PARADIGMA POLITIK BARU

Teresa Kok Digesa Letak Jawatan

AIDCNews – 21/11/12 – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok digesa supaya meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Selangor ekoran kegagalannya melaksanakan tugas dengan baik selain dakwaan bahawa ahli-ahli akar umbi semakin hilang kepercayaan terhadapnya.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat yang mendakwa terdapat banyak masalah berlaku di negeri Selangor sejak kebelakangan ini seperti banjir, perjudian, rasuah dan sampah sarap serta pengabaian kebajikan rakyat di negeri berkenaan.

Selain tugasnya sebagai Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok juga merupakan ADUN Kinrara yang dilantik sebagai exco kanan kerajaan Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan kerajaan negeri.

Menurut wikipedia, selain pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok turut dilantik Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Setiausaha Nasional Wanita DAP Pusat dan ahli Jawatankuasa Disiplin DAP Pusat.

“Dalam parlimen, beliau merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan untuk Kajian Semula Kanun Jenayah dan Kanun Prosedur Jenayah. Selain daripada merupakan Setiausaha Kaukus Myanmar Antara Parlimen ASEAN (AIPMC), Kok juga merupakan pelobi yang aktif kepada demokrasi dan hak asasi manusia Myanmar sejak tahun 1996 ketika beliau menjadi Penyelaras Rangkaian Pemimpin Politik untuk Menggalakkan Demokrasi di Myanmar (PD Burma) bagi kawasan Asia Tenggara,”lapor wikipedia itu.

Blog thekl-chronicle.blogspot.com turut menambah beberapa jawatan Teresa Kok dalam kerajaan negeri yang berelaun termasuklah Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Disebabkan isu ini, pada beberapa minggu yang lalu Karpal Singh telah mencadangkan agar setiap ahli DAP hanya bertanding satu kerusi sahaja, samada DUN atau pun Parlimen. Namun. Karpal Singh telah dihentam Teresa Kok dan dikatakan berfikiran kolot dan ketinggalan zaman.

“Namun, rupa – rupa nya sebab utama Karpal Singh menyuruh ahli DAP, terutamanya Teresa Kok memilih satu kerusi sahaja adalah kerana beliau mahu anak beliau, ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo untuk bertanding di Seputeh,” lapor blog itu.

1 Comment

  1. fikrisoleh says:

    Padan muka. Celako, celako, celako. Komunis takde tempat kat Malaysia.

Leave a Comment

 

— required *

— required *