PARADIGMA POLITIK BARU

Kebebasan Agama : Nurul Izzah Saman Utusan Malaysia

AIDCNews – 23/11/12 – Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung dengan satu artikel tentang ucapan Naib Presiden PKR di gereja Gospel Tabenacle, Subang Jaya, 3 November lalu.

Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.

Sebelum ini, Nurul Izzah pernah menyebut akan menyaman Berita Harian dan beberapa media lain, namun berdasarkan perkembangan hari ini kemungkinan besar hanya Utusan Malaysia sahaja yang menjadi target Naib Presiden PKR.

Pada 5 November lalu, Utusan Malaysia yang memetik sumber portal Malaysiakini menyiarkan laporan muka depannya bertajuk: “Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu – Nurul Izzah.”

Namun Malaysiakini, antara portal pro-pembangkang yang mula-mula menyiarkan laporan ucapan Nurul Izzah di gereja itu tidak pula disaman.

Utusan Malaysia melapor selain artikel bertarikh 5 November, Nurul Izzah juga turut menyaman dua lagi artikel bertarikh 6 November di muka surat lima.

Ucapan Nurul Izzah di gereja itu turut mendapat liputan meluas oleh media perdana, TV3, Berita Harian dan beberapa media portal lain, antaranya, Free Malaysia Today dan Antarapos.

Laman sel13 turut menyiarkan rakaman ucapan Nurul Izzah semasa berucap di gereja tersebut.

Berikut dilampirkan laporan Utusan Malaysia dan Malaysiakini

Melayu Perlu Bebas Pilih Agama?

5 November 2012

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ”Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.”

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Nurul Izzah menberitahu, kesimpulannya apa yang perlu dicari adalah kualiti yang mana iman umat Islam adalah kuat.

“Seperti saya yang bersekolah di Assunta (sekolah menengah) dengan salib di dalam dewan dan nyanyian penganut Katholik tidak mempengaruhi saya,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama sambil berkata: “Saya, sudah tentu, terikat kepada pandangan semasa.”

Kepada soalan berhubungan hak komuniti lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT), beliau mengakui, sebagai seorang Islam dan mereka yang menganut Katholik, terdapat batasannya.

Namun beliau menegaskan, prinsip pembangkang ialah komuniti itu tidak sepatutnya dijadikan mangsa.

Saya Pegang Kepada Pendirian Umum

Nurul Izzah menjelaskan, beliau berpegang kepada pendirian umum sedia ada iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, beliau sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.

“Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agam melibatkan masyarakat Melayu.

“Jawapan saya menegaskan ungkapan – ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…’ daripada ayat suci al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia,” katanya.

Nurul Izzah membuat kenyataan di http://www.nurulizzah.com hari ini selepas menerima banyak pertanyaan beliau dalam forum tersebut, semalam.

- Oleh Metra Syahril Mohamed / Utusan Malaysia

Nurul: There should be no compulsion in choosing faith

Nigel Aw
2:46PM Nov 3, 2012

People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays, says Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar.

“When you ask me, there is no compulsion in religion… how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally.” she said.

She was speaking at a forum on “Islamic State: Which version; Who’s responsibility?” in Subang Jaya this morning.

The Lembah Pantai MP was responding to a question from the floor on whether Malays should have religious freedom like non-Malays.

“Malay” is defined under Section 160(2) of the federal constitution as a person who professes Islam, habitually speaks the Malay language and conforms to Malay customs.

Ultimately, she said, what should be sought is “quality” where Muslims’ faith is strong.

“Even me, being schooled in Assunta (secondary school) with a huge cross in the hall and an active singing Catholic society did not influence me,” she said.

However, Nurul Izzah stopped short of saying that Malays should be legally granted religious freedom, saying: “I am, of course, tied to the prevailing views.”

To a question on the rights of the lesbian, gay, bisexual and transexual (LGBT) community, Nurul Izzah conceded that as Muslims and even for Catholics, there were limitations.

However, she stressed that the principle for Pakatan Rakyat was that the community should not be victimised.

‘Muslims’ freedom ignored’

Human rights lawyer, Malik Imtiaz, on his part, noted that there had been a “back door attempt” to revise the country into an Islamic state with a single interpretation with Muslims being the biggest victims from this insidious move.

“We talk about how non-Muslims are affected by the so-called dominance but tend to forget that the biggest victims of this discussion are the Muslims because everyone recognises the freedom of non-Muslims but people don’t seem to talk about the freedom of Muslims.

“The point is diversity is as important for Muslims as it is for everyone else.

“No one stops (a Catholic) from going to a Catholic or Protestant church but for the state, there is only one version of Islam… if you don’t believe this kind of Islam, you are a deviationist,” he said.

As such, Malik said what had been creating was a monolithic Islam that was being manipulated for political purpose and turned into tool to either woo or intimidate voters.

Nurul Izzah cuba gadai Islam, Melayu’

(diterbitkan di muka surat lima, 6 November)

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 November, 2012: Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa rakyat termasuk orang Melayu tidak harus dipaksa mengamalkan agama tertentu adalah bukti Islam digadai secara terang-terangan.

Malah Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip yakin, kenyataan itu juga sebahagian daripada hasrat pakatan pembangkang sekiranya mereka berjaya memerintah negara kelak.

“Kita tidak perlu terkejut jika pakatan pembangkang memerintah, kebebasan beragama ini berlaku dan kedudukan Islam dan Melayu sudah tidak dipelihara.

“Saya mencabar Nurul Izzah, bagi menterjemahkan hasratnya yang mahu Melayu bebas memilih agama agar mengisytiharkan anaknya tidak akan diajar dan dididik secara Islam sehingga berusia 21 tahun, biar anaknya menentukan agama mana yang hendak dianuti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Naib Presiden PKR letak akidah lebih rendah daripada politik

(diterbitkan di muka surat lima, 6 November)

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu termasuklah dalam kalangan orang Melayu jelas membuktikan beliau menjadikan agama sebagai modal politik untuk menarik sokongan bukan Islam.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Nurul Izzah itu juga membuktikan beliau meletakkan kepercayaan terhadap agama Islam daripada sudut akidah lebih rendah berbanding kepentingan politiknya.

Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, perkara tersebut sangat serius kerana boleh merosakkan agama Islam dan menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyiasat perkara itu memandangkan kenyataan tersebut dilakukan di Selangor.

“Budak ini (Nurul Izzah) masih mentah, mungkin beliau terpengaruh dengan bapanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mendokong fahaman pluralisme. Jadi, saya mintalah ahli-ahli Pas yang mendakwa mereka sebagai parti yang memperjuangkan Islam, tarbiyah budak ini.

“Islam memang tidak memaksa seseorang itu memeluk agama tersebut, tetapi tidak bermakna Islam memberi kebebasan kepada mana-mana penganutnya keluar masuk agama sesuka hati. Hari ini Islam, esok keluar dan masuk agama Buddha, lusa masuk Islam balik, tidak boleh.

“Isu ini sama dengan isu murtad, kalau tidak faham bab hukum agama, jangan cakap, nanti tersilap seperti yang telah berlaku. Manusia yang belum memeluk Islam, bebas untuk memilih agama, tetapi bagi yang telah memeluk Islam, hukumnya bunuh jika memilih keluar Islam kerana mempersendakan Allah SWT,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…Mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.”

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula mempersoalkan pendirian pakatan pembangkang, khususnya Pas berhubung kenyataan Nurul Izzah itu.

Ini kerana, katanya, kenyataan Nurul Izzah itu sama dengan salah satu tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang sangat ditentang oleh Pas sebelum ini.

“Nurul Izzah bukan sebarangan, beliau adalah anak kepada Penasihat dan Presiden PKR, beliau merupakan naib presiden parti dan diangkat sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu, kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah boleh dianggap mewakili pendirian parti serta pakatan pembangkang.

“Saya nak tanya pendirian Pas kerana kenyataan Nurul Izzah bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan terpakai kepada orang Melayu sama dengan salah satu tuntutan IFC. Saya tidak tahu kalau hari ini Pas menyokong IFC serta kenyataan Nurul Izzah itu, mereka perlu jelaskan kepada akar umbi,” jelasnya.

9 Comments

  1. Anwar Kaki Zina says:

    Tahniah Izzah dah belajar taktik putar belit LIDAH BIAWAK bapak dia si kaki zina Anwar Ibrahim
    ..
    caranya senang aje, saman je dulu dan hebohkan satu dunia kononnya dia tak bersalah dan “MANGSA FITNAH UMNO”. bila pergi ke mana2 ceramah dan ditanya berkenaan isu murtad, dia akan spin kononnya dia difitnah dan dia dah saman UTUSAN.
    ..
    dalam masa 6 bulan ke setahun akan datamg, kes akan digugurkan senyap2 bila rakyat dah tak perasan dan isu murtad dah reda.
    ..
    kemudian ulang lagi … dgn kristian cakap sokong kebebasan agama, dengan gay/LGBT sokong secara halus dgn bercakap tentang kebebasan individu, dgn PAS cakap nak negara islam, dgn DAP cakap TAK NAK negara islam. Bila ucapan putarbelit talam 10 muka dia bocor lagi kpd rakyat, dia akan ulang taktik yg sama … saman utusan/tv3 … again & again…

  2. anti anwar ibrahim says:

    hai… betina bacul samanlah portal kesayangan kamu malaysiakini itu sekali

  3. dini says:

    Kerja saman menyaman ni memang hobi mereka anak beranak

  4. Laksa Johor says:

    Tolak Nurul Izzah, emak dan bapak dia di PRU 13 nanti. Semuanya pengkhianat agama, bangsa dan negara. Mereka bukan berjuang untuk rakyat tapi hanya untuk kepentingan diri dan kroni(termasuk Yahudi) mereka sahaja.

  5. DH Daniel says:

    Kenapa tak saman Malaysiakini? Ini double standard yg ditunjukkan budak mentah ini.

  6. azre says:

    damage been done… bila nak memperbetulkan fahaman pendengar islam dan bukan islam, org dah x percaya dah contohnya lawyer yg tanya soalan tu dan org yg bertepuk tangan… spinning very nice…

  7. kelate jati says:

    NEPOTISM TAHAP DEWA YANG DIBANGGAKAN OLEH CAI2 PAS/PAKATAN.. HAHAHAHAHA..

    PAS :

    NIK AZIZ NIK MAT
    NIK RAZI NIK MAT (ADIK)
    NIK ABDUH BIK AZIZ (ANAK)
    ABDUL ARIFFAHMI (MENANTU/ANAK HANTU)
    HUSAM (ADIK ANGKAT/JANTAN SIMPANAN SHARE2 ANTARA NUAR & NIK AZIZ.. hehehehehe..)

    PKR :

    ANWAR IBRAHIM
    WAN AZIZAH (BINI)
    NURUL IZZAH (ANAK)
    AZMIN ALI (ADIK ANGKAT NUAR.. hehehehe)
    SHAMSIDAR (BINI ANGKAT NUAR.. hehehehe)
    KHALID IBRAHIM (ADIK ANGKAT AZIZAH.. hehehehe)
    [sungguh berlumba2 berangkat-angkat nampak..!! ada apa2 ke..??]

    DAP :

    LIM KIT SIANG
    LIM GUAN ENG (ANAK)
    BETTY CHEW (MENANTU/ANAK HANTU)

    KARPAL SINGH
    GOBIND SINGH DEO (ANAK)
    JAGDEEP SINGH DEO (ANAK)

  8. warisatuliman2010 says:

    A.w.w. handai taulan. Bayangkanlah, apabila Nurul Izzah muda2 sudah jadi nyanyuk dan merapek-meraban spt manusia hilang iman spt bapanya al-Munafik, layakkah dia jadi pemimpin ummah? Fikir2kanlah. Wassallam.

Leave a Comment

 

— required *

— required *