PARADIGMA POLITIK BARU

Kalimah Allah : ISMA Tentang Pendirian Majlis Gereja Malaysia

ISMA – Pendirian Majlis Gereja Malaysia yang berkeras ingin menggunakan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu ditentang keras oleh Yang Dipertua ISMA Cawangan Kepala Batas, Ustaz Hamidi Abu Hasan.

Menurut beliau, kenyataan tersebut amat berbahaya dan boleh mengeruhkan keadaan.

“Ia amat bahaya dalam suasana keharmonian hidup masyarakat Malaysia antara agama ini yang selama ini hidup harmoni. Ini nampaknya seperti cubaan untuk mengeruhkan keadaan.”

Beliau ditemui wartawan TV ISMA semasa menghadiri program qiyamullail pimpinan ISMA Kepala Batas baru-baru ini.

Tambahnya lagi, ISMA menentang keras kenyataan tersebut dan meminta agar semua rakyat turut menyatakan bantahan.

“Kami menentang keras apa yang telah dicadangkan oleh Majlis Gereja Malaysia. Kita mengharapkan semua rakyat termasuk yang bukan Islam bersama dengan ISMA menentang cadangan majlis gereja ini.”

Pada 9 Januari lalu, Majlis Gereja Malaysia mengumumkan bahawa kesemua gereja akan menggunakan kalimah Allah walaupun Sultan Selangor telah mengeluarkan titah yang menghalang golongan bukan Islam daripada menggunakannya.

Pandangan Majlis Gereja Malaysia itu turut disokong oleh Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik dalam kenyataannya pada 10 Januari lalu menyifatkan pendirian Majlis Gereja sebagai satu pendirian yang angkuh yang tidak mempedulikan larangan pihak berkuasa.

ISMA berpendapat bahawa pihak gereja dan Kristian tidak ada hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bible mereka yang berbahasa Melayu dan dalam apa-apa juga penerbitan mereka.

Majlis Gereja Berkeras Mahu Guna Kalimah Allah

2 Comments

  1. Zakir says:

    apakah perisitwa the crusade akan berulang? kpd org kristian, janganlah mencabar kesabaran org melayu. ksabaran kami juga ada hadnya. sekiranya keadaan menjadi berrambah teruk, sifat kurangajar anda semakin menjadi2, jangan menyesal dengan apa-apa yg bakal terjadi kepada golongan anda. kita rakyat malaysia mahu hidup dengan amal berpaksikan perlmbagaan negara yag sama2 disepakati untuk diikuti. jika berlaku sebarang mala petaka seperti tertembungan antara agama, satu apa pun tidak akan berguna. menang jadi arang, kalah jadi abu. demi agama islam, semua org melayu yg cintakan agama tidak kisah untuk menjadi arang kerana jihad fi sabilillah dan syahid adalah matlamat kami.

  2. WakKang says:

    Bak kata Azmin jambu, itu hak demokratik individu. Lantak pi la apa dia nak cakap …tapi, kalau dia buat, kita tentang habis habisan!! …memang dia nak derhaka pada Raja dan negara, harus bersedialah menerima akibatnya. Sarang tebuan jangan dijolok!!

Leave a Comment

 

— required *

— required *