PARADIGMA POLITIK BARU

Penutup Tirai 2012 : Ezam Konsisten Dakwa Anwar Biseksual

AIDCNews – 31/12/12 – “Salam perjuangan..Ya, saya akan terus konsisten perangi seorang biseksual yang bercita-cita mahu jadi PM,”kata Senator Ezam Mohd Nor melalui pesanan ringkas ketika diucap tahniah di atas semangatnya yang konsisten terus mendedahkan kes salah laku seksual bekas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya baru tiba dari luar negara. Terima kasih atas dorongan,”katanya lagi.

Ketika  Karpal Singh mengulangi pendirian partinya mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri (PM), Ezam mencabar Pengerusi DAP itu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat seperti direkodkan di dalam hansard di Parlimen pada Oktober 1997 iaitu menuduh Anwar seorang pengamal homoseksual.

“Karpal perlu buat perkara ini jika mahukan Anwar jadi calon Perdana Menteri.

“Jika tidak, maka nyata (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang yang layak jadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13,” katanya

Menurutnya, sentimen Melayu-Islam menolak sama sekali seorang yang didakwa berkaitan dengan aktiviti seks songsang menjadi PM.

Pada April 2012, Ketika Anwar mahu menyaman Datuk S Nallakarupan yang mendakwanya sebagai seorang biseksual, Ezam sekali lagi tampil ke hadapan.

“Apa yang Datuk Nalla sebut ini bukan perkara baru,” katanya yang memaklumkan tuduhan yang sama pernah dilakukan oleh Karpal Singh dalam parlimen pada tahun 1997.

Meneruskan hujahnya, Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar dan bekas Ketua AMK memberi bukti tentang keputusan kes liwat I, Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

“Bukti yang paling jelas adalah keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004, 2 September 2004. Saya masih ingat lagi pada masa itu, saya berada di sebelah beliau (Anwar).

“Mahkamah Persekutuan 2004 yang membebaskan beliau..tetapi dalam penghakiman bertulis yang ditulis oleh ketiga-tiga hakim menyatakan dengan jelas mengatakan Anwar adalah pengamal homoseks,” kata Ezam.

Menurutnya, walaupun Anwar pernah berjanji mahu membatalkan frasa ‘pengamal homoseksual’ yang terkandung dalam penghakiman bertulis hakim 2004, namun sehingga kini, Ketua Umum PKR itu tidak pernah memfailkan permohonannya untuk membuang frasa tersebut.

“Persoalan saya, mengapa tidak ada tindakan dibuat oleh Anwar, semenjak tahun 2004 untuk membersihkan nama dia atau mencari kebenaran dan keputusan yang dibuat secara jelas menyebut bahawa dia adalah pengamal homoseks.

“Saya masih ingat pada masa itu (semasa pembebasan Anwar 2004)…beliau membuat kenyataan secara umum dan secara peribadi kepada saya..saya minta dia (Anwar) beri penjelasan..untuk meminta peguam-peguam dia failkan di mahkamah untuk membuang frasa itu (frasa pelaku homoseksual)..untuk menunjukkan dia bukan pengamal homoseks yang dinyatakan oleh ketiga-tiga hakim di mahkamah.

“Itu tahun 2004, sekarang tahun 2012, sudah lapan tahun, mengapa Anwar tidak membuat permohonan tersebut. Walhal dia kata dia nak buat, (tetapi) dia tidak buat.

“Dia tidak buat sebab apa ? Sebab dia tahu, kebenaran tidak berpihak kepada beliau,” katanya.

Ezam membuat dakwaan terbuka menuduh Anwar Ibrahim biseksual pada tahun 2011, ketika diwawancara Majalah Tempo, Indonesia.

“Pertama, saya mencurigai ketika isterinya, Wan Azizah, terlalu cemburu apabila Anwar dekat dengan laki-laki. Ini menjadi turning point, dan (selepas itu) saya membuka, mengkaji semula kesnya, dan setelah itu saya yakin dia melakukan perkara itu.

“Kalau saya baca lagi keputusannya, dari tiga hakim, dua membebaskan, satu tidak. Tetapi, ketiga-tiganya sepakat bahawa telah terjadi aktiviti sodomi, masalahnya atas dasar suka sama suka, jadi tidak boleh dihukum. Tapi, sodomi itu terjadi” kata Ezam kepada kepada Yosep Suprayogi, Andree Priyanto dan Poernomo G. Ridho dari majalah Tempo di Jakarta.

Namun ketika Anwar berkunjung ke Jakarta, majalah yang sama bertanyakan kembali kepada Ketua Pembangkang berkenaan dengan dakwaan bekas orang kanannya itu.

Anwar berkata Ezam berkata demikian kerana diupah UMNO dan ketika ditanya adakah beliau bersedia menyaman bekas orangnya di mahkamah di atas tuduhan itu, Anwar berkata beliau enggan menyaman Ezam kerana mendakwa mahkamah Malaysia tidak telus.

Dalam masa sama Anwar turut menyelar Majalah Tempo kerana telah memberi ruang kepada bekas orang kanannya untuk tuduhan tersebut.

Anwar Biseksual : Mahkamah Benar Nallakaruppan & Utusan Kekal Pembelaan

Ezam : Bukan Mudah Saya Tinggalkan Anwar, Saya Lakukan Hampir Segala-galanya..

Ezam : Kalau Boleh Buat Rumah RM7 juta, Apakah Duit Jadi Persoalan ?

3 Comments

  1. palut says:

    Dato Seri,

    Kalau DS dapat jadi PM, apa perkara pertama yang DS lakukan?

    Terima kasih.

    PALUT (PAPA LUAR TABI’I)

  2. Laksa Johor says:

    Semoga Allah lindungi kita daripada berPMkan seorang peliwat tegar, penzina pelacor/ bini-bini orang. Aamiin……

    • Anwar Ibrahim says:

      Ini ternyata suatu konspirasi UMNO untuk menjatuhkan aku sebagai PM. Mereka hasad dengki dengan kejayaan aku sebagai lulusan ijazah am Pengajian Melayu yang berjaya sampai tahap Shakespeare IMF World Bank. Nantilah aku jadi PM selesai semua masalah. Tunggu aku jadi PM selesai semua masalah.

Leave a Comment

 

— required *

— required *