PARADIGMA POLITIK BARU

Ezam : Rahsia Besar Anwar Terbongkar Bila Keluar Penjara 2004

AIDCNews – 05/01/13 – Senator Ezam Mohd Nor secara jujur mengakui walaupun pernah berjawatan Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak mengenali siapakah sebenarnya tokoh idolanya itu kecuali daripada kekaguman daripada aspek penampilan politik yang ditonjolkannya.

“Ada orang tanya, kenapa sekarang baru awak nampak siapa Anwar. Sebelum itu awak Setiausaha Politik dia. Mengapa sebelum itu awak mempertahankan beliau. Apakah sebelum itu awak tak nampak langsung tanda-tanda Anwar ni salah ?

“Jawapan saya, memang saya tak nampak. Saya tak tahu pun. Sebab macam saya sebut tadi, saya Setiausaha Politik beliau. Sebelum itu bekerja di IKD, bersama, membantu beliau, tetapi saya hanya berkhidmat kepadanya sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri, seorang pemimpin.

“Saya tidak kenal Anwar sebagai seorang suami, seorang ketua keluarga, Anwar secara peribadi. Jadi saya macam yang lain juga rakyat Malaysia, lihat Anwar sebagai tokoh pemimpin yang tentunya hebat, sebagai pemimpin politik Anwar hebat, tetapi bezanya, yang lain lihat dari jauh, saya lihat dari dekat,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Antarapos.

Rapat Dengan Wan Azizah

Ezam berkata faktor pemenjaraan Anwar selama 7 tahun menyebabkannya sangat rapat dengan keluarga Anwar, terutamanya dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Bila tujuh tahun Anwar dalam penjara, saya jadi dekat dengan keluarga beliau, sebab Wan Azizah tidak ada pilihan pada masa itu.

“Semasa Anwar sebagai TPM, saya Setiausaha Politik beliau, saya tidak rapat dengan Wan Azizah. Sebab Wan Azizah adalah isteri Timbalan Perdana Menteri.

“Bila Anwar masuk penjara sahaja, Wan Azizah cari saya, minta tolong saya bersama-sama beliau bantu. Dan (ketika itu) Wan Azizah bukan lagi isteri TPM, dia isteri banduan masa itu.

“Dalam tempoh tujuh tahun itu, bukan sekadar saya, emak saya, isteri saya, keluarga saya bersama-sama dengan Wan Azizah dan anak-anak beliau, mengharungi hari-hari yang penuh cabaran. Sebab itu, kita menjadi satu keluarga yang cukup rapat.

“Wan Azizah panggil emak saya, bonda. Sampai macam itu punya rapat. Jadi bila kita rapat, tujuh tahun itu, barulah saya kenal keluarga Anwar Ibrahim. Tapi masa itu saya belum kenal Anwar sebab Anwar dalam penjara.”

Insiden-insiden Di Rumah Anwar

Ezam betul-betul mengenali Anwar apabila bekas Timbalan Perdana Menteri keluar penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004.

Di situ juga berlaku insiden-insiden yang mendedahkan rahsia besar Anwar yang selama ini disembunyikannya.

“Bila Anwar keluar penjara pada tahun 2004, masa itu baru saya nampak Anwar yang sebenarnya.

“Bila Anwar keluar penjara keadaan sudah berubah. Dan kedudukan saya dengan keluarga Anwar pun berubah. Saya sudah menjadi sebahagian daripada keluarga beliau.

“Saya duduk dalam rumah beliau semasa Anwar bebas. Dan bila saya duduk dalam rumah beliau, jadi sebahagian daripada keluarganya, barulah saya lihat apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya melihat macam mana reaksi Wan Azizah terhadap ‘beberapa perkara’, cemburu Wan Azizah bukan hanya pada perempuan tetapi juga pada lelaki-lelaki tertentu.

“Itu semua, saya nampak sendiri. Saya nampak. Dan itu menimbulkan satu perkara yang merungsingkan saya. Saya jadi keliru, sebab selama ini, saya memang tolak langsung, tetapi bila depan mata saya..Shamsidar contohnya datang ke rumah, Wan Azizah terus berubah muka. Shamsidar hulur tangan, Wan Azizah tak nak salam.

“Benda-benda macam ni, saya tengok. Ni semua berlaku secara natural. Jadi ia menimbulkan kesangsian yang cukup kuat pada diri saya. ”

Janji Peribadi Yang Misteri

Menurutnya, walaupun menyaksikan depan mata dan kepalanya ‘petunjuk-petunjuk’ itu, namun Ezam berkata bukti-bukti itu belum mencukupi untuk beliau meninggalkan Anwar.

“Yang betul-betul saya terpaksa membuat keputusan tinggalkan (Anwar) apabila keputusan bertulis tu lah pada tahun 2004.

“Anwar bebas 2 September 2004. Tapi keputusan penuh bertulis itu, beberapa bulan selepas itu. Keputusan bertulis itu, kalau kita baca betul-betul menunjukkan bahawa aktiviti homoseksual berlaku.

“Ketiga-ketiga hakim, termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar, dia bebaskan tetapi dia sebut bahawa aktiviti itu berlaku. Bila saya baca, lagilah saya jadi sangsi.

“Dan saya berdepan dengan Anwar untuk dia jawab. Saya tak boleh terus menerus beri sokongan kepada beliau, apabila ada penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan yang jelas mengatakan beliau seorang homoseks. Tak kan saya nak sokong seorang gay ?.

“Dan ini bukan sahaja berasaskan satu keputusan penghakiman, tetapi yang dalam rumah tadi. Apa yang berlaku, jadi saya berdepan dengannya.

“Anwar jawab, ‘Ini semua konspirasi, saya akan minta peguam saya untuk buat permohonan keluarkan setiap ayat yang mengatakan saya ni peliwat’.

“Itu dia janji pada saya. Dia janji kepada seluruh penyokong PKR di rumahnya, dia buat ceramah dalam beberapa malam, sebab dia tahu saya dah..jadi dia nak yakinkan saya, saya ingat lagi dia kata, ‘Saya akan hantar peguam untuk memohon memadamkan frasa-frasa tertentu dalam keputusan bertulis itu.

“Itu 2004. Hari ini dah 2012. Awak boleh semak kat mahkamah, apakah Anwar buat ? Anwar tak buat. Dia tak buat permohonan. Dia ada hak untuk buat permohonan, dia sepatutnya buat, sebagai menjaga prinsip moral sebagai pemimpin.

“Kalau sayalah, saya tak buat benda tu, orang kata saya buat, tentu saya akan lawan sampai saya mati. Sebab ini bukan soal main-main. Ini soal moral saya.

“Anwar ada ruang untuk buat dan dia dah janji nak buat. Tapi dia tak buat. Jadi sebab itu, saya rasa, saya tidak ada local standi lagi, tiada ada asas untuk saya lagi untuk terus memberikan sokongan kepada Anwar. Jadi saya menunggu masa yang sesuai. ”

Ikutilah pendedahan selengkapnya dari Ezam yang dianggap luahan dari hati ke hati dengan menonton rakaman di atas.

19 Comments

  1. kakak says:

    “Kalau sudah mesra dan rapat, sudah tentu boleh tangkap gelagat !”

    Syukur pada Allah, Sen. Ezam telah sedar dan boleh menjadi orang sumber penting dalam kes ini.

  2. lagu 2 says:

    Ana! lu jgn bnyk cakap. wa mau pesan sama lu, hati2 sama itu lu punya IDOLA SONGSANG, nanti dia sontot baru tau!

  3. lagu 2 says:

    lu olang yg kasi sokong anwar juburi,wa mau tanya sikit aaaaaaa. lu olang belapa umur sikalang? lu olang umur bwh 40 tahun jangan banyak cakap………….lu olang tak tau apa2.kita olang umur 40 atas smua tau anwar punya hal sikalang,dulu serupa lu ma………..bodoh ,bengong,buta mata,buta hati….etc kasi sokong anwar buta2 serupa ezam,gua pun kena hantam sama polis masa reformasi. LU OLANG APA TAU? lu olang tak tau cerita , jgn cakap ma…….cuntoi pun blum cukup ngang…..-WA BUKAN MELAYU

  4. usin lempoyang says:

    hanya orang bodo jer percaya engan nuar kote bengkok! nuar ingat orang bodo macam dia..sorry le nuar..sebenarnya kalau tengok muka kau jer..orang yang mengerti tentu tahu bahawa kau mmg terok..kau baik dengan hj hadi dan nik aziz, bukan bererti depa ‘mengiakan’ bahawa kau mmg baik akhlak..tetapi mereka juga punya agenda politik sendiri demi benci kesumatnya kepada umno..pada lebai berdua ini, nuar lebih ‘baik’ dari umno.. PAS yang telah songsang tersesat bakal terjebak juga akhirnya dalam spender nuar..oleh itu jaga-jaga lah kau lebai dua orang tu..

  5. ninjaturtle says:

    Spesis Melayu yang patut dihapuskan dari mukabumi..
    Kerana ini adalah spesis Melayu (Kalau boleh dipanggil Melayu) paling bangsat pernah wujud dalam sejarah Melayu ..
    Rasanya kalau sikitol masih hidup.. pasti dia akan geleng kepala sebab rupa rupanya ada Melayu yang lebih dajal dan bangsat dari dia …

  6. ark says:

    Anwar Ibrahim cukup licik dlm. memutar belitkan fakta, licik juga dlm. pelbagai hal salah laku sonsang. Anwar Ibrahim harus ingat bahawa “Apa sahaja yg berlaku kerosakan pada diri kamu adalah berpunca daripada dirikamu sendiri”

  7. The Truth says:

    AKU DAH JUMPA DAN DENGAR CERITA DARI 3 ORANG YG CLOSE DAN RELATED DGN ANUAR NI…1.COPRAL POLIS YG HARI2 ESCORT ANUAR-DIA KENA TRANSFER POLIS TRAFFIK IPD REMBAU LEPAS ANUAR KANTOI TU.2. DISPATCH PERIBADI ANUAR-BAKAR NAMA DIA-DULU KEJA HARI2 JUMPA ANUAR MASA BREAKFAST AND DELIVER SURAT/DOC PERIBADI ANUAR PADA ORANG LAIN.(SEKARANG NI PUN MASIH ACTIVE RUNNER BUAT LESEN MOF).3AZIZAN DREBER AZIZAH TU-DIA NI EXPOSE PUN TAK SENGAJA JE…CITA DIA MASA DIA KENA PANGGIL MENGADAP CIDB PASAL CONSTRUCTION COMPANY DIA NAK KENA CHARGE KAT COURT DIA PUN MERAYULAH GILA2..KITA ORANG TAK PERASAN MULA2 DIA NI SAPE..RASA PELIKLAH KENAPA TAKUT SANGAT NAK PEGI COURT-KENA DENDA JE PUN…LAST2 BARU DIA BUKAK CITA DIA SAPE(BENDA DAH LAMA,KITA PUN DAH LUPA)…MENANGIS DIA TU,PASAL ANUAR NI,ANAK BINI DIA PUN MATI…
    JADI SAPE2 YG BACKING SANGAT NUAR BONTOT NI…SEDAR2 LAH, AKU DULU PUN FANATIK DIA JUGAK, TIAP2 MALAM KAT RUMAH DIA DI BUKIT DAMANSARA TU SAMPAILAH DIA KANTOI MALAM TU..NASIB BAIKLAH TUHAN TUNJUKKAN KAT AKU DGN CARA TERJUMPA ORANG2 YG RELATED DIRECTLY DGN KES SIBONTOT NI…AMINN

  8. Laksa Johor says:

    Klip video ini mesti disebarkan kepada rakyat, terutamanya, mereka yang masih tak sedar bahawa mereka telah dan sedang ditipu serta diperbodohkan oleh seorang peliwat yang berangan tak sudah-sudah nak menjadi PM kepada sebuah negara Islam. Pendedahan Ezam ini tahap “first class”. Kalau masih tak percaya lagi dengan penjelasan yang telah dibuat oleh Ezam,maka, anggaplah diri anda sebagai seorang yang buta hati, bodoh dan tidak mendapat petunjuk daripada Allah untuk melihat kepada kebenaran.

  9. halmi says:

    ezam pun bodoh gak…….

    • ninjaturtle says:

      ce cerita kenapa ezam bodoh?

      • Ana says:

        Orang cerdik tak kena ‘tipu’, tapi ezam sejak 2006, percaya 2 hakim Mahkamah persekutuan kata ‘ liwat benar2 berlaku’, kononnya liwat berlaku, diTivoli Villa sedangkan kondo belum siap, hingga DPP Gani Patail ubah tarikh baru atas cadangan SAC 1 Musa Hasan kpd Azizan, orang cerdik tak akan kena tipu oleh Anwar.

        • xxx-pkr says:

          dia ni memang tak cerdik..tak dapat beza rumusan dengan fakta sampingan.

          kalau nak kira fakta sampingan, pihak pendakwa terlalu banyak fakta yang gagal dijawab anwar

          tapi itu bukan persoalannya..yang ezam hujahkan adalah rumusan tiga hakim mahkamah persekutuan yang sebut kejadian liwat berlaku..bawa maksud anwar peliwat aka gay.

          yang tu ezam hujahkan pada anwar dan anwar janji nak buat permohonan padamkan frasa-frasa liwat tu.

          Ini hujahnya..dalam penghakiman ada sebut anwar peliwat dan anwar janji nak padamkan, tetapi dia tak buat…dia tak buat tu kenapa..itu isunya..

        • Laksa Johor says:

          Bukan liwat “kononnya” berlaku. Liwat memang berlaku. Itu sebabnya Anwar takut nak bersumpah dengan nama Allah yang dia tak pernah lakukan kerja terkutuk itu. Juga, dia tak berusaha untuk membersihkan nama dia dalam rekod mahkamah.

          Orang cerdik pun boleh kena tipu apabila berhadapan dengan seorang hipokrit terhandal di Malaysia. Cuma orang cerdik dapat sedar daripada penipuan itu. Hanya orang yang bodoh dan buta hati (harap-harap bukan Ana) yang akan berterusan percaya dan memberi sokongan kepada pengkhianat ugama, bangsa dan negara bernama Anwar Al Jub.

    • ron95 says:

      bodoh camaner yek?, cam hang ka?

  10. ms Q says:

    syukur saudara terbuka hati untuk menilai perkara ini. dan tak lah jadi seperti pengikut dan penyokong nuar yang lain. dah nampak bukti macam2 kuar tapi still tak percaya. sanggup biarkan diri diperbodohkan. nuar ni kalau setakat cai bawahan yang tak menguntungkan dia, dia tak heran la. kalau yang boleh bagi keuntungan kat dia memang dia akan jaga orang tu. yang kesian cai bawahan la.

  11. Pemerhati Gelagat says:

    Apa yang diceritakan Ezam bagi orang yang berakal rasional tidak mudah ia dikaitkan dengan konspirasi. Apa bukti sahih konspirasi terjadi. Ianya hanya bersifat dakwaan supaya pengikut tegar Anwar sedap hati. Ezam melakukan pengorbanan yang amat tinggi sehingga sanggup dipenjara. Soalnya mengapa Anwar tidak bersedia bawa ke mahkamah semula kenyataan hakim bahawa liwat terjadi. Ia akan dibaca oleh pelajar undang-undang sehingga bila-bila. Tentu ada sebab mengapa Anwar tidak melakukannya. Kerana membuka semula kes boleh menyebabkan banyak lagi rahsia diri terbongkar. Atas nama prinsip perjuangan sesiapa pun tidak akan menerima Anwar sebagai pemimpin kerana status moralnya. Tanyalah semua orang yang meninggalkan Anwar, jawapannya adalah serupa iaitu masalah moral. Nak jadi pemimpin apalagi Perdana Menteri mesti ada integriti. Kalau integriti sudah tercalar hanya malu kita kepada Allah yang boleh membawa manusia insaf. Kalau ini tidak juga berlaku bagi orang berfikir dan tidak “mati-rasa” jawapannya sudah tersedia.

  12. Amin says:

    Maka itulah sebab sisetan Anwar sampai sekarang enggan bersumpah dengan AlQuran!!!

Leave a Comment

 

— required *

— required *