KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dengan tegas meminta semua pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura pada Ahad lalu menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.
Menurutnya, biarpun ada yang beranggapan wujudnya percanggahan pendapat selepas keputusan ditetapkan Majlis Syura itu terpulang kepadanya untuk membuat dakwaan.
“Itu ikut dia, tetapi saya tidak mahu cakap benda yang terang dan jelas ini, benda ini sudah jelas dah dan kenyataan bertulis telah dikeluarkan.
“Sampai bila nak selesaikan isu ini, kalau tutup buka, tutup buka. Majlis Syura sudah membuat keputusan bertulis dan saya sendiri telah menandatanganinya,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali semalam, yang menegaskan Pakatan Rakyat mempunyai keputusan sebaliknya daripada ketetapan Majlis Syura dan berpegang kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu – Sinar Harian

http://theunspinners.blogspot.com/2013/01/hari-ke-30-naziz-membisu-doh-jee-chia.html
Doh Jee Chia
1. Siapa Dato Doh Jee Chia pemilik Yik Wang Development dari Setiawan?
2. Apa kaitan Dato Doh Jee Chia dengan tanah 10 ekar sebesar Putrajaya di Kelantan?
3. Apa cerita dengan sebidang tanah 1,800 ekar di Simpang Lima Ayer Tawar?
4. Kenapa Doh Jee Chia dipaksa untuk membeli 5% saham Upayapadu Sdn Bhd?
5. Betulkah Upayapadu sebuah syarikat yang cukup kaya? Betulkah di pejabat mewah mereka “wood panelling” saja dah menelan kos RM40ribu? Belum termasuk perhiasan dan peralatan yang lain..
6. Betulkah syarikat yang dimiliki Ngeh 51% dan Nga 6% mampu membayar gaji seorang pengurus sebulan RM15,000?
7. Sebagai ahli politik,dari mana mereka mampu meraih wang jutaan ringgit untuk berbelanja mewah dan mampu untuk membeli syarikat Upayapadu?
Pertama kali nik aziz sokong benda betul. Syabas nik aziz!!! You can do it!!!
Betul!! Pertama kali lah dia waras!….dia tak nyanyuk masa tu kut!!
PAS ertinya Parti Anggota Sarkis!
Memalukan isu Kalimah Suci diSarkiskan oleh tua2 kutuk di dlm PAS!!!
Apa yang diluahkan.oleh azmin ali ada kebenarannya dari sudut prosedur.kerana penyataan 8hb januari itu adalah kenyataan rasmi pakatan rakyat dan.dibaca pula oleh presiden.pas sendiri. Meskipun pendirian majlis.ulama dilihat bercanggah, tetapi pandangan azmin tidak.boleh diketepikan malahan ia menbulkan kekeliruan sekali.lagi, oaitu apa pula pendirian rasmi.pas, adakah masih sama seperti kenyataan 8 hb ataupun tturut berubah seiring dengan pendirian majlis ulama. PAS PERLU MENYATAKAN PENDIRIAN RASMI PARTI SEKALI LAGI TENTANG ISU KALIMAH ALLAH! bukannya meminta rakyat menutup mulut. Isu ini masih belum selesai sebenarnya dan Nik Aziz tidak seharusnya beranggap ia telah selesai selagi Pas tidak menyatakan pendirian terbaru mereka. Kepada Nik Aziz, janganlah menjadi haiwan politik keterlaluan sampai Allahpun ingin dipolitikkan. Besar dosanya Tok Guru!
Setuju. Hadi kena tarik balik persetujuannya dengan DAP dan PKR, dan memperbetulkan pendirian PAS selaras dengan keputusan Majlis Syura PAS. Kalau Hadi tak buat, PAS seharusnya mengambil tindakan tatatertib keatas Hadi kerana membelakangkan badan tersebut.
…..dah lempar batu, jangan lah sembunyi tangan dan buat buat tak tahu. Jangan jadi manusia Dayus!!
Yg paling utamanya Hadi kena tarik balik Amanat Pecah belah dia tu dulu…
PAS mempunyai pemimpin dan MB yang paling bodoh dalam Malaysia! apa yang telah dia cakap dan setuju, kemudian tukar statement memalukan umat Islam, kesannya agama dicaci maki oleh kafir harbi..bodoh sekali lagi!
ALHAMDULILLAH! Akhirnya PAS membuat keputusan yang betul kali ini.Terima kasih kepada MAJLIS SYURA yang masih di dominasi oleh orang2 yang beriman. Persoalan saya adalah siapakah 3 orang ahli majlis yang tidak hadir ketika MAJLIS SYURA bermesyurat untuk satu isu terpenting umat islam,iaitu kalimah AL’LAH? Siapakah mereka ini? Apa nama mereka?Perlukah kita memberi undi kepada mereka didalam pemilihan MAJLIS SYURA akan datang?Dedahkan nama2 mereka ini.- Aku masih ahli pas!
Walaupun aku bukan ahli PAS tapi aku setuju dengan larangan penggunaan kalimah Allah untuk agama lain terutamanya dalam bible.
larangan penggunaan kalimah Allah ni dah dilarang penggunaannya oleh bukan islam dari majlis fatwa lagi….PAS aja yg flip flop kata kejap boleh kejap tak boleh…yang paling utamanya PAS bukanlah badan tertinggi agama Islam tempat orang membuat rujukan atau mendengar/menerima fatwa. PAS hanyalah sebuah lagi parti politik yg menggunakan ISLAM sebagai asas perjuangan. PAS bukan agama.
Kalau senaraikan nama mereka pun, takde makna nye ….mereka tu sah ulama flipflop. Yang ko masih duduk dalam PAS dok sokong manusia manusia tua yang tipis iman tu apasal ….ko boleh jadi muslim lebih baik jika kau tak bersama mereka.