GAPS : Jawapan Sidang DUN Mengesahkan Khalid Berbohong Isu Bas Mewah PKR

Tan Sri Khalid Ibrahim semalam menyatakan dalam sidang DUN Selangor yang beliau membayar RM10,833.00 sebulan untuk membeli bas mewah pkr yang digunakan oleh penasihat ekonomi kerajaan negeri selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini.

Sebelum ini pada 30 Ogos 2012, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan dalam kenyataan akhbar beliau yang bas itu disewa untuk tempoh enam bulan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh beliau.

Namun beliau kantol selepas itu bila carian di JPJ mendapati bas BLU 8779 itu didaftarkan atas nama beliau Abdul Khalid Bin Ibrahim, yang membukti sebenarnya beliau adalah pemilik bas itu.

Kemudian selepas itu beliau menyatakan pula yang bas itu DIBELI oleh beliau secara sewa beli.

Namun kalau bas itu Khalid bayar sebanyak RM10,833.00 sebulan selama 6 bulan sewabeli seperti yang dinyatakannya, ia berjumlah RM 64,998.00 (RM10,833 x 6). GAPS ingin tahu bayaran muka sebanyak RM 885,002.00 (RM950,000 – RM 64, 998.00) siapakah yang membayar wang muka tersebut.

Kalau MB menyatakan dia yang membayar wang muka tersebut, GAPS ingin tahu tarikh pembayaran nya dan cek dari bank mana.

GAPS juga berminat ingin tahu syarikat kewangan mana yang memberikan pinjaman sewabeli kepada Khalid Ibrahim kerana umum mengetahui beliau adalah seorang yang black listed Ctos dan Ccris kerana kes pinjaman RM 60 juta Bank Islam yang masih beliau belum jelaskan.

Sebagai MB, Khalid Ibrahim wajar berterus terang kepada rakyat dan tidak cuba membohongi rakyat sehingga kantol beberapa kali.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
20 Nov 2012.

7 Responses to “GAPS : Jawapan Sidang DUN Mengesahkan Khalid Berbohong Isu Bas Mewah PKR”

  1. Anwar Ibrahim

    Nov 22. 2012

    Woi Hamsor ternyata kamunini suatu fitnah dan konspirasi UMNO untuk menjatuhkan aku sebagai PM. Mereka dengki semua kerana aku sebagai lulusan ijazah am Pengajian Melayu tapi dapat jadi Penasihat Ekonomi Selangor dan World Bank. Nantilah aku jadi PM selesai semua masalah. Tunggu aku jadi PM selesai masalah bas, CTOS, CCRIS, GAPS dan sebagainya.

    Reply to this comment
  2. kosima

    Nov 22. 2012

    osah penipu eh..

    Reply to this comment
  3. atuk ulong

    Nov 21. 2012

    Kalau dah penipu tu penipu juga .

    Reply to this comment
  4. INO

    Nov 20. 2012

    Boss dia lah yg bayar….

    Reply to this comment
    • Anonymous

      Nov 20. 2012

      Boss dia yang bergaji RM1 ke yang bayar??? Gaji dapat RM1, tapi elaun berjuta-juta ringgit sebulan… kepandaian silap mata Parti Penipu Rakyat….

      Reply to this comment
      • Lim Lynn

        Nov 20. 2012

        Habis siapa akan membawa Khalid ke Mahkamah sebelum negeri Selangor bankrupt dan hutang kepada pihak bank? Kalau mereka boleh tipu, tidak pandai tulis budget, guna wang di jangkaan budget dan buat rakyat Selangor dalam masalah.

        Reply to this comment
    • HAMSOR

      Nov 21. 2012

      sapa boss dia?? yg hilang jam OMEGA tu ker?? ke yg balun chinadoll tu??

      Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE