PARADIGMA POLITIK BARU

Jakim: Kalimah ALLAH hanya untuk Islam

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengulangi kenyataan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu telah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008.

“Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Othman berkata, kalimah Allah merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah dan oleh itu umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.

Katanya, sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama Islam, umat Islam dan rakyat Malaysia.

“Semua pihak seharusnya memaklumi bahawa kes berkaitan penggunaan kalimah Allah yang bermula pada tahun 2009 yang lalu masih belum selesai dan masih dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

“Oleh yang demikian membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam bible Bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah sendiri dan bersifat ‘subjudis’”, katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia bertanggungjawab memberi sepenuh kebebasan kepada mahkamah untuk membuat penghakimannya dan Jakim berpegang kepada semangat patuh kepada undang-undang sedia ada iaitu biarlah mahkamah membuat keputusan yang benar-benar adil dan mengambil kira keharmonian semua kaum dan agama di negara ini.

Katanya, tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan pendapat sendiri dan mendahului mahkamah dan mengkucar-kacirkan keharmonian antara kaum dan agama demi meraih keuntungan politik sempit amat dikesali.

Justeru, JAKIM menggesa semua pihak supaya kembali menghayati semangat kedaulatan undang-undang yang dilaung-laungkan selama ini untuk memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus terpelihara dan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Semua pihak harus menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang bermatlamat untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama,” katanya – Bernama

9 Comments

  1. kiki says:

    Hujah yahudi bahawa kristian tidak layak menggunakan kalimah Allah untuk bible mereka

  2. its me says:

    dlm sehari krg2 kita baca 17x agar kita tdk termasuk dlm golongan yg dimurkai dan yg sesat. dimurkai dlm alfatihah merujuk kpd bangsa yahudi dan yg sesat merujuk kpd org nasrani iaitu kristian. mudah2an solat dan doa kita org islam dimsia ini diredhoi Allah swt maka tentunya penggunaan kalimah Allah ini tdk akan terjadi.

    namun pihak kerajaan khususnya perlulah menangani isu ini dgn cara trbaik demi nama tuhan kita yg maha suci. Ikutkan hati mahu je aku bakar puak2 tu..

    mungkin sudah sampai masanya phk kerajaan mengetatkan lagi undang2 sedia ada bagi menangani isu2 berkaitan Islam agar puak2 ini langsung tdk boleh berbunyi. Kita tak perlu takut apa2 pun, ini tanah kita ini negara kita dan melayu satu bangsa yg dikurniakan dgn agama Allah ini.. mrk itu siapa? puak yg dimurkai dan sesat!!

    Jgn benarkan mrk bawa isu ini hingga ke mahkamah, pertahanan yg baik adalah menyerang bkn dok tunggu dlm kubu. Ayoh JAKIM & UMNO, kuasa ditangan kamu herdik mrk, tolak mrk, letakkan satu tanda noktah yg besar dan berhenti mengugat akidah dan kesucian agama diperkotak katikkan spt mana mrk buat kpd puak drh hijau. Inilah bezanya UMNO dgn hijau.. Kita bkn puak yg asyik bersorak ttg Islam, kita bukan puak yg asyik bertopengkan Islam, tunjukkan kitalah puak yg memartabtkan dan melaksanakan Islam. Kita jaga dan suburkan islam dinegara ini..

    satu lagi next yr kita tak yah lah sambut tahun baru masehi ni dgn besar2an tak de pekdah pun.. ini sumer cara golongan yg Allah murka, buat apa kita nak ikut. Islam ada thn kita sendiri, kita sambutlah tahun baru kita sendiri dgn meriah agar generasi akan dtg lebih berterimakasih dgn kita.

  3. Matt says:

    Isu ni dibangkitkan oleh dap supaya org lupa keburukan parti tersebut yg terdedah baru2 ni..

    Keburukan parti tu yg terdedah baru2 ini ialah org melayu tk menang satu habuk dlm pemilihan parti dap dan kedua dua babi ngoh dan ngeh dapat tanah beribu ekar di kelantan..

    Orang melayu Islam kena ingat benda ni sampai mati.. Melayu tak lupa lagi..

    • Anwar Ibrahim says:

      Ini ternyata suatu konspirasi UMNO untuk menjatuhkan aku sebagai PM. Mereka hasad dengki dengan kejayaan aku sebagai lulusan ijazah am Pengajian Melayu yang berjaya sampai tahap Shakespeare IMF World Bank. Nantilah aku jadi PM selesai semua masalah. Tunggu aku jadi PM selesai semua masalah.

  4. Wahab says:

    Cakap saja tak guna. Sekarang apa tindakan yang boleh diambil terhadap si bangsat bangsat yang mencetuskan hal ini?

    Atau JAKIM tidak ada kuasa? Siapa yang ada kuasa? Orang mempermainkan ugama islam tidak ada siapa yang boleh buat apa apa?

  5. DH Daniel says:

    apa ni awang, kira kepala hotak JAKIM shj. Kepala hotak puak liberalis tak kira?

  6. kiki says:

    ISA dah x der….apa boleh nak buat

  7. awang says:

    Kepala hotak ko le JAKIM, cakap je lebih tapi penakut, Islam adalah agama persekutuan Malaysia, sesiapa yang mempersoalkan ISLAM perlu dikenakan tindakan undang2 tapi semua ULAMA2 dalam Jakim tiadak telor, penakut…..

Leave a Comment

 

— required *

— required *