PARADIGMA POLITIK BARU

Pemilikan Tanah Nik Aziz, Isteri Di Ulu Kelantan Dipersoal

AIDCNews – 30/11/12 – Menteri Besar Kelantan, YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak didakwa memiliki tanah milik anak syarikat Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKNIK) di Ulu Kelantan.

Anak syarikat yang dimaksudkan itu adalah Syarikat DAMAI (Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd) di mana PKINK dipengerusikan oleh Nik Abdul Aziz sendiri.

Selain itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Ahli Parlimen Pengkalan Chepa), isteri dan anak serta aktivis-aktivis PAS Kelantan yang lain juga turut didakwa memiliki tanah tersebut.

Pendedahan itu dibuat oleh YB Datuk Haji Md Alwi Che Ahmad, ADUN Ketereh dalam Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) semalam.

“Lot no 51, kawasan Relai, nilai pada tahun 2000 adalah RM40,000, pemiliknya ialah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kawasan Lojing 1, Lot no 29..pemiliknya Tuan Sabariah Tuan Ishak..Datin..isteri dia,” katanya.

Mynewshub turut menyertakan dokumen pendedahan Alwi itu dengan menyebut bekas Timbalan MB Kelantan, Ab Halim Ab Rahman memperolehi tanah bernilai RM 35,000.00 pada 9 Disember 1997, tanah Lot No.33 dari kawasan Lojing 1, dan memperolehi tanah percuma di Lot No.99 bernilai RM45,000.00 dari kawasan Relai pada 18 Disember 2000.

Isteri Ab Halim iaitu Aminah Bt Abdullah juga memperolehi tanah di Lot No. 100 yang nilaiannya ialah RM45,000.00 manakala anaknya pula, Adlina Bt. Ab Halim memiliki tanah di Lot No.105 yang bernilai RM45,000.00.

Menurut laman itu, pada asalnya, kesemua lot tanah di atas merupakan sebuah kawasan balak, selepas segala kayu kayannya dibalak, lot-lot tanah itu kemudian berpindah milik kepada penama-penama di atas.

12 Comments

  1. gembo says:

    nak dekat PRU13 ni terbongkar lagi.

    itu la, siorng ni suka sangat mengutuk dan hina orang, last2 diorng sendiri yang buat. soal nilainya rendah atau tinggi, itu bukan soal.

    soalnya, orang lain buat kau marah. tapi korang sendiri buat?

    eh FAK AP lah.

  2. Aza says:

    Aku nak bagi tahu sikit perkara tanah ni biasa jer untun wakil rakyat PAs kelantan,bukan perkara besar…periksa la wakil rakyak pas yangterdekat..kalau bukan tanoh ,ada lah lot kedai mana-mana..rakyat biasa nak dapat tak tahu lah nak mohom macam mana..tapi untuk YB insyaalah ada..ini lah permainan demo di kelantan.Aku juga tak tahu kalu-kalu pemyakit ini ada pada YB umno…cuba cek jugak lah..tak adil pulok..YB Pas kena chek..YB UMNO terlepas pulok..yan aku kesian nya rakyat kampung yang ada skit duit nak jugokkktetapi tak dapat peluang…Semua di sbat oleh orang ats angin..

  3. norm says:

    aku tak kisah klu sesapa nak ambik tanah tu.. sikit atau banyak….yg aku kesah adalah bila ” ko ambik tp ko marah org lain yg ambik jugak ”

    prinsip aku ” klu ko marah org lain pakai selipar,,,MAKA,,,ko kena marah jugak klu kawan ko pakai selipar ,,,DAN,,,ko jugak jgn pakai selipar “

  4. Ana says:

    Kalau ada peluang saya nak juga satu lot, tapi saya bukan Rakyat & anak Kelantan, tak dpt peluang, tanah bekas hutan balak ulu Kelantan. Kalau ikut lot nombor tanah lot di Relai, Lot 51 utk Nik Aziz, isteri dia lot 29, Bekas Tim MB lot no 33 di Lojing 1, tahun 97, lot 99 di Relai tahun 2000. pendedahan Datuk Alwi menggambarkan mereka semua tak tamak & mengambil hak sekadar yg berhak sahaja. Kalau saya jadi MB, kalau tanah bekas hutan balak jauh ke belantara, boleh dipecah beberapa ratus lot, saya ambik semua & tak bagi satu pun kat Rakyat. Sepatutnya Datuk Alwi dedahkan semua lot dari lot 1 hingga lot 99, atau beratus lg milik seorang Nik Aziz & Bekas Tim MB. Kalau dia minta satu lot saja, isteri satu lot, baki beratus lot lagi utk rakyat buat kebun @ dusun, selayaknya sebagai rakyat dia pun dpt satu lot. Kalau saya MB bukan satu lot tanah saya ambik, hasil balak tu pun milik saya. Teringat Almarhum Tunku Abdul Rahman, bila dia berhenti jadi PM selepas 13 Mei krisis, dan diambil alih oleh Tun Razak sbg PM, Tunku tak ada rumah sendiri. Atas Ihsan Kerajaan Persekutuan, kerajaan membeli sebuah rumah utk Almarhum Tunku di Kuala Lumpur dia tinggal hingga akhir hayat. Itu pemimpin UMNO dulu, tiada harta negara diambil. Sekarang, bukan Menteri atau warlords UMNO, anak menteri pun rumah mcm istana, dgn Porsche & Lamborghini. Nik Aziz jadi 20 tahun, rumahnya pun yg sama sejak dulu, tak ada pun yg baru. Datuk Che Alwi, cari lah harta lain atau pun banglo atau saham Nik Aziz setaraf dgn yg dimiliki oleh MB atau pemimpin lain, baru ada ummph utk perhimpuanan agong Umno. Ini tanah kurnia dlm hutan yg semua rakyat biasa pun dpt, apa ke hal nya? Dah tak ade sngt kot harta Nik Aziz nak dikorek & dedah kot.

