Mufti Perak – Dakwaan Murtad Oleh Nik Aziz Satu Fitnah Kepada Umat Islam

IPOH, 19 Nov – Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mendakwa Umno sebagai murtad adalah satu fitnah kepada umat Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau turut mempersoal atas asas apa dakwaan murtad itu dikeluarkan oleh Nik Aziz sedangkan umat Islam yang menjadi anggota Umno juga mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu dan bertuhankan Allah yang satu.

“Dan jika kita menyampaikan pendapat serta mempertahan Islam, macam mana dihukum murtad? Dalam keadaan sekarang, tidak pernah berlaku di dalam Islam untuk mendoakan kehancuran orang Islam. Salah, ia bertentangan dengan Islam,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendiakawan Islam yang disempurnakan Pemangku Raja Perak Raja Nr Nazrin Shah di sini pada Isnin.

Beliau berkata perbuatan berdoa dan mengaminkan kehancuran umat Islam adalah bidaah dan hukumnya haram serta perlu bertaubat manakala menuduh orang Islam kafir boleh membuatkan orang Islam yang menuduh itu sendiri menjadi kafir.

Katanya dalam Islam, seluruh umat adalah bersaudara dan menjadi kewajiban untuk menasihati jika mereka melakukan sesuatu yang tidak betul, namun parti pembangkang PAS melenting dan menuduh pihak lain tidak menyokong Islam apabila tindakan melampaunya ditegur – Bernama

10 Responses to “Mufti Perak – Dakwaan Murtad Oleh Nik Aziz Satu Fitnah Kepada Umat Islam”

  1. Lim Lynn

    Nov 25. 2012

    http://theunspinners.blogspot.com/2012/11/nik-aziz-tok-guru-palsu-dan-pura-pura.html
    Nik Aziz Ajaran Wahhabi? Tafsir Quran pendapat sendiri.

    Reply to this comment
  2. al-Madani

    Nov 23. 2012

    saya berdoa umno tidak lagi menggunakan gambar porno untuk mengaibkan maruah manusia. atau saya mohon dalil dari UFB atau ahli umno yg lain hukum aibkan orang.

    Reply to this comment
    • pikir la sikit

      Nov 24. 2012

      Mmm…org lain yg siarkan gambar porno, UMNO jugak yg disalahkan; org lain yg sedap2 berzina dan meliwat, UMNO jugak yg kena. Hehehe….

      Reply to this comment
    • pikir la sikit

      Nov 24. 2012

      MADANI nak kata: HUKUM aibkan org yg berzina amat BESAR dosanya…tapi HUKUM memurtadkan UMNO yg sememangnya masih mengucap dua kalimah syahadah oleh PAS amat diredai Allah? Adakah hukum HUDUD tajaan PAS tidak mengaibkan pesalah seumur hidupnya wahai madani?

      Reply to this comment
  3. Ana

    Nov 22. 2012

    Saya meneliti Kitab Mustika Hadis Jilid 1, cetakan Jawi tahun 2000, terbitan Jabatan Perdana Menteri, bab Wajib Menjaga Dan Memelihara Jangan Rosakkan Iman Dan Islam, muka surat 408-421. Didalam huraian hadis 134, 135, 136, diterangkan bab tiada paksaan didalam Islam, bab Murtad, Dan bab perkara2 yang menyebabkan rosaknya Iman Dan Islam pada mukasurat 415. Bahagian pertama: Iktikad, Bhgian kedua: Perkataan; Bhgian ketiga, perbuatan. Utk Bhgian kedua; dihuraikan setiap satu dimukasurat 416-418 contoh2 ungkapan yang boleh membawa kepada rosaknya Iman & Islam. Jika tuan2 rujuk Kitab Mustika Hadis ini, marilah sama2 kita bertaubat jika tersalah cakap, iktikad; perbuatan. Sama- samalah jaga Iman & berpesan kpd yg tidak tahu. Wslm.

    Reply to this comment
  4. tok_uda

    Nov 21. 2012

    sama2 lah kita doa serta mohon pada ALLAH SWT hancurkan pORk nik, B.A.B.I. & kuncu2nya…

    Reply to this comment
  5. halmi

    Nov 21. 2012

    kalau dengar kata nik ajis…..blh sewel mcm dia gak

    Reply to this comment
  6. Cicitkudin

    Nov 20. 2012

    Kalau PAS dan sekutunya diberi mandat dikhuatiri ulamanya akan mengkafirkan secara legislatif 3.2 juta ahli umno bersama kira2 4 juta anggota keluarga mereka. Bermakna 7 juta orang melayu ” dimurtadkan”. NaUzubillah apa akan jadi kpd kesatuan dan perpaduan orn Melayu? Dari sudut undang-undang pula, tujuh juta orang Melayu tidak lagi dianggap bumiputra kerana terkeluar dar takrif Melayu mengikut Perlembagaan. Bayangkan malapetaka yg bakal menimpa bangsa Melayu. itu belum lagi diambilkira dari segi suami isteri yg terpaksa bercerai berai, saudara mara yg berlainan fahaman politik putus tali silaturrahim. MasyaAllah, ngeri ini berlaku. Nampaknya tindakan mengkafirkan Umno dan doa mohon Allah secara menjerit jerit menghancurkan Umno dan BN dibayangi rasa terdesak dan putus asa untuk menag pilihanraya. kekalahan demi kekalahan dlm PRU mungkin menjadikan ulama mereka kecewa. maklumllah umur semakin lanjut tetapi masih tidak dapat naik takhta kerajaan. kekalahan mereka sering dikaitkan dgn penipuan oleh pihak BN tapi apabila menang mendakwa mendapat pertolongan Allah. Sebenarnya pd hakikatnya Allah yg menentukan segala galanya dan kpd siapa nasib ummah di Malaysia diamanahkan? Sbg ulama sepatutnya mereka lebif arif ttg hal begini. jika perjuangan mereka benar2 untuk Islam dan bukannya mengejar cita2 politik, tidak harus timbul rasa kecewa dan putus asa. Jika mereka ikhlas berjuang utk Islam, bukan kemenangan PRU yg dikejar tapi keredhaan Allah. sekalipun kalah Allah tetap memberi ganjaran pahala kpd sesiapa jua yg berjuang di jalannya. menjadi pembangkang yg baik dan konstruktif demi Islam lebih mulia drpd menjadi pemerintah yg pendendam dan terburu-buru mahu membinasa lawan politik yg sebangsa apatah lagi seagama. Dalam amalan demokrasi, lawan politik adalah pesaing sahaja atau alternatif, bukan musuh dalam artikata sebenarnya. Apa yg berlaku pada muktamar Pas baru2 ini perlu dijadikan renongan setiap insan yg mengucap dua kalimah syahadah demi perpaduan ummah. Adakah mereka layak menjadi khalifah ummah di akhir zaman. Musuh sebenar ummah adalah dajjal laknatullah yg bakal bangkit menyesatkan ummah. Allahu Akbar walillahilham.

    Reply to this comment
  7. Mat Zain

    Nov 20. 2012

    Masuk Umno murtad, masuk Kristian tak murtad. Inilah mentaliti Nik Aziz

    Reply to this comment
    • anti-pakatan

      Nov 22. 2012

      nik ajis ni pendek akal dan kuat nafsu ke puterajaya. udah udah la nik ajis. bawak2 taubat.

      Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE