Kalimah Allah Diperjudi Untuk Jadi PM

AIDC – Tuntutan DAP mahu kalimah Allah dikongsi dan diguna pakai oleh penganut Kristian bukan kebetulan. Semuanya terancang. Dituntut oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP (posisi paling power), sebagai mesej sambutan Krismas 2012 di mana bakal menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13.

Disokong pula oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang membawa maksud seluruh kepimpinan DAP sepakat memperjuangkan kalimah Allah untuk diberi kepada penganut Kristian.

Isu kalimah Allah bukan perkara baru. Pernah dibangkitkan pada tahun 2010. Ketika itu Anwar paling lantang berkempen kalimah Allah diberikan kepada Kristian. Anwar pula mendakwa PAS turut bersetuju dengan saranannya itu, meskipun segelintir daripadanya menentang. DAP pula mendiamkan diri, membiarkan sahaja Anwar memainkan peranannya.

Persoalannya kenapa isu yang dianggap Anwar telah selesai pada tahun 2010, dibangkitkan semula oleh DAP yang selama ini mendiamkan diri.

Adakah DAP sudah tidak begitu percaya janji Anwar dapat menjaga PAS setelah isyarat jelas diberikan Muktamar Tahunan PAS ke-58, 17 Nov. mencalonkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri (PM) sekaligus menolak nama Anwar Ibrahim yang dilobi oleh PKR dan DAP.

Tetapi DAP secara tegas menolak pencalonan Abdul Hadi dan tetap mahukan Anwar Ibrahim sebagai calon PM.

Apakah dengan isyarat itu, DAP mahu menguji pendirian terkini rakan kongsinya, PAS. Adakah DAP mahu tahu pendirian PAS tentang isu kalimah Allah pada tahun 2010 sama dengan 2012 atau sebaliknya.

DAP Parti Kristian

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya mempersoalkan kredibiliti Guan Eng sebagai jurucakap bagi pihak Kristian dalam menuntut kalimah Allah itu.

Presiden JATI, Dr Hassan Ali secara berkias merumuskan ‘agenda Kristian’ adalah agenda DAP.

“Ya jawabnya memang ada kaitan dengan politik, ya ada kaitannya dengan PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13), ya ada kaitannya dengan rancangan walaupun dinafikan untuk mengkristiankan Malaysia,” katanya.

Hassan yang pernah bergelut dalam kepimpinan Pakatan di Selangor menyifatkan tuntutan Guan Eng itu dibuat berkemungkinan tekanan dalaman kepimpinan DAP yang 70 peratusnya beragama Kristian.

Bekas penyelidik Malaysiakini, Helen Ang membuat kesimpulan menarik, selain mendedahkan portal itu sebagai gelanggang DAP, penulis itu juga merumuskan DAP adalah Parti Kristian.

Ketika ditanya antara PKR dan DAP, parti manakah yang menjadi target Kristian, Helen menjawab, “Dua-dua. Saya rasa kalau nak dibanding di antara DAP dengan PKR, DAP tu sama macam PAS lah. Dalam politik, sekarang ini DAP sanggup bertongakkan agama. Maksudnya, kalau PAS menjaja Islam, saya rasa DAP ini pula sanggup menjaja Kristian.”

Barangkali, kenyataan Helen itu merungkai kenapa DAP tuntut kalimah Allah, bertegas mahukan Anwar Ibrahim menjadi PM yang dianggapnya sebagai calon ‘paling bersih’.

Pertemuan Tertutup di Gereja ST. Francis Xavier

Pada 25 Disember 2008, ketika Archbishop Murphy Pakiam meraikan Majlis Rumah Terbuka Perayaan Christmas di gereja Bukit Nanas, tanpa disangka-sangka Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah muncul sebagai tetamu kehormat Archbishop Katolik yang dihormati penganut Kristian Malaysia itu.

Anwar dan Wan Azizah sebagai tetamu jemputan, Ketua Paderi Besar Kristian Malaysia, Archbishop Murphy Nicholas Xavier Pakiam (bertanda bulat). Majlis itu anjuran Persatuan Kristian Kebangsaan Malaysia diadakan di St. John Catholic Church, Bukit Nanas, Kuala Lumpur pada 25 Disember 2007.

Tentunya aneh, Anwar yang ketika itu tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan, baru balik dari Amerika Syarikat (AS) diraikan seumpama seorang pembesar negara oleh masyarakat Kristian.

Disusuli pula dengan pertemuan tertutup Anwar dengan paderi-paderi Kristian di gereja ST. Francis Xavier, Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 31 Januari 2008.

Tidak dinyatakan secara spesifik siapakah paderi-paderi itu, tetapi menurut anggaran Terence Netto, wartawan Malaysiakini, bilangannya mencecah 200 orang.

Tentunya ada sesuatu yang menarik yang akan dibincangkan antara Anwar dengan paderi sehinggakan Christian Federation of Malaysia (CFM) berjaya mengerahkan 200 orang paderi turut hadir.

Menurut laporan Terence Netto yang turut hadir dalam pertemuan di gereja itu, Anwar telah membuat kenyataan bahawa kalimah Allah patut diberikan kepada penganut Kristian.

Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ iaitu istilah bahasa Arab untuk Tuhan dalam ritual mereka.

Gereja Tuntut Kalimah Allah

Archbishop Murphy Pakiam yang meraikan Anwar itu juga merupakan penerbit majalah mingguan agama Kristian di Malaysia, Herald-The Catholic Weekly.(Herald)

Pada 7 Januari 2009, Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan permit penerbitan Herald dengan meletakkan syarat larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mereka dan perkataan “Terhad” mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian sahaja.

Pada 16 Februari 2009, Murphy Pakiam tidak berpuas hati dengan larangan itu dan memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan KDN melarang penggunaan kalimah “Allah” dalam majalah itu adalah tidak sah dan kalimah itu bukan eksklusif untuk agama Islam sahaja.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan ‘Allah ‘ berasaskan kepada Artikel 10, 11, dan 12, Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan itu dibantah oleh 13 NGO Islam, antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.

Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Maamor Osman membuat 10 laporan polis berkaitan perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Pada 5 Januari 2010, KDN telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan dari Mahkamah Tinggi itu.

Keputusan membenarkan Herald menggunakan kalimah Allah ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai.

Menurut ‘wiki/Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur lwn Menteri Dalam Negeri‘ kesan langsung keputusan mahkamah membenarkan kalimah Allah kepada Kristian menyebabkan berlakunya serangan terhadap gereja.

Pertemuan Tertutup Anwar di Gereja Lutheran

Pada 10 Januari 2010, Anwar mengadakan dialog tertutup dengan masyarakat Kristian di gereja Lutheran, Petaling Jaya.

Dialog itu dihadiri oleh kira-kira 100 anggota masyarakat Kristian daripada pelbagai mazhab telah dihoskan oleh Bishop Phillip Lok dari gereja Lutheran Malaysia dan Singapura.

Anwar di Gereja Lutheran, Petaling Jaya pada 10 Januari 2010. Paderi Besar Philip Lok (bertanda bulat), manakala di sebelahnya, Paderi Besar Ng Moon Hing dari Kristian Anglican (baju ungu bersalib) dan Reverend Dr. Eu Hong Seng, Naib Pengerusi Persatuan Kristian Kebangsaan Malaysia (berbaju putih)

Antara yang hadir dalam pertemuan itu adalah Bishop Ng Moon Hing dari Anglican; Rev. Dr. Eu Hong Seng, Naib Pengerusi the Christian Federation of Malaysia (CFM) dan Father Thomas Phillips dari gereja Roman Khatolik, Petaling Jaya.

“Ini adalah propaganda perkauman berterusan berhubung isu Allah dan retorik kebencian yang dilakukan oleh media arus perdana kawalan kerajaan khususnya Utusan Malaysia, adalah dicela,” kata Anwar.

Anwar turut menyeru agar dibuka dialog antara agama (inter-faith dialogue) untuk menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah yang dituntut masyarakat Kristian.

Sebaik sahaja selesai perjumpaan dengan paderi dan aktivis Kristian itu, Anwar telah membuat kenyataan terbuka di Luther Centre (Dataran Gereja Luther).

“Kita harus ingat Tuhan yang kita sembah adalah adalah Tuhan yang sama yang menciptakan alam ini..“Kita
harus hormati hak Kristian untuk mendapatkan kalimah Allah kerana Islam, Kristian dan Yahudi telah berkongsi kalimah Allah sejak abad ke-14 lagi,” tegas Anwar.

Pertemuan Anwar Dengan Bishop Munib Younan, Jerusalem

Semua yang dinyatakan di atas adalah kenyataan terbuka, namun Bishop Philip Lok mendedahkan apa yang berlaku dalam pertemuan tertutup dengan Anwar.

Bishop Philip Lok dalam ucapannya di gereja Lutheran, 10 Jan 2010 mendedahkan Anwar telah bertemu dengan Bishop Lutheran Jerusalem, Bishop Munib Younan pada Oktober 2009 dalam program Dialog Islam dan Kristian di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat (AS).

Anwar merupakan bekas pensyarah di CMCU (Christian and Muslim Understanding), Universiti Georgetown, AS.

Bishop Munib Younan yang berbangsa Arab memberitahu bahawa kalimah ‘Allah’ telah bebas digunakan oleh masyarakat Kristian Arab sejak hampir 2000 tahun lalu.

Maka, jelaslah walaupun tersuratnya adalah perbincangan untuk melindungi gereja daripada diserang, namun yang tersiratnya jauh lebih penting iaitu tentang hak berkongsi bersama kalimah Allah di antara penganut Islam dan Kristian.

Logo Jom Ubah

Ramai yang masih keliru, kenapa DAP memilih logo Burung Kenyalang, identiti negeri Sarawak sebagai simbol ‘Jom Ubah’.

Kenapa logo Burung Kenyalang sangat penting kepada DAP yang dijadikan simbol pertukaran kerajaan ?

Ramai yang tidak tahu, kenapa Anwar Ibrahim bermati-matian berkempen untuk kemenangan pembangkang dalam pilihan raya DUN Sarawak 2011.

it’s now or never,” (ubah sekarang atau tidak selamanya), kempen Anwar kepada rakyat Sarawak.

Namun pendedahan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa telah merungkai permasalahan ini.

Menurut Nasha DAP telah mengadakan satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu dengan menganjurkan doa agar “Malaysia menjadi negara Kristian”.

“Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

“Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

“Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian,” katanya ketika membentangkan kertas kerja dalam program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah dalam blognya telah memuat turunkan gambar-gambar pastor-pastor yang terlibat dalam kempen pilihanraya Sarawak itu.

Tanpa pendedahan Nasha, mungkin tidak ramai yang tahu di sebalik kempen hidup dan mati Anwar di Sarawak di belakangnya adalah tentera-tentera Kristian yang bekerja keras.

Apa lagi selepas kalimah Allah ?

Penang Institute, badan pemikir DAP merupakan ‘jambatan emas’ kerjasama di antara DAP-PKR, di mana Nurul Izzah, anak Anwar sering ditonjolkan sebagai salah satu pemain penting.

Penang Institute : Dari kiri; Ahmad Farouk (IRF), Tariq Ramadan, Profesor Datuk Dr. Woo Wing Thye (Penang Institute), Dr. Maszlee Malik (UIA) dan Nurul Izzah

Selain Nurul Izzah, Penang Institute juga merupakan tapak baru bagi mengantikan peranan badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) di mana pemikir-pemikir Islam Liberal seperti Ahmad Farouk dari Islamic Renaissance Front (IRF) diraikan.

Pada 3 November, IRF dengan kerjasama badan pemikir Kristian, OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) menganjurkan forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?‘ di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya.

Nurul Izzah dan peguam pemerhati kes murtad Lina Joy, Malik Imtiaz antara ahli panel dalam forum tersebut.

Siti Kasim, seorang peserta dalam forum itu bertanyakan soalan spesifik kepada Nurul Izzah, “Saya sangat gembira apabila mendengar YB Nurul bercakap berkenaan kebebasan beragama. Adakah anda juga bermaksud bahawa orang Melayu patut diberikan hak yang sama?”.

Nurul Izzah menjawab, “Apabila anda tanya saya, tidak ada paksaan dalam agama, malah Dr Ahmad Farouk (Presiden Islamic IRF-Islamic Renaissance Front) memetik ayat dalam Al Quran…Bagaimanakah anda boleh bertanya saya atau sesiapa, bagaimana boleh seseorang menjawab, ‘Maaf, ini (kebebasan agama) hanya dilaksanakan untuk bukan Melayu. Ia sepatutnya harus dilaksanakan secara sama rata …laksanakan untuk semua (kaum)”.

Jawapan Nurul Izzah itu menimbulkan polemik yang berpanjangan di kalangan umat Islam.

Kalimah Allah : Semakin terserlah siapa Anwar

Suara Nurul Izzah Penyambung Lidah IFC

Pakatan PAS, DAP & Tentera Kristian, Mampukah Anwar Jadikan Malaysia Negara Liberal ?

6 Responses to “Kalimah Allah Diperjudi Untuk Jadi PM”

  1. cikgu pencen

    Jan 02. 2013

    Menjual nama Allah tuhanmu sendiri demi mendapat sokongan bishop2…nauzubillah!

    Reply to this comment
  2. itsme

    Jan 02. 2013

    Kaum kristian ni mmg sengaja mencari masalah, mrk sememangnya tahu dgn menjemput anwar yg mrk ketahui tdk diiktiraf secara majoriti diMsia pasti akan mengundang kemarahan org2 Islam. Agenda mrk masih berkitar kpd kebebasan beragama yg selama ini sememangnya bebas. Jika mrk benar2 ikhlas mrk sepatutnya mnjemput menjemput bdn agama yg sah. Anwar bknlah seorg Islam yg mndapat pendidikan tinggi syariat Islam secara formal jd jemputan trhadap beliau mengambarkan ketidakjujuran pihak gereja dlm memperjuangkan agenda mrk. Tiada siapa di Msia ini berpendapat Anwar layak utk mewakili mrk dlm isu agama kecuali segelintir manusia yg tidak mengenal siapa Rabb mrk. Sebagai bdn tertinggi dlm permasaalahan agama selain Mufti2 dsetiap negeri, JAKIM perlu bertindak kearah pencerahan seblm masalh lgi rumit timbul, SEKARANG!!!

    Reply to this comment
  3. Amin

    Jan 01. 2013

    Kristian in sibuk sgt nak pakai Kalimah Allah apa ke Jadah!

    Kenapa tak nak pakai Nama Gautama Buddha ke, General Kuan Yin ke, tuhan Hindu Ganesh ke, atau tuhan Ugama lain.

    Ini mesti Ada agenda tersirat nak murtadkan org2 Islam, di sokong pula Setan Anwar Dan Anaknya Puteri Penggalak Murtadkan (PPM) Nurul Izzah.

    Reply to this comment
    • Anwar Ibrahim

      Jan 01. 2013

      Apa ni Min tuduh tuduh aku dan anak aku. Berapa UMNO upah ni? Adaka engkau dengki dengan kelulusan aku sebagai pemegang ijazah am Pengajian Melayu? Nanti aku jadi PM selesai semua masalah. Tunggu aku jadi PM.

      Reply to this comment
      • Amin

        Jan 01. 2013

        Aku tak denggi, tapi Kenapa kau sakit hati?

        Reply to this comment
      • Laksa Johor

        Jan 02. 2013

        Kami tak ingin/ tak sudi/ tak rela seorang peliwat tegar menjadi PM kamilah, Al jub. Ada faham?

        Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE