Mesyuarat Khas 2010 : PAS Sokong Kalimah Allah Beri Pada Kristian ?

AIDCNews – 28/12/12 – Ketua Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa semua kompenan PR termasuk PAS telah bersetuju memberikan kalimah Allah kepada penganut Kristian dalam mesyuarat khas pada tahun 2010.

“Isu ini telah diselesaikan. Kami bukan sahaja telah mengadakan mesyuarat tetapi membahaskan dalam perbincangan mengenai subjek ini, dan merujuk kepada teks, termasuk teks Al-Quran.

“Kini ia telah ditimbulkan semula, ia akan memerlukan mesyuarat segera,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Portal itu turut mendakwa pada mesyuarat khas 2010, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut bersetuju membenarkan kalimah Allah kepada Kristian sebagai menghormati prinsip kebebasan beragama dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut laporan Agendadaily, pada malam Isnin, 4 Januari 2010, Lajnah Politik PAS Pusat telah bermesyuarat lebih dua jam di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur untuk membincangkan satu agenda sahaja iaitu ‘Penggunaan nama Allah’.

Mesyuarat itu disertai oleh 25 orang pemimpin termasuk Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad.

Hadir sama mempengerusikan mesyuarat tersebut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama Timbalan Presiden PAS Nasharruddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan dua orang Naib Presiden, Salahuddin Ayub serta Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

Pas sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Pas memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

”Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah”.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Sementara itu pada tahun sama, blog drhalimahali turut melaporkan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian.

7 Responses to “Mesyuarat Khas 2010 : PAS Sokong Kalimah Allah Beri Pada Kristian ?”

  1. antibebal

    Jan 06. 2013

    Sekarang ni dah ada berita Mat Sabu keluarkan arahan supaya kalimah Allah bolih digunakan olih Gereja Katolik !!! Mat Sabu ni mmg gila apa dia tak tahu ke pihak gereja Keristian semenjak dulu lagi memang mengakui Tuhan (Biblical God) mereka yg tak bernama tu ada anak namanya Jesus. Tak percaya tanyelah mana-mana paderi Keristian yg anda kenal.

    Bila Mat Sabu bagi pihak PAS merestui pengunaannya kalimah Allah mengantikan tempat Tuhan didalam kitab Bible Keristian itu sekarang bererti Tuhan yg tak bernama itu yg kini dikenali sebagai Allah dah ada anak pulak ? Apa macam tuan-tuan semua boleh terima dan bersetuju ke dgn ulamak besar PAS si Mat Sabu ni?? Dia mungkin lebih takut kehilangan sokongan Tok Pekong Guan Eng dan undi pihak Keristan menjelang PRU13 berbanding dgn dosa syirik dgn Allah agaknya !!!

    Apakah dia tak kisah menganggap Allah kini ada anak setarap dgn manusia dan haiwan? Bayangkan Allah ada anak !!! Itu bukan confuse lagi tu, itu super confuse. Nak pinjam ayat P. Ramlee, kecik-kecik tak nak mampos !!! Dah besar menyusah dan menyesatkan orang !!!Apakah matlamat Mat Sabu PAS mampu menghalalkan cara? Apa dia ingat Pencipta kita cuma sekadar nama sahaja dan tidak wujud utk “menegur” kita semua ke? Mari kita lihat jawapan Allah tentang hal ini, ingatlah bahawa Allah lebih advance pengetahuannya dari kita semua. Ingin lihat buktinya teruskan membaca ye?

    Mat Sabu tak tahu ke Allah sudah keluarkan amaran berikut lebih 1400 tahun dulu sebelum kita semua dilahirkan di dunia ini?

    Surah Mariam ayat

    19:89 Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
    19:90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap
    19:91 Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
    19:92 Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.

    Inilah jawapan dari Allah sendiri terhadap pemimpin PAS yg mengaku memperjuangkan Islam sedikit masa dahulu.

    Sungguh tajam sindirin dan amaran yang Allah sudah berikan sejak lebih 1400 tahun dahulu, tetapi masih “relevant” sepanjang zaman tuan-tuan semua !!! Tidak kah ini menunjukkan Allah Maha Melihat semua perbuatan hambanya dari dahulu hingga ke masa akan datang ? Kalau anda rasa Allah memang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui patut kah kita tunduk dan setuju dgn Mat Sabu supaya pihak Gereja Katolik bolih guna nama Allah utk bible bahasa Melayu mereka? Bolih kah kita bersetuju dengan Mat Sabu gila kuasa ini untuk memudahkan agenda gila pihak Keristian?

    Fikir-fikirkan lah sebelum membuat kesilapan yg besar ye. Bukankah kita patut kuburkan sahaja parti PAS ini menjelang PRU13 ini? Ingatlah baik-baik saudara-saudari yang mengaku Islam, menjelang PRU13 ini sebarang sokongan yg di beri kepada mana-mana parti samada PAS, PKR atau pun DAP. Bererti kita pun menyokong dan bersetuju dgn gereja Katolik bahawa Jesus adalah anak Allah!! Nauzubillah !!

    Jangan kata tuan-tuan semua tidak ada orang yg memberi peringatan ye !!!

    Reply to this comment
  2. Syafie

    Jan 02. 2013

    Saya sebagai warga singapura dengan perspektif atas pagar berasa marah. Kenapa harus benarkan kristian menggunakan kalimah Allah? Saya sedih dengan politik malaysia yang menyesatkan ini. Ini adalah satu tamparan buat umat kita. Kalimah Allah diambik mudah. Mana identiti malay-muslim malaysia yang saya selalu kagumi? Jgn jadi mcm negara saya. Umat islam kami selalu diperkecilkan. Bagi pendapat saya BN mampu membawa malaysia ke tahap lebih tinggi dengan tidak memperlekehkan agama kita.

    Reply to this comment
    • itsme

      Jan 02. 2013

      tkasih syafie, sedari dulu lg Allah sdh menjadikan syurga dan neraka, masalah paling ketara di Msia mungkin, semua org boleh bercakap ttg Islam walaupun yg kurg berilmu. Lebih2 lg apabila ada puak2 yg sanggup menjual agama bagi memenuhi sikap rakus kuasa yg tdk boleh dibendung. Setiap pembuluh darah mrk dipenuhi iblis dan nafsu yg bergelojak dan tdk pernah bersyukur.

      Reply to this comment
  3. berita dari gunung

    Dec 31. 2012

    Kita sangat berharap tidak ada risalah / artikel / majalah / buku / drama / dokumentari media yang ada catatan seperti ini.

    1. Allah ada anak, namanya Isa
    2. Jemputan seminar – mengenal Allah yang maha Esa
    Tempat: Hall A, Hotel Adriana
    Penceramah: alfonso de albuqarque
    Datanglah beramai-ramai

    Wallahualam

    Reply to this comment
  4. silver account

    Dec 31. 2012

    Sebaliknya falsafah Wahdatul Wujud adalah fahaman yang berpegang kepada prinsip “tiada yang wujud kecuali Allah” atau disebut “kesatuan yang wujud”. Falsafah ini bukan sahaja mengesa atau menunggalkan Allah tetapi ia menunggalkan seluruh alam hingga menjadi satu dengan Allah. Dari sinilah lahirnya prinsip Wahdatul Adyan yang akhirnya menunggalkan semua agama kerana semuanya dikatakan lahir dari sumber yang satu. Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dan lain-lain tidak boleh dinafikan kerana semuanya datang dari sumber yang tunggal. Inilah sebenarnya keyakinan Manji tentang “Ketunggalan”, ia bukanlah Tauhid Islam tetapi falsafah Wahdatul Wujud seperti yang terkandung dalam karya-karya pemikir mistik muslim Barat seperti Rene Guenon (Abdul Wahid Yahya) dan Frithjof Schuon (Isa Nuruddin Ahmad). Karya-karya mereka ini, khususnya Schuon dengan bukunya The Transcendent Unity of Religions sangat sarat dengan pemikiran-pemikiran atau gagasan-gagasan yang menjadi inspirasi dasar bagi tumbuh kembangnya wacana pluralisme agama.

    Reply to this comment
  5. Amin

    Dec 30. 2012

    PAS bukan hanya diliwat oleh siSetan Anwar Ibrahim, sekarang telah dirogol pula oleh Lim Guan Eng.

    Jadi cerita sekarang PAS sudah jadi pelacur Pakatan Rakyat, habis dua melacurkan Ugama Suci Allah swt.

    Ulamak2 PAS tunggu sahajalah bala’ utk anda semua!

    Reply to this comment
  6. sman

    Dec 29. 2012

    Memang Parti Ajaran Sesat ni sekarang dah tak bermaya,lunyai di ‘rogol’ oleh LGE dan al Jubori.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE