Tun Mahathir : DAP Boleh Kontrol Anwar Faktor Sokong Jadi PM

AIDCNews – 20/11/12 – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tujuan DAP menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) kerana mahu meneruskan agenda melalui topeng PM berbangsa Melayu.

“DAP sahaja, pemimpin dia, tidak ada yang Melayu..Dia nak sokongan Melayu, jadi dia nak Anwar konon nak jadi Perdana Menteri,”katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gaza di Kuala Lumpur, Selasa.

Menurut Tun Mahathir, agenda DAP mencalonkan Anwar sama seperti muslihat DAP Perak menobatkan wakil PAS, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar boneka, walaupun parti kaum Cina itu memperolehi majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

“Tapi jadi macam di Perak, bila Nizar jadi Menteri Besar, dia (Nizar) duduk di bawah telunjuk DAP.

“Sebab itu, dia bagi tanah, tak pernah (terfikir)..kita dah tentukan dasar, tanah tak boleh bagi lebih daripada 99 tahun. Dia (Nizar) bagi sampai kiamat,” katanya.

Sebelum itu, Tun Mahathir turut mengulas tentang pencalonan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai PM yang disifatkannya sebagai cerminan sikap berebut-rebut sesama parti pembangkang.

“Belum pun jadi kerajaan, sudah berebut-rebut dah , esok (kalau) dah jadi kerajaan, bukan saja haji Hadi, bukan sahaja Anwar, (malah) Karpal Singh pun nak jadi PM juga.

“Bagilah kepada dia. Teruk, lama dia berjuang…patut bagi Karpal Singh (jadi) perdana menteri Malaysia, yang amat berhormat…bila pencen dapat Tun,” katanya lagi.

DAP Tidak Setuju Abdul Hadi Jadi PM

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE