Zul Noordin : Kenapa Nurul Izzah Tidak Saman Malaysiakini & 1Chritian Malaysia ?

AIDCNews – 24/11/12 – Ahli Parlimen Kulim, Datuk Zulkifli Nordin berkata terdapat dua kenyataan yang berbeza dibuat oleh Nurul Izzah Anwar iaitu semasa berucap dalam Gereja Tabernacle di Subang, 3 November dengan penjelasannya di luar gereja.

“Yang lebih penting, apa yang orang (yang hadir) faham apa yang dicakapnya hari itu (dalam gereja), bukannya cubaan dia (Nurul Izzah) yang cuba ubah suai sana sini.

“Saya kebetulan tadi print. Ini laporan Malaysiakini sendiri sebut menafsir apa yang Nurul Izzah sebut. Malaysia kata, ‘People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays, says Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar‘.

“Laporan yang sama dibuat oleh penganjur dalam blognya sendiri, 1Chritian Malaysia. Maknanya orang yang dengar hari itu faham daripada apa yang dia cakap. Dia (Nurul Izzah) sedang bercakap tentang kebebasan orang melayu menukar agama. Itu yang dia orang faham,”katanya kepada media UMNO.

Zulkifli juga turut mempertikaikan kenapa Nurul Izzah hanya menyaman Utusan Malaysia, sedangkan Malaysiakini dan 1Chritian Malaysia melaporkan perkara yang sama.

“Bagi saya, Nurul Izzah sepatutnya saman MalaysiaKini dan blog tersebut kerana mereka dululah yang melaporkan perkara itu. Utusan juga memetik daripada laporan dua laman web tersebut dan kalau tak betul, samanlah. Kenapa dia tak saman dua laman web tersebut?,”

“Jelas melalui laporan dua buah blog tersebut, ia menyatakan bahawa kenyataan Nurul itu jelas difahami bahawa dia sedang bercakap tentang kebebasan orang Melayu untuk menukar agama. Itulah yang difahami oleh wartawan dan juga hadirin yang ada pada forum tersebut.

“”Sebab Utusan Malaysia menyiarkan berita berdasarkan berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini dan blog tersebut. Mengapa dia hanya mahu memangsakan Utusan Malaysia saja tetapi membiarkan Malaysiakini dan blog 1Christian?” soalnya.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE