AIDCNews – 11/01/13 – Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan kalimah Allah boleh digunakan penganut Kristian disambut negatif oleh para Mufti di negara ini.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dilaporkan Sinar Harian berkata, penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Melayu dilihat sebagai satu dakyah atau dakwah bukan Islam agar mempengaruhi umat Islam dengan ajaran Kristian.
“Sebelum ini, Majlis Fatwa Pahang telah menentang kalimah ALLAH ditukarkan dalam Bible kerana ia tidak digunakan penganut Kristian namun perkara ini sengaja dibangkitkan sejak beberapa tahun yang lepas.
“Perkara ini sudah termaktub dalam Fatwa Kebangsaan, pemerintah dan sultan berhak untuk menghalang pihak tertentu untuk menyebarkan ajaran mereka kepada umat Islam,” katanya.
Menurut Abdul Rahman, penggunaan kalimah ALLAH dilihat sebagai perkara baru di negara ini, terutamanya Semenanjung Malaysia berbanding negara Arab, ia merupakan bahasa mereka dan tertulis di dalam al-Quran mengenai perkara tersebut.
Katanya, bagi umat Islam Tuhan hanya satu iaitu ALLAH (SWT) yang menciptakan alam dan seluruh kejadian di dunia ini, tiada sekutu atau menyerupai makhluk lain.
“Namun, (penganut) Kristian menyebut ALLAH sebagai Tuhan tetapi mempunyai pelbagai bentuk serta beranak pinak (ayah, ibu dan anak).
“Bukan Islam (Kristian), tuhan mereka adalah ALLAH dan perkataan yang diterjemahkan pada dasarnya mereka tidak menyebut ALLAH tetapi God (Tuhan),” katanya.
Beliau berkata, Bible yang dicetak dalam bahasa Melayu dengan menukarkan God kepada kalimah ALLAH dibuat dengan agenda tertentu supaya anak muda terkeliru dan dipengaruhi bahawa al-Quran dan Bible, tiada perbezaan.
Abdul Rahman menjelaskan bahawa Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, iaitu Seksyen 163. Fatwa dan Seksyen 169, penghinaan terhadap pihak berkuasa agama akan diguna pakai sekiranya terdapat pihak tertentu cuba menyebarkan ajaran lain selain Islam kepada umat Islam.
Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, penganut Kristian tidak boleh mengguna Kalimah ALLAH, kerana ia hanya untuk orang Islam sahaja.
Katanya, merujuk makna ALLAH sendiri bermaksud Esa iaitu tunggal berbanding ajaran Kristian bahawa Tuhan mereka adalah triniti seperti ayah, ibu dan anak Tuhan.
“Jika perkataan God ditukar menjadi ALLAH, menunjukkan ALLAH terdapat dalam pelbagai bentuk bagi Kristian, sedangkan Tuhan bagi umat Islam hanya satu iaitu, ALLAH.
“Ia dianggap salah dari segi akidah. Malah sejarah penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Bible tidak pernah berlaku,” katanya.
Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, negeri itu mewartakan 40 perkataan yang dilarang sama sekali bukan Islam untuk menggunakannya, termasuk kalimah ALLAH.
Beliau berkata, perbuatan tersebut akan dikenakan tindakan undang-andang oleh Jabatan Penguat kuasa Negeri bagi menentang penggunaan perkataan itu selain dari orang Islam.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula mengingatkan semua pihak di negeri ini tentang kalimah Allah yang eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.
Menurutnya, sidang Dun Kelantan pada 1 Disember 1981 telah meluluskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 iaitu satu enakmen untuk menjaga kesucian kalimah itu.
Sinar Harian juga turut melaporkan gesaan Ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Aidit Ghazali mencabar Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas memperjelaskan maksud sebenar `jangan salah guna kalimah ALLAH’.
“Bagaimana syarat tersebut menentukan tidak akan berlaku perkara tidak diingini? Saya mohon perkara ini mendapat pencerahan kerana ia melibatkan isu utama yang mana jika mahu digunakan perlu melalui beberapa perspektif iaitu al-Quran dan Sunnah, Perlembagaan Persekutuan, Majlis Fatwa dan juga titah Sultan Selangor,” katanya semalam.
Katanya, keempat-empat perspektif tersebut dengan jelas tidak wujud ruang ijtihad seperti yang dinyatakan.
“Penjelasan harus dilakukan segera. Apakah cara pemantauan yang dilakukan, siapa dan bagaimana mahu dilaksanakan. Jangan terlalu taksub dengan politik sehingga meletakkan isu agama ini di belakang. Itu salah.
“Melihat kepada perspektif tersebut, boleh dikatakan jika ingkar al Quran dan Sunnah mereka fasik, melanggar Perlembagaan Persekutuan, mengkhianati negara, melanggar Majlis Fatwa kebangsaan mereka bukan golongan ahli sunnah waljamaah dan mengingkari titah Sultan adalah penderhaka,” katanya.

“Melihat kepada perspektif tersebut, boleh dikatakan jika ingkar al Quran dan Sunnah mereka fasik, melanggar Perlembagaan Persekutuan, mengkhianati negara, melanggar Majlis Fatwa Kebangsaan mereka bukan golongan ahli sunnah waljamaah dan mengingkari titah Sultan adalah penderhaka”
Stetmen ini ditujukan khas kepada Hadi Awang, Nik Aziz, Mat Sabu , Anwar Al Jub dan semua Melayu Islam yang tunduk patuh kepada Tokong Lim Guan Eng Al DAPig dan Ketua-Ketua Gereja negara ini. Syabas kerana anda semua telah berjaya menghina diri anda sendiri.
la ILAAHA illa——>ALLAH
“tiada TUHAN melainkan ALLAH”
“there is no GOD but ALLAH”
GOD = ILAAH = TUHAN
ALLAH = ALLAH = ALLAH
KEMBALI KPD KALIMAH SYAHADAH. DI SITU JELAS ‘TUHAN’ DALAM BAHASA ARAB ADALAH ‘ILAAH’. ALLAH ITU ALLAH, BUKAN GANTIAN KALIMAH ‘TUHAN’ .
RETURN TO OUR SHAHADAH. IT IS CRYSTAL CLEAR ‘GOD’ IN ARABIC IS ‘ILAAH’. ALLAH IS ALLAH, APROPER NAME AND NOT A NOUN TO MEAN ‘GOD’.
KEMBALI KPD SYAHADAH.