PARADIGMA POLITIK BARU

Islam Terus Dicabar Jika PAS Kekal Kerjasama DAP

Antarapos - PAS sekali lagi digesa untuk menilai semula kerjasama politiknya dengan DAP yang tidak henti-henti melakukan provokasi terhadap umat Islam.

Terkini apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menggesa kerajaan membenarkan masyarakat Kristian menggunakan kalimah Allah berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.

Reaksi keras yang ditunjukkan beberapa pemimpin PAS susulan gesaan Guan Eng itu bagaimanapun disifatkan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad, sebagai tidak memadai.

Katanya, ini kerana tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu nyata bertentangan dengan asas perjuangan PAS yang memperjuangkan kedaulatan Islam di negara ini.

“Oleh kerana isu kalimah Allah ini mulanya diputuskan oleh pemimpin tertinggi DAP, dan dalam masa yang sama ada reaksi yang keras terutamanya daripada Ketua Dewan Ulama PAS yang mengatakan penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam, maka saya mengharapkan sangat supaya PAS menilai semula kerjasama politik mereka dengan DAP kerana ternyata DAP berterusan memberi provokasi tidak henti-henti kepada umat Islam.

“Ini bertentangan dengan perjuangan PAS yang mahu mendaulatkan Islam dalam masyarakat Islam di negara kita,” katanya kepada Antarapos.

Guan Eng baru-baru ini di dalam perutusan khasnya sempena Krismas telah menggesa kerajaan pusat diterajui Barisan Nasional (BN) supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Kitab Bible versi bahasa Melayu untuk penganut agama Kristian di Semenanjung.

Mengulas lanjut, Ismail menegaskan bahawa kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah jelas dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru katanya, sebarang perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam adalah hak eksklusif kepada penganut-penganutnya sahaja.

“Perlembagaan Malaysia jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan yang mempunyai implikasi yang cukup jelas bahawa semua urusan yang berkaitan dengan ajaran Islam adalah hak mutlak penganut Islam semata-mata,” jelas beliau.

Untuk itu, beliau menyeru rakyat negara ini yang bukan beragama Islam supaya tidak mudah terpengaruh dengan cubaan pihak luar yang mahu merosakkan keharmonian masyarakat pelbagai agama yang telah lama wujud.

“Saya ingin mengingatkan kepada orang-orang bukan Islam yang menjadi warganegara Malaysia, memahami benar-benar Perlembagaan Malaysia supaya mereka jangan terikut-ikut dengan rentak ‘tangan-tangan’ di luar daripada Malaysia yang mahu mewujudkan huru-hara dan ketidakstabilan masyarakat Malaysia yang selama ini cukup harmoni,” gesanya.

7 Comments

  1. Pemerhati Gelagat says:

    Sebenarnya PAS sudah terlajak. Nak berpatah malu. Nak teruskan serba tak kena. Akibat keangkuhan pemimpin yang merasakan diri serba sempurna lalu hujah yang ada ialah takfir. Itu cara mudah dapat pengaruh atas dua sebab. Rasa nak berjuang hebat tapi ilmu kurang. Jalan mudah untuk berjuang ialah bermain emosi atau retorik. Syarat yang perlu ada ialah taksub dan ektreme. Sebagai “pejuang politik Islam” mesti ada ilmu yang mantap. Dapat membeza amanat politik atau amanat syarak. Sifar politik berubah-ubah. Sifat syara’ adalah tetap. Kuasa dalam politik selalunya memikat. Lalu syara’ ditinggalkan kerana mengejar kuasa. Pemimpin PAS selalu lupa apa yang dikata. Amanat Hj.Hadi sebagai contoh. Mengatakan berkawan dengan orang kafir hukumnya kafir. Sekarang PAS berkawan dengan DAP. Ia bercanggah dengan amanat Hj.Hadi. Kuasa Allah – ia terkena pada batang hidung sendiri.

  2. itsme says:

    penat layan jantan kabaret ni.. dh elok dok dlm reban dulu dikuarkan, wat perabis duit dok pusing lwn jantan gagah sorg ni.. mahal rupanya harga sebuah sejarah, namun bak kata tun M ‘melayu mudah lupa’..

  3. Amin says:

    Lelaki2 dlm PAS adalah Jantan2 Jahanam!

  4. sman says:

    Pas sudah tidak dapat di harap lagi utk meperbaiki keadaan,ketelanjuran kerjasama mereka sudah terlalu sukar utk ditarik balik,apatah lagi dlm suasana piliharaya yg sangat hampir sekaang ini.Hj.Hadi dan Nik Aziz pula sudah berada pada taraf angkuh yg sangat tingggi akibat ketaksuban melampau yg di tunjukan oleh pengikut mereka terhadap keduanya.Ini biasa terjadi kepada organisasi,yg mengaku memperjuangan Islam,walau pun kenyataannya mungkin tidak begitu.Dalam keadaan begini,utk mengaku kesilapan oleh mereka dan memperbetulakan keadaan adalah sesuatu yg mustahil,segala-galanya sekarang terbeban kepada bahu kita semua .Saya sangat bersetuju dgn Dr.Hassan Ali bahawa pilihanraya ke 13,adalah jihad bagi kita semua.Marilah kita berbesar hati dan berkorban apa saja utk mengharungi JIHAD ini,demi masa depan ugama,bangsa dan negara kita.

  5. Wafi says:

    Saya bersetuju dengan kesimpulan ilmuminati, pokok pangkal adalah berilmu. Bergurulah dengan guru yang jujur dengan ilmu yang disampaikan. Ramai guru sekarang sebenar ‘kosong’ sebab itu bila digoyang bunyi nyaring… bila bercakap disulam dengan retorik yang berbau lucah agar pendengar tengelam dalam irama nafsu bukan fakta sebenar.
    Kadang kala kita perlu berhenti dan berfikir seketika adalah saya penganut agama Islam ikutan atau ikhlas dalam sanubari kerana Allah itu pencipta saya ?

  6. Ilmuminati says:

    Keadaan sebegini tidak berlaku sewaktu tun mahathir memerintah. Walau beliau dicaci oleh sebahagian musuhnya. Namun kini umat melayu terus berpecah. Perjuangan material mengatasi perjuangan bangsa (islam). Semua hanya jaguh kampung. Orang spt LGE dan sesiapa yg berfahaman sepertinya harus di hapus. Tanah melayu utk org melayu. Berubahlah. Pd yg rasa islamnya lebih dari org lain, carilah guru yb bersanad dan bersala silah, bukan guru agama politik yg mana penampilan nampak warak tetapi tiada prinsip spt yg menyesatkan manusia kerana niatnya adalah kuasa sedangkan kita hanya mahu tuhan semata mata. Ingat politik adalah alat utk kuasa. Bersifat baru. Pd yg berpolitik.. Jadikanlah tun mahathir sebagai contoh terbaik semasa. Dan utk berniaga, contohilah perjuangan mokhtar al bukhari. Mereka ini berjuang bukan utk peribadi. Sebaliknya utk bangsa (beragama). Manusia perlu membaca supaya berilmu. Apabila berilmu, perjalanan hidup lebih jelas. Tetapi jika diri sudah terjangkit penyakit Waham… Anda bangkai bernyawa…

    • DH Daniel says:

      lebih menakutkan lagi apabila mereka yang berwajahkan Islam yang sebenarnya menjadi sebab perpecahan Melayu-Islam.

Leave a Comment

 

— required *

— required *