Anwar Biseksual : Misteri 10 Nama…

Mahkamah Tinggi membenarkan Presiden Parti India Malaysia Senator Datuk S.Nallakaruppan dan dua lagi mengekalkan hampir semua penyataan dalam pembelaan bagi kes saman fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka.

Nalla dalam pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang merangkumi lelaki dan wanita bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Antara yang dinamakan di dalam dokumen tersebut ialah Shamsidar Taharin, Norlaila Abdul Majid dan Soma Rodrigo @ Anne.

Selain itu ada juga nama Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan, Dr Munawar Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi, Hairani Mat Nafees dan seorang bernama Rashid.

Vazeer Meera membuat keputusan sedemikian dalam permohonan Anwar yang difailkan pada 2 Ogos lalu untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Nalla dan Utusan.

Nalla dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd serta Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu Datuk Abdul Aziz Ishak mengemukakan pembelaan justifikasi, perlindungan bersyarat serta komen yang adil, dan mereka bergantung kepada sebahagian pendapat majoriti dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan bagi kes liwat Anwar pada 1998.

Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera hanya membenarkan Anwar membatalkan pembelaan justifikasi yang dikemukakan defendan.

Sementara itu, Peguambela Nalla, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pihaknya tidak akan memanggil individu-individu yang disebut namanya seperti Shamsidar Taharin dalam pembelaan kelak, sebaliknya anak guamnya itu akan memberi keterangan berdasarkan apa yang dilihat.

Tambah peguam tersebut, sekiranya plaintif ingin menyangkal apa yang dinyatakan oleh Nalla itu maka Anwar yang perlu memanggil individu-individu terbabit untuk menafikannya.

Pada 26 Mac lepas, Anwar memfailkan saman terhadap defendan berhubung perkataan Nallakaruppan, yang didakwa fitnah dan mencemar nama baiknya, yang disiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.

Penyataan tuntutan Anwar mendakwa perkataan berunsur fitnah yang terkandung dalam artikel itu adalah palsu, tidak berasas dan disiar dengan niat jahat.

Selain ganti rugi am sebanyak RM100 juta, Anwar menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Mahkamah Tinggi menetapkan 18 Jan untuk pengurusan kes saman itu – Agendadaily

10 Responses to “Anwar Biseksual : Misteri 10 Nama…”

  1. Omegakumana Jijahoi

    Jan 01. 2013

    Senarai saksi2 mmg mengemparkan dan amat relevan kerana ada yg pernah muncul dalam kes liwat 1 yang menyaksikan Anwar bersalah. Cuma saya harap prosiding ini dipercepatkan lagipun ini kes saman Anwar, jika proses berjalan cepat ini sepatutnya jadi advantage kepada Anwar. HEHEHEH. (troll mode)

    Reply to this comment
    • itsme

      Jan 01. 2013

      kalu klh gak pecat je IO yg buat kerja x siap.. ngan lawyer sekali wat penat org turun naik court, duit gaji depa bagi anak yatim lg pekdah..

      Reply to this comment
  2. Anonymas

    Dec 30. 2012

    Soma Rodrigo? Soma Rodrigo? Siapa ya Soma Rodrigo ni, saya tertanya-tanya dibuatnya.

    Reply to this comment
  3. Lim Lynn

    Dec 29. 2012

    Reply to this comment
  4. its me

    Dec 28. 2012

    china doll dah pass omega kat bapak ayam ler.. nuar patut p soal bapak2 ayam yg ada dmsia ni, sape yg dh ‘terambik’ dia nya omega. bkn susah pun, dia org kan geng baik..

    Reply to this comment
  5. usin lempoyang

    Dec 28. 2012

    Terima kasih kepada Tun M. Kalau lah Tun M tidak pecat Anwar dahulu..tentu lah ‘rahsia’ semua penama-penama tersebut akan tetap tersimpan rapi dalam spender Anwar. Lebih membimbangkan..mungkin sahaja jumlah penama-penama baru akan semakin banyak sehingga tak muat lagi dalam spender Anwar..

    Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri. Malah Anwar tidak layak untuk menjadi pemimpin kepada keluarga (lain lah kalau ahli keluarga sendiri pun memang jenis yang sama, tidak bermoral, kerana sanggup berayahkan/ berlakikan seorang manusia yang sarat dengan masalah moral dan akhlak)..

    Reply to this comment
  6. basry

    Dec 27. 2012

    Besar juga rangkaian Anwar ini. Ada Shamsidar Taharin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan, Dr Munawar Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi, Hairani Mat Nafees dan seorang bernama Rashid..
    Apa dia buat dengan nama-nama di atas tersebut..?

    Reply to this comment
    • Anwar Ibrahim

      Dec 27. 2012

      Apa yang kamu dengki ni Basry? Adakah UMNO telah mengupah kamu? Tidakkah kamu tahu bahawa aku ini lulusan am Pengajian Melayu yang telah mencapai tahap tinggi Shakespeare dan World Bank? Nantilah aku jadi PM selesai semua masalah. Tunggu aku jadi PM selesai semua masalah.

      Reply to this comment
  7. sman

    Dec 27. 2012

    Memang Anwar terjerat teruk.Peguam Muhamad Shafie: ‘…..sekiranya plantif ingin menyangkal apa yg di nyatakan oleh Nalla,itu maka Anwar lah yg kena memanggil individu-individu terbabit untuk menafikannya’

    Reply to this comment
  8. HAMSOR

    Dec 27. 2012

    KELAKAR sehhh…nama semua tak boleh blah..apa2 hal pun Chinadoll tu tak nak panggil ker? mana la tau kan, maybe Nuar boleh dapat balik jam OMEGA dia…hehehe

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE