Tak Nampak Pun Muka Melayu

Helen Ang – Hannah Yeoh dilantik Ketua Wanita dalam barisan exco DAP Selangor yang terbaru.

Jawatankuasa Wanita DAP Selangor

Pengerusi: Hannah Yeoh
Timbalan Pengerusi: Lee Kee Hiong
Naib Pengerusi: Prema a/p Arasan
Naib Pengerusi: Kasthuriraani a/p Patto
Setiausaha: Chang She-Yun
Penolong Setiausaha: Evelyn Gan Teng Ping
Bendahari: Loh Jean Cheah
Penolong Bendahari: Dorothy Cheong Chye Wah
Setiausaha Organisasi: Lee Shim Moi
Setiausaha Publisiti: Kwi Ai Mei
Pengarah Pendidikan Politik: Buvaneswary a/p Balasubramaniam
AJK:
Teo Nie Ching
Tiew Way Keng
Chia Siu
Law Suet Peng

Barisan Malaysian First yang tidak mengenal warna kulit

 

Lee Kin Hiong di perarakan Himpunan Hijau baru-baru ini

 

Semua Kristian

Timbalan Ketua Wanita DAP Selangor baru Lee Kin Hiong (gambar atas)merupakan seorang politikus yang rapat dengan puak Dinasti Lim.

Nampaknya Pegawai-pegawai Khas (yang sekarang dan yang lepas) kepada Hannah Yeoh – iaitu Edward Ling, Reuben David, Rajiv Rishyakaran, Timothy Ho, Edward Yap, Ken Chia – adalah orang Kristian belaka.

Adakah yang menganuti agama Kristian akan diberi kelebihan di bawah pemerintahan mutlak DAP-Pakatan kelak?

The Star melaporkan Rajiv Rishyakaran (Pegawai Khas Hannah Yeoh) pertama kali mengenali politikus evangelis DAP itu di Grace Church Shah Alam.

(Nota: Hannah Yeoh menjelajah ke rata-rata semua gereja, masjid dan surau di Selangor dan Subang Jaya. Sampai Gereja City Harvest Subang Jaya pun ada menjemputnya sebagai tetamu kehormat.)

Di atas pentas Subang Jaya City Harvest Church

 

Banyak terima kasih, Star

Hannah Yeoh sebenarnya amat terhutang budi kepada The Star yang telah bertungkus-lumus berkempen supaya namanya sering tampak di media. Contohnya, hari ini pun ada disebut Hannah Yeoh di dada akhbar itu di samping semalam pun ada.

Bukan sahaja Hannah diberi banyak ruang malah Pembantu Khas Hannah, iaitu Rajiv – yang dilantik menjadi kausilor Majlis Perbandaran Subang Jaya beberapa penggal – juga banyak diberitakan oleh The Star.

The Star mempromosi kumpulan ‘personality cult‘

Akhbar The Star tidak pernah mempertikaikan amalan kronisme yang ketara apabila beberapa orang Pembantu Khas Hannah Yeoh seperti Edward Ling dan Ken Chia selain Rajiv boleh dilantik menjadi kaunsilor MPSJ.

Sebaliknya rencana-rencana yang disiarkan oleh The Star adalah berbentuk positif / puji-pujian semata-mata dan tidak pula berunsur kritis atau mencabar terhadap para evangelis kesayangan suratkhabar tersebut.

The Star memaparkan sejumlah 126 rencana yang mewawancara/memetik Pembantu Khas Hannah Yeoh, Rajiv Rishyakaran (juga kaunsilor MPSJ), termasuk ada sebuah rencana hari ini (lihat screenshot, bawah).

Sejak bila seorang kaunsilor DAP – dia bukan Menteri, bukan Ahli Parlimen, bukan Adun, bukan ketua parti, dan berbanding kaunsilor-kaunsilor yang lain – mahu diberikan tumpuan yang sebegini berat oleh The Star?

Nampak macam ada agenda Kristian di Star

Orangramai wajar bertanya sama ada akhbar The Star mempunyai agenda Kristian.

Orangramai, terutamanya kaum Melayu, harus berwaspada memandangkan tekad akhbar tersebut dalam mempromosi puak evangelis DAP.

Pihak-pihak penguatkuasa agama Islam bukannya tidak mengetahui bahawa wujud gerakan untuk memurtadkan orang Melayu-Muslim – baca ‘Makin ramai Melayu murtad, kata sebuah stesen TV Kristian’.

Soalnya, adakah kecenderongan The Star dalam mempromosi citra Kristian akan memberi kesan ke atas keterbukaan orang Melayu terhadap evangelis yang Occupy Masjid?

5 Responses to “Tak Nampak Pun Muka Melayu”

  1. Lim Lynn

    Nov 29. 2012

    Sebenarnya, saya masih tak faham kenapa The Star tulis satu kali articles tentang issue Transexual beberapa tahun yang lepas. Dah lama menragui sumber yang digunakan oleh The Star.

    Reply to this comment
  2. ron95

    Nov 29. 2012

    seperti kata Tunku Aziz ” DAP is whole Chinese party” hanya topeng saja baru saja dia bukakannya.

    Reply to this comment
  3. HAMSOR

    Nov 29. 2012

    DAP adalah sebuah parti yg paling bagus di Malaysia sebab terima keahlian dari semua kaum, dan berjuang untuk semua kaum di Malaysia…yeah right !!!!

    Reply to this comment
    • ron95

      Nov 29. 2012

      ye la klu tak kristian evangelist tak namanya DAP, apatah lagi pemimpinya mesti cina chauvinis racist cam Hitler!

      Reply to this comment
    • its me

      Nov 29. 2012

      si christian ni masuk masjid pura2 sokong islam, yg si ‘islam’ tu pulak masuk gereja betul2 sokong si kafir.. bangang tuiii la..

      Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE