PARADIGMA POLITIK BARU

Khalid Akui Wujud Kes Murtad Di Selangor

AIDCNews – 24/11/12 – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan Bernama mengakui wujud kes murtad dalam kalangan umat Islam di Selangor yang didakwanya berpunca daripada kemiskinan.

Abdul Khalid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri, berkata beliau akan meneliti langkah menggabungkan perkhidmatan bantuan Tabung Amanah Islam dan Lembaga Zakat Selangor supaya kebajikan umat Islam lebih terjaga.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas-Gombak Setia) yang bertanya mengenai usaha memurtadkan umat Islam di Selangor, pada persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.

Abdul Khalid juga turut mengesyorkan agar agensi penguatkuasaan agama Islam di Selangor mengkaji kaedah untuk menyelamatkan akidah umat Islam serta memantau taktik pendakwah agama lain menjalankan operasi mereka.

Menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang bertanyakan jumlah umat Islam yang dimurtadkan sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, Abdul Khalid berkata, beliau tidak mempunyai datanya memandangkan isu murtad merupakan isu individu dan keluarga yang tidak dihebahkan.

Bagaimanapun 10 kes berkaitan murtad masih dalam proses mahkamah, katanya.

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Comment

 

— required *

— required *