PARADIGMA POLITIK BARU

Usaha Menggulingkan Presiden Morsi Bukti Kegagalan Arab Spring

AIDCNews – 08/12/12 – “Hari itu, engkau memberontak, hari ini orang memberontak dekat engkau. Kita akan mendapat hasil apa yang kita buat,” kata Ustaz Idris Sulaiman ketika diminta mengulas isu terbaru kemelut politik Mesir yang tidak kesudahan sampai sekarang ini.

Kelmarin, penyokong Presiden Mohammed Morsi dan pembangkang bertempur di luar istana presiden menyebabkan Morsi terpaksa keluar dari kediaman rasminya.

Awal minggu lalu, pertempuran di luar istana menyebabkan lima maut dan beratus-ratus yang lain cedera.

9 Comments

  1. Hamba Allah says:

    Tidak mustahil apa yang berlaku di Mesir sekarang disebabkan adanya campur tangan yang tidak disedari atau dilihat oleh penduduk Mesir itu sendiri malah masyarakat Islam seluruh dunia. Kita sendiri dapat lihat keadaan ini juga berlaku di negara-negara islam yang lain seperti apa yang berlaku di Libya. Maksudnya kejahatan Dajjal atau fitnah Dajjal yang ingin masyarakat islam sentiasa berperang, memberontak sesama sendiri. Sesungguhnya, perubahan yang dibawa oleh Presiden Morsi untuk menjadikan Mesir sebagai negara yang berlandaskan Islam sebenar dibimbangi oleh yahudi Zionis dan sekutunya. Oleh sebab itu, mungkin bermacam-macam agenda telah dirancang oleh campurtangan ini untuk menjadikan masyarakat Islam sentiasa porak peranda..apa yang amat menyedihkan apabila kejatuhan sesebuah negara itu baru kita sedari disebabkan perancangan yang licik oleh pemerintahan Amerika dan Israel. Sebagaimana kewujudan Osama Laden ciptaan pemerintahan Amerika yang berjaya mmenjatuhkan Afghanistan.

    Semoga umat islam seluruh dunia ini sedar…Amin

  2. Ana says:

    Hosni Mubarak memerintah secara kuku besi & diktator, ketua tentera Mesir selepas Anwar Sadat. 30 tahun jadi Presiden Mesir, demokrasi dinafikan, majoriti Rakyat Mesir miskin, keluarga Presiden & kroni kaya raya. Salah ke Rakyat memberontak gulingkan pemerintah yg zalim? Hosni sekutu kuat Israel & Amerika, yg bersekongkol dgn Israel menutup sempadan Mesir / Gaza, menjadi penjara terbuka terbesar? Salah ke guling Hosni yg zalim kpd penduduk Gaza? Presiden Morsi dipilih melalui proses pengundian secara demokrasi, bukan secara kekerasan. Beliau dipilih oleh suara majoriti Rakyat Mesir secara sah. Demokrasi masih baru di Mesir. Morsi mewakili suara Ikhwanul Muslimin yg mahukan keadilan & kebebasan utk Rakyat Mesir. Masih terdapat golongan secular di ketuai Muhamad Al Baradei, kiri, pro Hosni, & minoriti, yg tidak bersetuju dgn Dekri Terbaru Morsi yg membuat perintah sementara utk kuasa Presiden tidak dicabar oleh Mahkamah dlm membuat referendum perlembagaan baru Mesir. Perlembagaan yg digubal oleh Ahli Parlimen sebelum ini telah dibatalkan oleh tentera semasa Tantawi belum di bersarakan Morsi. Mesir belum ada perlembagaan baru selepas Hosni digulingkan, tujuan Morsi utk menjaga demokrasi dgn wujudkan perlembagaan yg baru & kuasa Parlimen menggubal, jika tidak ia mungkin dibatalkan lagi, kali ini oleh Hakim & Mahkamah yg dikuasai pihak pro Hosni . Pihak secular bimbang kuasa Presiden boleh wujudkan diktator baru & kuasa Morsi jadikan Mesir negara Islam & undang-undoing Islam. Hakim & Mahkamah masih dikuasai golongan Pro Hosni. Pertembungan Rakyat yg menyokong Morsi & golongan Secular yg menentang Morsi adalah kerana pertembungan ideology Islam & secular. Demonstrasi yg menentang Morsi bukan bermakna Morsi melakukan kezaliman seperti Hosni kpd Rakyat Mesir, malah beliau menganjurkan dialog utk semua fraksi golongan termasuk belia demokrasi utk membina Mesir yg baru. Saya tak setuju dengan Ustaz Idris Sulaiman, hari itu engkau memberontak, hari ini orang memberontak kat engkau’ terlampau simplistic.

    • Karl says:

      ana,

      Awak duduk Mesir ke? Setakat ni takda 1 pertubuhan pun yang tak mengaku “memperjuangkan keadilan” dan sebagainya. Waima israel zionis pun menggunakan alasan sama untuk membantai palestin. Kalau kita raikan pemberontakan, maka jangan terkejut kalau orang lain memberontak kat kita. Itu je. Itu pasal la Nabi Sulaiman diutuskan bukan untuk menjatuhkan Firaun, tapi untuk mengajarkan tauhid.

      Ulama zaman dulu pun walaupun dipenjara, melarang anak2 murid menjatuhkan pemimpin yang memenjarakan mereka walaupun mereka disiksa sebab bersatu dan taat pada pemimpin itu penting.

      Cuba tengok kat Bahrain dulu, pemberontakan syiah nak menjatuhkan pemimpin Bahrain. Diorang pun kata diorang “menentang kezaliman”.

  3. c10 says:

    apa-apa pun, rakyat Malaysia harus berwaspada dengan pengaruh negara luar terhadap Malaysia yang semakin hebat memperdayakan rakyat Malaysia melalui proksi-proksi mereka (para pengkhianat), jangan sampai kedaulatan negara tercinta tercemar …

  4. Idebenone says:

    Rakyat di negara Arab pula sibuk memberontak serta memusnahkan kehidupan sendiri, manakala sebahagian lagi negara di dunia menghadapi perang saudara, pembunuhan etnik, kebuluran dan berbagai-bagai lagi yang mungkin akan dapat diatasi jika kerajaan mereka lebih cekap dan prihatin. Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia walaupun kita hidup berbilang kaum dan berbagai agama.

  5. sal says:

    Memmng betoi la ckp ustz Idris Sulaiman, kalo kita naik cara menggulingkan org,esok2 org akan menggulingkan kita plak..kita dapat apa yg kita buat.

    la ni kedudukan Mesir masih x stabil.

    Jika semua dok ada rasa x puas hati..nk guling mengguling..nanti rakyat yg terguling..hehehe.. sampai bila nk ada kesudahan ni..

  6. abdrahman says:

    Kita perlu melihat dari sudut lain. Tidak salah mengulingkan regim Hosni mubarak kerana kezaliman dan persongkolan mereka dengan Israel dan Amerika.
    Persoalannya apabila negara Mesir sekarang ditabir oleh Ikwan Muslimin, maka Amerika dan Israel tidak akan berdiam diri, lantas NGO-NGO yang mendapat dana dan tajaan mereka sebelum ini digunakan untuk menjadikan negara Mesir tidak stabil. Ianya akan stabil pada pandangan mereka apabila negara itu di perintah oleh Parti sekular yang mengkiblatkan Amerika dan Israel.
    Era tahun 60an hingga 90an CIA digunakan untuk merosakkan sesebuah negara bagi kepentingan mereka, teapi hari ini NGO-NGO ini digunakan.
    Bahayanya NGO-NGO seperti bahaya nya CIA, maka begitu juga di Malaysia perlu disekat lebih awal NGO yang nyata mendapat sokongan dan dana dari luar. Untuk apa orang luar bagi wang jika tidak kerana ada agenda mereka……………bak perpatah berkata……kerana budi badan binasa ….kerana dana negara bencana.

    • sman says:

      Sebenarnya lebih 90% negara di dunia ini membenarkan perubahan pemerentahan setiap 4 atau 5 tahun sekali melalui pilihanraya.Walaubagaimana pun perubahan tersebut haruslah melalui sistem yg di benarkan dan mengelak dari menjadi huru-hara,kerana mudharat huru-hara cukup besar dan sukar di pulihkan.Sebab itu dalam Islam,dakwah adalah unsur utama bagi mengajak maknusia kearah kebaikan,keamanan dan kemajuan.Tidak ada huru-hara yg bakal belaku dalam konsep dakwah.jadikanlah dakwah sebagai cara utk setiap tujuan bagi kesejahteraan umat maknusia.

Leave a Comment

 

— required *

— required *