Akibat perbezaan pendapat antara pemimpin PAS dalam isu penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam Bible bahasa Malaysia, Majlis Syura akan menilai kembali pendirian parti yang membenarkan penganut bukan Islam menggunakannya, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Beliau berkata Majlis Syura, merupakan sayap tertinggi dalam parti itu, akan campur tangan dan menilai kembali keputusan yang telah dibuat kerana ramai pemimpin menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam.
Mahfodz merupakan salah seorang daripada 15 ahli Majlis Syura, yang merupakan sayap tertinggi dalam parti itu.
“Pada 2010 PAS setuju bahawa Islam tidak melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’, dengan syarat ia tidak disalahguna.
“Oleh kerana ramai pemimpin yang mempunyai pandangan berbeza dalam isu ini, adalah menjadi tanggungjawab Majlis Syura untuk mencapai konsensus,” kata Mahfodz.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata beliau menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam Bible bahasa Malaysia.
The Star melaporkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib antara ahli Majlis Syura telah menyatakan pendirian mereka secara terbuka menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam.
Mahfodz berkata kerisauan terbesar dibimbangi Bible bahasa Malaysia yang mengandungi kalimah ‘Allah’ akan digunakan untuk menyebarkan ajaran agama Kristian di kalangan orang Islam.
Beliau mengesahkan bahawa Majlis Syura akan mengadakan mesyuarat khas esok namun ia telah ditunda kepada Ahad malam kerana ramai ahli yang terlibat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kerajaan mempunyai hak untuk melarang orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan agama bagi mengelakkan kebimbangan.
Tokoh agama itu berkata, keputusan seperti itu diterima dalam perspektif pentadbiran bagi mengelakkan potensi ia disalahguna oleh pihak tertentu.
Isu tersebut tidak wujud di Sabah dan Sarawak, kerana arahan tersebut hanya terpakai di Semenanjung Malaysia, katanya.
Dr Asri turut menegur sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana sengaja menggunakan isu tersebut demi kepentingan politik.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan Hari Krismas Disember lalu berkata, penganut bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam Bible bahasa Malaysia.
Dr Asri berkata oleh kerana Bible diterjemah daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia, terjemahan kepada ‘God’ adalah ‘Tuhan’ bukan ‘Allah’.
“Mereka bukan menterjemah daripada bahasa Arab kepada bahasa Malaysia, sebaliknya daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia.
“Oleh itu, polemik berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ ini sepatutnya tidak menjadi isu yang besar,” katanya, sambil menyelar tindakan mereka yang menggunakan agama untuk mewujudkan suasana tegang-Agendadaily

Pendapat Asri tak boleh dipakai. Kejap begini, kejap begitu. Dia tak ada pendirian. Dia ikut arus dan suasana. Suatu ketika pendukung tegar PAS. Baik dengan Shahidan berjinak dengan UMNO. Suruh anak buahnya masuk UMNO kemudian tibai mereka sebagai ulama hanyut. Berjumpa pula dengan Anwar Ibrahim. Nak masuk Parti Keadilan ke. Yang menjadikan kalimah Allah ini isu siapa. PAS dan Guan Eng DAP dan PKR. Kritiklah Anwar Ibrahim kerana menaja permainan ini semata-mata untuk mendapat sokongan yang bukan Islam untuk mudah ke Putera Jaya. Mengapa politik diletakkan diatas akidah. Kalau isu pokok umat Islam dipandang remeh, masih tak sepakat dalam hal-hal lain lebih lagi. Asri tak payah beri pendapatlah. Saudara bercakap atas kepentingan tetapi bukan kebenaran. Pandangan saudara berubah-buah. Mengelirukan generasi muda saja.
Salam,
itulah kan. Isu sebenarnya ada dua. Satu sebut atau menggunapakai nama Allah dalam percakapan seharian. Satu lagi guna dalam bible.
Kalau guna bila bercakap ianya beda dengan jika digunakan dalam terjemahan bible.
Kalau orang bukan Islam bercakap dengan orang Islam dengan perkataan Allah maka secara umumnya merujuk kepada Tuhan Allah yang dimaksudkan dalam konteks agama Islam. Disini penggunaannya adalah secara betul dan tidak terlibat dalam upacara kesyirikan.
tapi kalau digunakan dalam terjemahan bible dan upacara kesyirikan maka konteks penggunaannya adalah tak betul. Siapa yang membawa inisiatif untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam suasana begitu mengambil risiko terbatal imannya atau sebagaimana yang diterangkan oleh Dr Harun Din, kufur.
Kerana dia dengan sengaja membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam konteks kesyirikan yang mana ianya dikaitkan dengan sifat2 yang tidak selayak bagi Allah seperti mempunyai anak isteri dan sebagainya.
Adakah mereka memahami isu ini ataupun buat2 tak faham. Juga tokoh2 lain adakah mereka memahami sebenarnya ataupun buat2 tak faham.
Jauh lagilah kalau nak bangkitkan isu kalimah Allah yang digunakan dalam konteks lagu2 negeri. Sudah tentu maknanya dan konteks itu adalah terpelihara bagi sesiapapun yang menyanyikan lagu2 tersebut. Konteks ayat2 lagu itu tak terkait dengan mana-mana kenyataan kesyirikan.
Wallahua’lam.
Sangat bernas. Setuju & sokong ulasan saudara.
syabas, baik ulasan dan mudah difahami
‘Hampir hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana mereka mendakwa ALLAH yang maha pemurah mempunyai anak’
ini sudah cukup menggambarkan kemurkaan Allah, hinanya mereka yang mensyirikkan Allah dan bala bencana yang bakal menanti! apa layaknya mereka yang Allah janjikan dineraka paling dalam untuk menyebut nama Allah yang maha suci? Over my dead body!
Kalau Paderi2 diMalaysia maseh berdegil utk menggunakan Kalimah Allah di dlm Bible Melayu, maka mereka mesti juga ubah nama Jesus kpd Nabi Isa a.s.
Sekarang masa kita pula Umat2 Islam berdegil utk mereka tukar seluruh kitab2 bible diMalaysia dpd Nama Jesus kpd Nabi Isa a.s.
Kita lihat mereka mahu Kompromi ke tidak?
Saranan ini akan akan lebih mengelirukan umat Islam masa hadapan kerana nabi Isa akan ada 2 versi yang berbeza.
SARANAN SAYA SENANG SAJA… KALAU ORANG2 KRISTIAN NI NAK SANGAT PAKAI KALIMAH ALLAH… MASUK ISLAM. HABIS CERITA… WALAU APA PUN ALASAN… SEBENARNYA TUJUAN DIORANG NAK PAKAI NAMA ALLAH ADALAH BAGI MEROSAKKAN “FUNDAMENTAL” ISLAM… ESPECIALLY GOLONGAN MUDA YG SEMEMANGNYA LEMAH AJARAN AGAMA….
Yg dh terbukti ialah sikap talam 2 muka PAS, depan kata lain belakang kata lain.. demi putrajaya sanggup jd ‘Yes’ man, kerana takut pengundi atas pagar cakap x boleh.. piirahhh, org mabuk pun tak mcm ni..
Peringatan kepada Majlis Syura PAS;
1. Buktikan yang kamu berjuang mempertahankan kesucian Islam.
2. Buktikan yg kamu mengakui bahawa Allah swt itu adalah tuhan kamu yang satu, tidak beristeri, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
3. Buktikan bahawa kamu bertanggungjawab mepertahankan dan melindungi akidah umat islam diMalaysia.
4. Buktikan bahawa kamu mengakui bahawa Tuhan Islam iaitu Allah swt itu tidak sama dengan tuhan kristian jesus, tuhan Budda, tuhan Hindu dan tuhan bagi lain lain agama.
5. Buktikan bahawa kamu bukanlah orang orang yg MENSYIRIKKAN Allah swt.