PARADIGMA POLITIK BARU

Dr Yusri : Kenyataan Nurul Izzah Di Gereja, Rentetan Senarai Kes Panjang..

AIDCNews – 24/11/12 – Kenyataan Nurul Izzah Anwar di Gereja Tabernacle di Subang, 3 November bukan kes terasing, kata Dr Yusri Mohamad, sebaliknya tambahnya lagi merupakan rentetan kes yang panjang menjurus kepada cubaan memurtadkan Muslim di negara ini.

“Senarai yang panjang. Ini bukan satu kes yang terasing. Sebab itu, kalaupun YB Nurul Izzah cuba untuk membetulkan kembali kenyataannya.

“Satu percubaan untuk membetulkan, berbanding dengan satu siri kenyataan-kenyataan dan tindakan-tindakan yang seragam yang menimbulkan keraguan, sangat sukar untuk menyedapkan hati kita,” katanya.

Mengimbau kembali kenangannya semasa menjadi Presiden ABIM ke-6 yang bergelut dengan kes murtad Lina Joy, Dr Yusri berkata kes itu merupakan kes kecil yang sengaja diangkat menjadi kes besar untuk menggugat kedudukan Islam dalam perlembagaan.

“Ketika kes ini dibicarakan, wakil kumpulan Kristian datang dengan pakaian rasminya memberi sokongan setiap hari.

“satu kes kecil individu tetapi diangkat sebagai satu kes besar, cuba untuk merombak peruntukan undang-undang sehingga kes ini sampai ke peringkat tertinggi dalam mahkamah negara kita.”

Menurutnya bantahan permurtadan Lina Joy yang berlaku sebelum Pilihanraya Umum 2008 itu telah mendapat sokongan padu daripada umat Islam di negara ini dan dalam masa masa keputusan Mahkamah Persekutuan juga tidak memihak kepada Lina Joy.

“Malangnya, tidak lama selepas itu, saya melihat di internet, satu rakaman wawancara BBC dengan ayah YB Nurul (Izzah).

“Apabila ditanya oleh wartawan BBC, kalau saudara diberi kuasa, macam mana sikap saudara terhadap keputusan mahkamah yang telah diputuskan baru-baru ini (kes Lina Joy).

“Beliau berkata Mahkamah Persekutuan tidak sepatutnya memutuskan keputusan sebegitu. Dan ditanya lagi adakah Lina Joy ini berhak untuk menukar agamanya, dia (Anwar) menjawab dengan begitu yakin, it is her rights (Itu adalah haknya).

“Inilah sedikit sebanyak telah menjauhkan hati saya (dengannya), walaupun saya bekas Presiden ABIM. Saya Presiden ABIM yang ke-enam, beliau bekas Presiden ABIM yang kedua.

“Kawan tetap kawan, tetapi agama lebih utama dari segala-galanya. Ini bukan isu peribadi, (tetapi) ini isu prinsip”.

5 Comments

  1. Beginilah yg dikatakan terhutang budi. Anwar dpt sokongan puak2 yg selama ini tidak berani bersuara disebabkan perlembagaan Msia menetapkan Islam adalah agama rasmi. Kumpulan ini telah memainkan peranan utk mengangkat Anwar sebg pemimpin dgn menyalur dana dpd puak2 Yahudi. Kuasa akan membuatkan seseorang itu mengenepikan agama tetapi yg peliknya puak kopiah pun sama2 menyokong utk merebut kuasa juga. Golongan ulama yg memahami alam akhieat tetapi tidak belajar tentang dunia tetapi masih bermimpi kononnya mereka layak.

  2. Omegakumanajijah says:

    Mahu atau tidak, isu murtad, LGBT mahupun liberalisme adalah sebahagian modal perjuangan PKR. Usaha ini datang dari barat kerana Human Rights kini diberi banyak perhatian hingga dianggap ia sebahagian dari demokrasi. Melalui NGO barat, jutaan ringgit telah disalurkan kpd NGO tempatan yg memperjuangkan golongan ini. PKR tahu ini kaedah termudah mendapatkan dana apatah lagi PRU13 semakin menghampiri.

    Kenyataan Nurul dan papanya mungkin berpunca dari sponsor yg diterima dr NGO tertentu atau pihak gereja sendiri. Nurul dipilih kerana dia dianggap pemimpin masa depan PKR. Tetapi Anwar lupa dia telah menggadai maruah darah dagingnya sendiri. Masa depan Nurul dikalangan org melayu boleh dianggap hampir musnah. Isu ini terlalu bodoh untuk diperjuangkan kerana segalanya sudah jelas mengikut pandangan islam. Ternyata Nurul Izzah tidak bertindak utk counter-attack dlm isu ini. Dia sedar kesilapannya dan hanya menyerahkan kpd pihak mahkamah melalui saman pada pihak Utusan Malaysia.

    Saya harap kita sedar kemungkinan apa yg sedang berlaku hari ini. Saya andaikan Anwar sedang melacurkan maruah islam dan negara. Dia patut sedar dan faham akibat dari perbuatannya yg mengunakan dana yg diperolehi dari yahudi, kristian, LGBT atas nama NGO. Lebih buruk jika salurannya harus melalui DAP. Jika berlaku Kerajaan Malaysia bakal menjadi Kerajaan boneka yg terpaksa mematuhi PERJANJIAN dengan sponsornya.

    JANGAN UNDI P.R PADA PRU13!

  3. Ilmuminati says:

    Kerana islam lahirlah melayu. Jika melayu automatiknya islam.
    Jika tolak islam, disebut orang asli… Bukan lagi melayu.
    Melayu dan islam tiada boleh dipisahkan.

  4. Mohd Zulkifly says:

    Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

    • El Halim says:

      1. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke lantai
      2. Ke mana jatuhnya kencing kalau tidak ke mangkuk jamban
      3. Ke mana perangai anak babi kalau tidak mengikut barua nya.
      3. Ke mana nak diludah kalau tidak ke muka Anwar Ibrahim

Leave a Comment

 

— required *

— required *