! Sepatutnya KDN batalkan sahaja permit penerbitan bible versi Melayu di Sabah & Sarawak! Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.
penulis ni buta sebelah mata. kaji kenapa perkara ini jadi isu. herald untuk siapa dan di sabah & sarawak atau semenanjung ? kenapa herald jadi isu ? kenapa pakiam, penerbit herald bawa kes ke mahkamah ? pakiam bawa kes ke mahkamah lawan pas atau kdn ? kdn tu bawah pas atau kerajaan bn ? pas pula kenyataan awalnya (2010) sokong kdn atau pakiam ?
jawab soalan2 di atas tu, barulah boleh tulis di sini..tulah..nak jadi bulan penuh, tapi sangat ketara nampak bulan sabit dua mata. pergi balik baca buku semula.
Dlm isu herald tu memang mereka lwn KDN. Herald ni bukan Bible. Yg tu memang saya pun tak setuju. Isu sekarang bible versi Melayu . Yg memang saya tak setuju pun, samada Sabah & Sarawak atau semenanjung, dibenarkan terjemah Kalimah Allah. Jadi awak pun sokong Nazri Aziz dari BN UMNO benarkan Kalimah Allah untuk bible BM di Sabah& Sarawak???
jika benar sekalipun sy masih sangsi akan kepimpinan PAS kerana mrk selalu memartabatkan diri mrk pembela islam dan sebagai yg terbaik utk semua, jika benar dan ikhlas? isu kalimah Allah di sabah&sarawak PAS pun tak pun tak buat apa2 (mana keihhlasan mrk??…) PKR biasalah spt kita tahu (penyokong tegar alkafirun) Anyway isu tersebut masih lagi didalam kes mahkamah rayuan. Setuju dgn penguatkuasaan yg berani, tegas, amanah dan berterusan.
Bible versi Melayu(Indonesia ) sudah ada di Sabah dan Serawak sebelum kedua negeri tersebut menganggotai Malaysia lagi.Ugama Kristian tersebar di sana sejak zaman ‘Maharaja’ Brooke.Ianya sukar utk di undurkan,kalau bukan BN yg memerntah sekali pun pembatalan penggunaan nama Allah di dalam bible disana mustahil akan beraku.Yang perlu di sekat sekarang perkembangannya ke Semenanjung.Sekurang-kurangnya BN menyekat penggunaannya di Semenanjung,tapi Pas nampak lebih cenderung utk membenarkannya,mengikut telunjuk PKR dan DAP.Mujurlah ada Majlis Syura,yg menampakan sedikit bangkangan tapi sudah agak terlambat.Mengapa Majlis Syura mendiamkan diri selama ini,sedangkan keputusan bersama Pas+PKR+DAP dalam penggunaan nama Allah sejak tahun 2010 lagi,seperti yg di bangkitkan Azmin?.Apakah kalau tidak kerana riak bantahan yg kian meningkat,yg boleh memberi kesan kepada undi Melayu Islam kepada Pas, Majlis Syura akan berdiam diri saja?.Hanya Allah Yang Maha Tahu.
Siapa si Azmin ini..?
ala yg kena eskrem kat tandas tu…adik tu sorang tu pakar eskrem gak..tak kenal ker??
madu nuar? bakal Mushiite m PKR
Jika ijtihad yg diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS berhubung pemakaian kalimah Allah ditolak oleh individu atau kelompok individu, ini menunjukkan proses penetapan keputusan ttg sesuatu isu berkaitan syariah Islam masih rapuh. Ada beberapa isu lain yg turut diperkatakan spt liberalisasi, demokrasi, pluralisasi, sekularisasi dsbnya yg berkaitan dgn siasah syariah. Ini perlu diperjelaskan pengertiannya dari perspektif Islam. Masyarakat melayu sebilangan besarnya, termasuk golongan remaja belia abad 21 boleh dikatakan berada dlm keadaan cognitive dissonance. Akibatnya mereka mudah terpengaruh dgn aliran pendapat / pemikiran seseorang atau kelompok bukan kerana keserasian kefahaman tetapi disebabkan faktor kecondongan terhadap aspek kepartian. Polarization dikalangan generasi muda is in the uptrend. Cara dan gaya bahasa yg dihemburkan melalui blok memang cukup tidak beradab. Mereka sewenang mencemuh seseorang samada pengamal politik maupuan pengamal agama (Oztaz & Ulama) dgn melabelkan / memberi gelaran yg amat tidak bersopan. Senario konflik, percakaran, perbalahan, pertikaian dikalangan orang melayu Islam yg dipaparkan melalui pelbagai media banyak mempengaruhi perangai, tingkahlaku dan pemikiran sebilangan besar generasi muda belia melayu Islam abad 21. Inikah jenis generasi yg diharapkan memilikki kekuatan minda utk berhadapan dgn agenda NWO menjelang abad 21? Jika amalan berpolitik pecah-belah-fitnah orang kita berterusan seperti ini yg telah menjangkau 50 tahun, then we would expect the same result…generasi muda belia melayu abad 21 yg semakin rancak berpolarization, yg mengalami evaporation of trust sesama mereka, yg berhujah melalui pemikiran low order thinking, yg mengalami prolong systemic instability dikalangan mereka dan tentu sekali ini akan menggembirakan pencinta NWO apabila mereka menghidu elemen perpecahan dikalangan generasi muda bela melayu is on the rise. There is a need for a turning point. It’s high time to review our mindset..to change our political approach..to create a clear pelan strategi pembangunan ummah yg dihasilkan secara sepakat dikalangan pengamal politik dan pengamal agama. RD5
diversion, diversion. ada isu besar nih… ada orang sudah ketar lutut isu ic…
Kalaulah ada org2 Melayu Islam yg menyokong pakatan rakyat ramai2 menarik balik sokongan mereka terhadap pkr atas alasan membantah kenyataan Azmin dan dasar pkr membelakangkan Majlis Syura, aku rasa akan berlakulah satu pertandingan gusti antara bang nuar dgn hajimin ni. Cik sider nak nyokong yg mana aku tak tahulah
Kalau ikut kebiasaan, penyokong tegar PR akan katakan kedua2 kenyataan (boleh dan tidak boleh guna kalimah Allah) adalah betul, iaitu tiada percanggahan (majlis Syura pun betul, Azmin pun betul, LGE pun betul – Yang tak betul satu je iaitu UMNO). Konsep depan dengan belakang adah sama saja – tiada perbezaan. Tak caya tanya Moo, Bujuk, kuda, mm dan yang sepemikiran dengannya.
Begitu juga dengan 2 Amanat Hadi 1981 (menentang perlembagaan kapir) tapi amanat 2010 menyokong pula perlembagaan yang sama.
Tepat sekali!!