  5. KubangTaik says:

    kah kah kah!
    aku ingat harga tanah sampai RM40 juta, hanya RM40 ribu bukan sahaja MB boleh beli, penarik beca pun ada kemampuan boleh beli…….
    Nak cari salah orang pun gunalah kepala otak, janganlah guna kepala lutut …

    • sman says:

      nilai je 40,000 tapi dapat percuma,baca tak habis kot.atau takut baca sampai habis.itu perangai org pakatan.takut hadapi kenyataan.

      • Ana says:

        Sman, biasanya tanah hutan yg diteroka atau tanah tinggalan bekas balak sekitar 2 ekar satu lot, ialah tanah kurnia percuma, dipohon melalui pejabat tanah, dan biasanya murah saja premium tanah & proses tukar milik. Sebab tu rakyat biasa yg memohon, orang kaya tak memohon, mereka tak minat utk 2 ekar tanah sbb tanah masih lagi penuh dgn hutan dara, perlu pergi tebas & potong pokok hutan kalau nak buat kebun. Balak besar tak ada dah yg kecil ada lg, tp tak ada nilai komersial. Nilai RM40 ribu tu exaggerated utk hutan dara tanpa hasil & pokok tanaman. Tanyalah evaluer bertauliah, berapa harga? 8-10 ribu saja.

    • xx-pkr says:

      RM40 ribu murah bagi MB, tetapi mahal bagi penarik beca. Sesiapa yang tinggal di kelantan tau penarik beca tidak mampu beli tanah 40k. usahkan nak beli, jual tanah ada lah.

      Tapi itu bukan isunya. Bukan isu jual-beli tanah dari individu kepada individu lain. Itu tanah milik anak syarikat PKNIK. Bukan tanah milik bapa nik aziz atau bapa halim. kalau tanah milik bapa2 mereka sesiapa pun tak kisah kalau nak salin nama.

      Itu tanah milik kerajaan kelantan. Nik aziz MB, dia juga pengerusi PKNIK. Nik Aziz yang luluskan kpd pembalak, lepas dah gondol salin nama pula pada nik aziz, isteri dia & kroni2 dia.

      Itu isunya conflict of interest.

      Bukan isu murah/mahal harga tanah, tak ada buktipun mereka beli tanah2 tu, itu yang jadi isu.

      Kalau beli sekalipun, amanahkah ketua kerajaan yang diamanahkan jaga tanah kerajaan akhirnya mmengambil tanah2 kerajaan menjadi milik peribadi.

      Amanahkah ? Sesiapa yang tinggal di kelantan tau isu ini, balak dan tanah. Kerajaan pas sebelum ini pun jatuh berdasarkan dua faktor ini.

      2004, kerajaan nik aziz bergantung pada satu batu nisan. Orang kelantan tahu apa faktornya. Balak & tanah juga.

      • anti munafik says:

        sbb itu pentadbiran nik ajis cisss semakin teruk krn mereka tidak ikhlas dan tidak amanah dgn apa yg mereka cakap dan uar-uarkan kpd rakyat semasa berceramah malahan kpd ALLAH SWT sendiri, mamposs ler kome

      • Ana says:

        Kalau Nik Aziz tukar milik semua tanah beratus lot tu atas nama seorang dia saja, saya tak setuju & sepatutnya xx-PKR lapor kpd SPRM. Kalau dia mohon satu lot saja dari beratus lot yg ada , sekitar 2 ekar seorang utk hutan dara kawasan org Asli Lojing, saya bersimpati dgn Nik Aziz, sbb sebagai MB Kelantan 20 tahun, kalau dia mahu, dia boleh ambil beratus lot & beratus ekar tanah di sekitar bandar2 di Kelantan termasuk KB yg jauh lebih mahal & bernilai komersial tinggi. Ini hutan dara kawasan ulu tempat orang Asli, yg orang kaya2 dari UMNO tak minat pun, disitu saja yg Datuk Che Alwi jumpa harta dia ada, saya sngt bersimpati dgn Nik Aziz yg nak buat kebun buahan di situ. Dia sepatutnya dia boleh ambik di sekitar KB yg lebih dekat & lebih mahal.

        • WokYoh Samad says:

          Sapa kata jadi MB boleh ambil tanah negeri sesuka hati bagi kepada anak beranak & isteri? Macam tu ke perangai pemimpin yang nak menegakkan Islam, merosakkan lagi ada la. Btw, kawe ni orang kelantan, dan tak akan halal apapun yang kerajaan Pas ambil untuk bagi kepada anak-beranak pemimpin negeri dengan cara yang tidak betul dan tidak berhak….

Leave a Comment

 

— required *

— required *