AIDCNews – 11/01/13 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam kenyataan medianya hari ini menafikan Titah DYMM Sultan Selangor berhubung larangan penggunaan kalimah Allah 8 Jan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.
Kenyataan MAIS yang dikeluarkan oleh pengerusinya, Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Mohd Isa sebagai menjawab surat dari Tetuan Azri, Lee Swee Seng and co bertarikh 10 Jan yang mempertikaikan kedudukan DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam yang termaktub dalam Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan.
“Kuasa dan kedudukan DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini juga diperuntukkan di dalam Perkara XCVI Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
“Oleh yang demikian, DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di negeri Selangor boleh pada bila-bila masa mengeluarkan titah berhubung isu-isu berkaitan agama Islam di negeri Selangor.”
Menurut MAIS, titah YMM Sultan Selangor itu selaras dengan kuasa baginda dan menurut peruntukan di dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1998 yang masih berkuatkuasa semenjak diwartakan pada 7 Julai 1988 dan selaras dengan Perkara 11 (4), Perlembagaan Persekutuan yang secara jelas melarang kalimah Allah digunakan bukan Islam.
Di samping itu fatwa berhubung dengan penggunaan kalimah Allah telah diwartakan di Negeri Selangor pada 18 Februari 2010.
“MAIS sedia maklum berkenaan kes Jill Ireland Lawrence Bill melawan Menteri Bagi Keselamatan Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia pada Mei 2009.
“Pada hakikatnya permohonan substantif kes berkenaan masih belum didengar dan perintah yang dilampirkan hanya pada perintah kebenaran memohon (leave application) sahaja di bawah Peraturan 53 Kaedah -kaedah Mahkamah Tinggi 1990.
“Kandungan surat daripada Tetuan Azri, Lee Swee Seng and Co yang mengambarkan perintah substantif telah dikeluarkan ternyata tidak bertepatan sama sekali dan mengelirukan serta bertujuan mencetuskan prasangka buruk di kalangan masyarakat terhadap kedaulatan dan kedudukan DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama di Negeri Selangor.
“Tindakan peguam berkenaan adalah amat tidak beretika dan boleh disifatkan menghina mahkamah kerana memberikan fakta yang salah mengenai kedudukan sebenar kes ini.”
MAIS turut menegaskan kedua-dua surat iaitu surat dari Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) bertarikh 11 April 2011 dan memo dalaman Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bertarikh 8 April 2011 tidak mengikat badan agama negeri itu.
“MAIS ingin menegaskan bahawa kedua-dua dokumen tersebut merupakan memo dalaman yang berkaitan dengan penggunaan Bible dalam bahasa Malaysia.
“Justeru itu, pihak MAIS memohon agar kandungan surat tersebut difahami dengan secara tepat dan tidak disalahertikan demi kepentingan mana-mana pihak.”
MAIS juga turut menjawab tentang kes mahkamah Menteri Dalam Negeri melawan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur.
“Apa yang ingin ditegaskan di sini di dalam kes tersebut hanya tertumpu kepada isu penggunaan kalimah Allah dalam “Herald-The Catholic Weekly”.
“Walaupun keputusan mahkamah telah dikeluarkan, namun Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan Peguam Negara Malaysia untuk menggantung pelaksanaan dan prosiding seterusnya berhubung dengan keseluruhan keputusan YA Hakim tersebut sehingga rayuan Perayu-Perayu di Mahkamah Rayuan dilupuskan dengan muktamad.
“Adalah diharapkan kenyataan media ini dapat menjelaskan kepada semua pihak kedudukan sebenar berhubung isu kalimah Allah supaya tidak timbul kekeliruan oleh mana-mana pihak.”

ini lah masalahnya pada orang yg tak faham perlembagaan negara
lagi pula pada juak2 pakatan haram yang anti islam dan anti sultan
cam Kapal Sink!
Saman mereka kerana menghina mahkamah dan cuba menderhaka kepada kebawah duli sultan.
Loyar buruk macam mereka tidak sepatutnya diberi lesen untuk mengharubirukan sistem perundangan kita. Ada peptah inggeris yang mengatakan orang yg pertama akan masuk neraka adalah loyar yang macam ni.