Nurul Izzah Didesak Tarik Balik Kenyataan

AIDCNews – 24/11/12 – Dua pertubuhan Keris Emas Malaysia dan Angkatan Perpaduan Islam Segajat Malaysia (API Sejagat) mendesak Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menarik balik kenyataan yang pernah dibuat di Gereja Tabernacle di Subang, 3 November lalu.

“Pertubuhan Keris Emas, pertubuhan Api Sejagat tidak membenarkan orang Melayu tukar agama, kita tidak mahu identiti kita hilang.

“Jadi kita panggil penjumpaan ini untuk menyatakan rasa hati kita, kita mendesak pemimpin biadap itu menarik semula perkataan beliau, ” kata Ayahanda Dato’ Ahmad, Setiausaha Agung Pertubuhan Keris Emas Malaysia.

Sementara itu, Ayahanda Datuk Paduka Aziz Ah Faat, Pengerusi API Sejagat pula menyelar sikap ahli politik yang memperjudikan bangsa dan agama semata-mata untuk mendapat undi.

“Untuk kemenangan, jangan sampai kita gadai agama kita, jangan sampai kita menidakkan apa yang (terkandung) dalam agama Islam,”katanya.

No comments.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE