zainudin maidin – Dalam ceritazam mengenai kegemparan kebulurun di Baling, anda akan mengetahui; bahawa pengganas komunis pun berani keluar dari hutan dan masuk ke sebuah kampung pedalaman di Baling untuk membantu penoreh getah kerana percayakan kepada cerita Anwar Ibrahim, pemimpin ABIM. Mereka bersenjata, membawa ubat-ubatan, kamera dan perakam suara.
Saya diarahkan untuk menyiasat tentang kisah kebuluran itu berikutan dengan tunjuk perasaan yang diketuai oleh Anwar pada Disember 1974, tetapi sebaliknya; saya mendapat berita eksklusif yang menggemparkan rakyat Malaysia yang telah pun lupa, bahawa pengganas komunis masih berjuang di hutan.
Setelah mendapat maklumat ini, saya bekejar menemui Pegawai Polis Daerah Baling, pada masa itu Raja Ahmad Raja Badiozaman yang mengesahkannya dan percaya, bahawa mereka berani keluar untuk mendapat sokongan orang kampung kerana percaya kepada cerita mati kebuluran.
Beberapa orang penyokong-penyokong komunis di barisan depan, yang terdiri dari mahasiswa universiti dan juga anggota Barisan Sosialis Rakyat Malaysia, sekarang kembali berjuang bersama Anwar Ibrahim dalam wajah yang lain, tetapi masih sama dalam pandangan mereka terhadap penyelesaian masalah kemiskinan, iaitu dengan cara rusuhan dan kekerasan serta menghasut kebencian kepada pasukan polis, kehakiman dan pemerintah. Mereka lebih bebas di bawah udara kebebasan baru di tanah air kita.
Inilah suatu suasana revolusi baru serperti yang disebutkan oleh bekas Ketua Perang Saraf Polis Diraja Malaysia selama 27 Tahun (1956-1983) mendiang Tan Sri C.C Too : The CPM was merely “temporarily suspending” its armed struggle but through infiltration and subversion with the help of communist surrogates would create a” new revolutionary situation” which would be expedited aggravated by any future economic recession in the country.( From: The Communist Party Of Malaya the inside story by Aloysius China)
Komunisme sudah bangkrap di seluruh dunia, orang-orang komunis termasuk di Malaysia telah murtad. Mereka juga hidup sebagai kaum bourjois yang mereka benci dahulu tetapi menampilkan diri sebagai pejuang rakyat dalam cara dan tindakan seperti terlihat aktif di negara ini pada tahun 60-an. Ketika itu Chow Kit Road menjadi pusat demonstrasi ganas.

Sudah pasti August 10, 1947 Disember 1974 Anwar Ibrahim telah terpengaruh konsep Socialist Komunis apabila umurnya 27 tahun akan hilang pelapis pemimpin pada masa akan datang jika kita tak didik masyarakat bagaimana untuk menentang pengaruh konsep Socialist Komunis. Cuba lihat apa terjadi di Amerika Syarikat mereka telah hilang arah tujuan mereka sekarang selepas Barack Hussein Obama Pemimpin Amerika Syarikat yang mengkhianati Perlembagaan Amerika Syarikat.
http://theunspinners.blogspot.com/2013/01/himpunan-121-banyak-kesalahan-telah.html
Gambar 13
Kapitalisma dlm krisis pekerja dan anak muda untuk perubahan tulen.
Capitalism in crisis worker and youth for real change.
Gambar 19
Justice for Ching Peng Communist.
Gerakan komunis memang dah berkubur di Malaysia, namun percayalah ideologi itu masih hidup dalam parti DAP. DAP sekarang tiada bezanya dengan DAP tahun 60an. Mereka masih berlambangkan ROKET MERAH yang jelas menjadi simbol pemberontakan mereka dan masih diterajui orang yang sama.