Kondo Batu Caves : Ronnie Liu Didesak Letak Jawatan

AIDCNews – 20/11/12 – Anggota Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu Thian Kiew hari ini dicabar supaya meletak jawatan sekiranya tidak dapat menangani isu projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves yang mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah M.Manoharan dilaporkan Bernama berkata projek pembinaan kondominium itu yang dirancang dibina berhampiran bukit batu kapur, dan akan menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya.

“Adakah Yang Berhormat Pandamaran bersedia meletak jawatan sekiranya projek kondominium ini tidak dapat dibatalkan kerana ia dilihat mengancam agama Hindu dan struktur kuil Batu Caves berumur 100 tahun,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Ronnie Liu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri berkata isu letak jawatan tidak timbul sebab kerajaan negeri telah pun mengeluarkan arahan untuk memberhentikan sementara projek pembinaan itu dan satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mengkaji kelulusan projek.

Mstar turut melaporkan Ronnie Liu cuba lari dari tanggungjawabnya dengan mengalihkan kesalahan itu kepada pihak lain.

Ronnie Liu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai kuasa penuh untuk menarik balik lesen projek berkenaan daripada pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd.

“Kalau Perdana Menteri dan menteri nak batalkan projek itu, mereka sebenarnya ada kuasa.

“Mereka boleh menarik balik lesen pemaju atau membatalkan permit untuk penjualan dan pengiklanan projek itu,” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Sementara itu, mynewshub melaporkan Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong Jee Keen memohon maaf kepada Perdana Menteri dan agensi kerajaan berhubung kenyataannya sebelum ini yang menuduh tanpa fakta mengenai penggantian Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin A’ala.

Beliau memohon maaf terhadap Perdana Menteri, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Batu Caves dan MPS adalah di bawah bidang kuasa parlimen Selayang.

“Sehubungan dengan penjelasan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai YDP MPS (semalam), saya dengan ini menarik balik sepenuhnya kenyataan saya pada 16 November lalu.

“Saya juga memohon maaf kepada Perdana Menteri, SPA dan JPA berikutan komen saya pada tarikh tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media semalam.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa pada Jumaat lalu menegaskan bahawa penamatan peminjaman Zainal Abidin sebagai YDP MPS dibuat atas cadangan kerajaan negeri Selangor

2 Responses to “Kondo Batu Caves : Ronnie Liu Didesak Letak Jawatan”

  1. Lim Lynn

    Nov 20. 2012

    Tabiat, perangai buruk Khalid Menteri Besar Selangor akan mengugat negeri Selangor dan Negara Malaysia.

    Reply to this comment
  2. its me

    Nov 20. 2012

    Dah mmg tabiat puak2 tu utk tuduh dulu lps tu baru check.. perangai cam ni yg org sgor suka..

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE