PARADIGMA POLITIK BARU

Nik Aziz, Hadi Tidak Layak Putuskan Kalimah ‘ALLAH’

DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang tidak berkelayakan untuk memutuskan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ pada kitab Bible versi bahasa Melayu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, Mursyidul Am dan presiden PAS itu bukannya individu yang berwibawa dan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan kerana perkara itu sudah termaktub dalam enakmen syariah setiap negeri yang memutuskan kalimah ‘ALLAH’ adalah hak ekslusif kepada agama Islam.

“Jika Nik Aziz dan Haji Hadi tidak berkelayakan, maka siapa kah pula Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang yang beria-ia mahukan kalimah suci bagi umat Islam itu diguna pada kitab injil tersebut,” tegasnya.

Beliau menyifatkan Nik Aziz, Haji Hadi dan Mat Sabu bukannya tokoh ulama sejati sebaliknya tokoh pemecahbelah umat Islam dengan mencampur adukkan agama dengan politik.

Oleh sebab itu kata Syed Ali, keputusan kepimpinan PAS bersetuju dengan desakan menjijikkan Lim Guan Eng mahukan kalimah ‘ALLAH’ digunakan dalam Bible tersebut merupakan keputusan politik.

“Mereka ini tidak kelayakan, hanya berceramah di tepi-tepi jalan dengan memperalatkan agama, jadi keputusan mereka menyokong desakan Guan Eng itu disebabkan agenda peribadi,” ujarnya.

Beliau berkata, keputusan Dewan UIamak PAS menolak persetujuan Nik Aziz dan Haji Hadi itu jelas membuktikan dewan berkenaan tidak sanggup lagi bersubahat dengan kepimpinan mereka.

Tambah beliau lagi, penggunaan kalimah ‘ALLAH’ yang terpakai di setiap negeri berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada tidak boleh diketepikan sewenang-wenangnya.

“Mungkin mereka (pemimpin PAS) boleh pertikaikannya di mahkamah, tetapi sanggupkah mereka menentang kalimah ‘ALLAH’ secara terbuka hanya untuk memenuhi nafsu jahat DAP,”soal beliau lagi.

Lagipun kata beliau, isu tersebut bukannya isu politik tetapi membabitkan soal akidah umat Islam yang sepatutnya turut dipertahankan oleh Nik Aziz yang selama ini mendabik dada sebagai ‘tok guru’.

Katanya, apa jua keputusan bersabit isu penggunaan kalimah tersebut terletak di bawah bidang kuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan bukannya di tangan pemimpin PAS seperti Nik Aziz, Haji Hadi dan Mat Sabu.

Syed Ali bagaimana kecewa kerana PAS kini sudah ketiadaan pemimpin yang benar-benar ‘bertaring’ dan sanggup menentang Nik Aziz dan Haji Hadi jika tindakan mereka bertentangan dengan perjuangan Islam.

Secara terus-terang beliau menyebut bahawa PAS sepatutnya mempunyai ramai ‘Hassan Ali’ yang sanggup berkerat rotan dalam menegakkan syiar Islam.

“Semua orang tahu Hassan Ali dikorbankan oleh PAS atas desakan DAP kerana kelantangan beliau menentang penjualan arak secara bebas di Selangor dan isu murtad.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali mengingatkan warga kota agar tidak menyertai perhimpunan tajaan pakatan pembangkang di Stadium Merdeka, petang esok (Sabtu).

“Perhimpunan tersebt tidak ada manfaat, sebaliiknya pentas pemimpin pembangkang untuk melemparkan kecaman melulu dan fitnah jahat terhadap pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO,” ujarnya.

Beliau juga kesal kerana pihak penganjur masih berdegil dengan cadangan polis supaya perhimpunan tersebut dipindahkan ke Stadium Bukti Jalil.

“Kita sudah nampak motif jahat mereka seperti perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur tidak lama dulu, satu gerakan jalanan untuk membohongi dunia bahawa keadaamn negara ini sudah tidak tenteram,” katanya -umnobahagiancheras

5 Comments

  1. itsme says:

    harap ramai lg pemimpin2 umno yg tampil membuat kenyataan kerana ini antara cabaran utk menjadi pemimpin, jgn kelak kita disoal kemudian hari, dan kami juga tdk mahu disoal kelak oleh Allah kerana memilih pemimpin yg dayus. aminn dan semoga perjuangan sentiasa tdk lari dr landasan yg ditetapkan Allah.

  2. Tajuls says:

    Tok Guru Kemas

  3. Anwarkakiliwat says:

    Oleh kerana nak sangat penganut kristian gunakan kalimah Allah, apa kata kita panggil hadi awang & nik aziz sebagai Father Hadi & Father Nik Aziz ataupun Paderi Hadi Awang & Paderi Nik Aziz……..!!!!!

  4. ron95 says:

    itu la kenyataan nick ages yg semakin sewel. menganggap kalimah Allah boleh dijual beli boleh ditawar2 ataupun boleh ditukar milik, padahal dia tak mengetahui atau sesaje buat tak tau kenapa kafir harbi beriya2 sangat mahukannya?. tak guna sebagai mursihdul am hamPAS membuat fatwa sewel mengutuk saudara seagama sendiri seperti UMNO tetapi pada masa yg mengiktiraf peranan kafir harbi yg mermusuhi dan cuba merosakkan islam. Nampaknya Datuk Nik Aziz Nik Mat layak ditukar gelarannya oleh para jesuit evangelist DAPigs kafir harbi sebagai Cardinal Brother Nick Ages Nick Meat oleh DAPig setaraf Pastor Terry yg berjaya membakar Al-Quran!

  5. spana hidup says:

    Haramkan Bible Bahasa Melayu….hanya membawa bala malapetaka saja.

Leave a Comment

 

— required *

— required *